Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ru] | سرو

Definisi : akronim bagi Socioeonomic Research Unit (Unit Penyelidikan Sosioekonomi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ru] | سرو

Definisi : ; kata ~ a) kata utk memanggil; b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); berseru 1. memanggil dgn berteriak (dgn suara nyaring): Mariam ~ dgn suara tinggi; 2. mempelawa, mengajak, menganjurkan: Presiden Park telah ~ kpd semua rakyat supaya bekerja dgn lebih kuat lagi; berserukan sl = menyerukan; menyeru memanggil, meneriak: pegawai itu ~ nama Salim; pesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kpd Allah; menyerukan 1. meneriakkan atau meng­ucapkan sesuatu dgn nyaring: seorang pe­gawai yg berpakaian hebat telah ~ suatu titah drpd yg maha mulia; 2. menghebahkan, mengkhabarkan, mengumumkan: keputus­annya akan diserukan kemudian; 3. meng­anjurkan atau mengusulkan (supaya): rencana yg ~ supaya ada kerjasama antara sastera­wan, wartawan, dan ahli sains Melayu sa­ngat menarik perhatian; 4. = menyeru-nyerukan mengheboh-hebohkan, meng­gembar-gemburkan; seruan 1. sesuatu yg diserukan, panggilan (dgn suara yg nyaring): ~ yg berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat; 2. anjuran, ajakan: Nabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kpd orang yg hampir sekali dengannya; penyeruan perbuatan menyeru (menye­rukan): Abu Talib telah memberi sepenuh­-penuh sokongan kpd Rasulullah dlm ~nya itu; penyeru 1. ark seruan; 2. orang yg menyeru atau menyerukan, juruhebah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ru] | سرو

Definisi : sengit (pertempuran, peperangan, dll), hebat: peperangan di Asia dan di Pasifik masih berjalan dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ru] | سرو

Definisi : sl serba, sarwa: dgn pertolongan Tuhan ~ sekalian alam, sudahlah selamat kami kembali dgn sejahteranya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ru] | سرو

Definisi : ; berseru 1 memanggil atau melaung dgn suara yg nyaring; berteriak: Bagai ~ di padang pasir. 2 membuat ajakan atau anjuran: Beliau telah ~ kpd sekalian yg hadir supaya belajar rajin-rajin. menyeru 1 melaung utk memanggil atau utk menarik perhatian: Tiba-tiba terdengar orang ~ dr dlm gua itu. 2 meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kpd Allah. menyerukan 1 mengucapkan atau memberitahukan sesuatu dgn nyaring: Keputusan acara lumba lari akan diserukan dgn alat pembesar suara. 2 menganjurkan atau mengusulkan (bkn ajaran agama, pendapat dsb): Apalah gunanya mereka ~ perdamaian, jika mereka sendiri terus mengeluarkan senjata-senjata moden. seruan 1 kata-kata yg diucapkan dgn nyaring utk memanggil atau utk menarik perhatian; panggilan; laungan. 2 apa-apa yg diserukan; ajakan; anjuran. penyeru orang yg menyeru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ru] | سرو

Definisi : bengis atau sengit (bkn perkelahian dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ru] | سرو

Definisi : seluruh; serba: Tuhan ~ sekalian alam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seru


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah setiap ayat yang mengandungi kata seru perlu diakhiri dengan kata seru (!)?Ayat seru perlu ditandai dengan tanda seru (!).Lain-lain05.11.2015
Adakah terdapat perbezaan makna antara kata seru ` wah` dengan ` amboi `? Terima kasih.

Kata seru "wah" ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan sebagainya), contoh: Wah, dahsyat sungguh!. Manakala kata seru "Amboi" ialah kata seru untuk menyatakan rasa hairan (kasihan dan sebagainya) atau untuk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! dan sebagainya.

Tatabahasa03.05.2009
APAKAH KATA SERU YANG SESUAI BAGI:- COMELNYA ADIK KAMU?ADAKAH BOLEH OH..TERIMA KASIH.

