Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ruan] | سروان

Definisi : 1. sesuatu yg diserukan, panggilan (dgn suara yg nyaring): ~ yg berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat; 2. anjuran, ajakan: Nabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kpd orang yg hampir sekali dengannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ruan] | سروان

Definisi : 1 kata-kata yg diucapkan dgn nyaring utk memanggil atau utk menarik perhatian; panggilan; laungan. 2 apa-apa yg diserukan; ajakan; anjuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seru1
Kata Terbitan : berseru, menyeru, menyerukan, seruan,

Peribahasa

Seperti memekik di tengah padang luas.

Bermaksud :

Seruan yang tidak diendahkan orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berseru di padang pasir, b. Seperti berseru di tengah padang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Seruan Nurani atau Seruan Hati NuraniSeruan Hati Nurani.Tatabahasa15.04.2011
Untuk penggunaan kata seruan, adakah wajib untuk meletakkan kata seru di permulaan ayat atau ianya adalah suatu pilihan untuk menjadi ayat seruan. Aduh, sakitnya kakiku! Sakitnya kakiku! Adakah ayat kedua masih dianggap ayat seruan. Terima Kasih.Ayat yang kedua itu, masih digolongkan sebagai ayat seruan kerana menggunakan kata seruan dan menggunakan itonasi yang berbeza daripada ayat biasa. Kata seru ialah bentuk kata yang erfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Harap maklum.Tatabahasa13.08.2007
penggunaan kata hubung yang betul terpedaya dengan seruan atau terpedaya oleh seruanKedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa24.04.2013
saya sekadar ingin memastikan penggunaan kata seruan aduh dan aduhai. apakah perbezaannya? Apakah kata seruan yang sesuai bagi ayat di bawah: _________ , kasihan sungguh pengemais itu? saya merujuk dalam Kamus Dewan menyatakan maksud kata aduh (mengeluh kerana kesakitan dll) sementara aduhai(rintihan). Maka apakah penggunaan kata seruan yang sesuai? pada pendapat saya secara logiknya, ayat ini merupakan satu keluhan dan bukan rintihan.

Saudara,

Berdasarkan kedua-dua makna kata seru yang sesuai ialah aduhai, bagi menunjukkan rintihan dan rasa kesedihan. 

 

Tatabahasa07.07.2010
1.a) Amboi,comelnya kucing awak! b)Wah, comelnya kucing awak! Penggunaan ayat seruan manakah yang betul dan tepat? Tolong berikan penjelasan tentang kedua-dua ayat seruan tersebut. 2.a)Amboi,kayanya pemilik banglo itu! b)Wah, kayanya pemilik banglo itu! Penggunaan ayat seruan manakah yang betul dan tepat? Terima kasihDalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 255 menerangkan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat yang menggunakan kata seru seperti wah dan amboi. Contoh ayat: "Wah, cantiknya baju dia!", dan "Amboi, comelnya bayi itu!". Berdasarkan penerangan dan contoh dalam buku Tatabahasa kedua-dua ayat tersebut jawapannya betul.Tatabahasa13.07.2009
Bagaimanakah kita ingin menggunaan tanda seruan yang betulTanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak!

Menurut penerbitan Gaya Dewan, hanya satu sahaja penggunaan tanda seru dan huruf besar selepas tanda seru.
Tatabahasa15.04.2013
jenis dan fungsi ayat berita, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru?Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan  dengan nada atau itonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seerti takut, marah, takjub, geram dan sakit. Ayat tanya pula ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan untuk orang kedua. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa09.04.2009
Bagaimana menulis nama blog. Contoh: Saya letakkan seruan itu dalam laman web saya, Minda Jutawan (mindajutawan.com). Adakah perlu diitalikkan 'Minda Jutawan' itu?Penulisan blog bergantung pada cara penulisan yang telah ditentukan oleh sistem, misalnya mindajutawan.com. Walau bagaimanapun, dari segi tatabahasa Minda Jutawan hendaklah ditulis terpisah dengan awalan huruf besar bagi menunjukkan nama atau tajuk blog.Lain-lain08.11.2011
Adakah pemisahan sebutan yang berikut betul? 1. awalan (a.wa.lan) 2. seruan (se.ruan) 3. perniagaan (per.nia.ga.an)Ketiga-tiganya betul.Lain-lain06.03.2013
makna yang mudah difahami untuk perkataan EUREKADalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai eureka juga, iaitu kata seruan yang bermaksud "ungkapan gembira setelah menemui sesuatu".Makna07.06.2009
123

Kembali ke atas