Puan Lynnie,

Untuk makluman puan, kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perasaan. Ia digunakan dalam ayat seru. Berkaitan dengan pertanyaan puan, kata seru  amboi lazimnya digunakan untuk menyatakan perasaan kagum atau hairan. Oleh itu, ayat puan dibina seperti yang berikut:

        1. Amboi, comelnya adik kamu!

        2. Amboi, mahal sekali pakaian ini!

  Manakala, kata seru oh lazimnya digunakan untuk menyatakan perasaan kecewa, terkejut, hairan dan sebagainya . Misalnya;

       1. Oh, sanggup engkau berbuat begitu!

       2. Oh, baru aku teringat!

       2. Oh, baru aku teringat! 

Tatabahasa28.05.2009
apakah perbezaan antara kata seru wah dengan amboiKata amboi merupakan kata seru untuk menunjukkan rasa hairan(kasihan dll.) atau untuk mengusik seseorang. Kata wah merupakan kata seru untuk menyatakan kehairanan(terkejut), kagum,dll.) Perbezaan penggunaan kedua-dua kata seru ini dapat dilihat dalam ayat yang berikut:  i. Amboi, lajunya kereta ini! ii. Amboi, cantik sungguh awak hari ini! iii. Wah, dahsyat sungguh! iv. Wah, bukan main banyaknya wang masuk! Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   Tatabahasa27.02.2009
Penggunaan kata seru di bawah btl atau salah Oh permainan ini tidak baik utk kamu Ah saya tak suka kamu main itu Wah kamu asyik bermain saja

Ayat yang betul dengan kata seru dan tanda seru adalah seperti yang berikut:

(1)  Oh, permainan ini tidak baik untuk kamu!

(2)  Ah, saya tak suka kamu main itu!

 (3) Wah, kamu asyik bermain saja!
Tatabahasa12.03.2014
1) Adakah 'alah', 'alamak', 'ish', 'huh', 'erm' itu kata seru? 2) Dalam penulisan rasmi, kata seru harus ditegakkan atau dicondongkan?1. Alah, alamak, is dan huh merupakan kata seru. 2. Ditegakkan.Lain-lain27.10.2015
Apakah perbezaan penggunaan kata seru wah dan amboi dalam ayat? Terima kasihMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna amboi ialah kata seru yang menyatakan rasa hairan(kasihan dll) atau untuk memujuk. wah juga merupakan kata seru yang menunjukkan kehairanan(terkejut,kagum, dll). Oleh yang demikian tiada perbezaan yang jelas antara kedua-duannya dan kadangkala boleh bertukar ganti dalam ayat ini seperti:. 1.Wah/amboi, cantiknya pemandangan di sini! 2. Wah/amboi, hebatnya budak ini!Tatabahasa06.05.2014
Aduh, letihnya saya hari ini! Apakah kata seru yang betul untuk menggantikan 'aduh'? Terima kasih!Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata seru aduh digunakan untuk menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan). Sehubungan dengan itu, kata seru aduh digunakan kerana ayat yang saudara kemukakan itu berbentuk keluhan.Istilah07.07.2009
saya noppadol salehnoi sedang berajar University Fatoni selatan Thailand. ingin bertayaan DBP tentang Tatabahasa.apakah kata seru? terima kasihKata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255.
Tatabahasa22.12.2013
kata seru 1. ____,cantiknya pemandangan di sini! 2._____,hebatnya budak ini! *Wah atau Amboi?? Apakah jawapan yang paling tepat untuk kedua-dua soalan ini?Kenapa? Terima kasih.

Kedua-dua kata seru wah dan amboi boleh bertukar ganti dalam ayat ini. 1.Wah/amboi, cantiknya pemandangan di sini! 2. Wah/amboi, hebatnya budak ini! Kata seru wah ialah kata utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): ~, dahsyat sungguh!; ~, bukan main banyaknya wang masuk!, manakala kata seru amboi ialah kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~, cantik sungguh awak hari ini!

Tatabahasa04.05.2010
123456789

Kembali ke atas