Adakah perkataan seperti "badai", "tonggak", "belenggu", dan "samudera" merupakan bahasa serumpun dalam bahasa Melayu. Bagaimana cara untuk mengenal pasti sesuatu perkataan itu merupakan bahasa serumpun atau tidak. Terima kasih. | Terdapat sebelas pola suku kata dasar, iaitu 1. V; 2. VK; 3. KV; 4. KVK; 5. KKV; 6. KKVK; 7. VKK; 8.KVKK;9. KKVKK; 10. KKKV 11. KKKVK. Pola 1 hingga 4 ialah empat macam pola suku kata yang terdapat pada kebanyakan kata dasar dalam bahasa Mleayu. Pola 5 hingga 11 ialah tujuh pola suku kata yang terdapat padanya huruf konsosnan rangkap atau gugus konsoanan, iaitu yang diserap daripada ejaan bahasa Inggeris atau bahasa -bahasa Eropah yang lain. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu terbitan DBP. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Saya mempunyai beberapa pertanyaan dan cadangan. 1. Adakah perkataan-perkataan yang bertanda “id” seperti perkataan “bisa” yang membawa maksud “boleh” dikira sebagai kata pinjaman dari bahasa Indonesia dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu? 2. Adakah perkataan “karna” yang bertanda bp merupakan kata serapan dari bahasa Indonesia? Atau ianya bahasa percakapan dalam kalangan penutur bahasa Melayu? 3. Adakah perkataan “apakah” dan “adakah” mempunyai makna yang sama? 3. Saya ingin mencadangkan kepada pihak DPB untuk menyerap dan merakamkan perkataan “ghibah” yang bermaksud mengumpat dalam bahasa Arab di dalam Kamus Dewan sebagai alternatif/sinonim bagi perkataan “umpat”. | 1. Bahasa Indonesia (yang berlabel Id dalam kamus DBP) dikategorikan sebagai bahasa serumpun dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bahasa Melayu. Pengguna bahasa boleh menggunakan kata-kata daripada bahasa serumpun tersebut dalam berkomunikasi, yang sesuai dengan khalayak, makna dan konteksnya. 2. Kata karna dalam kamus terbitan DBP ialah penggunaan masyarakat dalam bahasa percakapan atau bahasa basahan dalam bahasa Melayu. 3. Kata apakah dan adakah tidak mempunyai makna yang sama. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 11 dan 124) dan Tatabahasa Dewan. 4. Kata ghibah telah pun terakam dalam kamus terkini terbitan DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 684) seperti yang berikut: ghibah kata nama kata-kata yang dituturkan untuk memburuk-burukkan orang lain di belakangnya, biasanya boleh menimbulkan kemarahan, dendam dan sebagainya; umpat: Islam mengharamkan ghibah kerana boleh mengakibatkan perbalahan dan menimbulkan permusuhan. | Makna | 27.05.2023 |
Assalamualikum dan selamat sejahtera. Dewan bahasa dan Pustaka merupakan badan yang bertanggungjawab dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa pertanyaan mengenai peristilahan: 1. Apakah proses penting bagi DBP dalam pembentukan sesuatu istilah? 2. Bagaimanakah DBP memilih sesuatu istilah terutamanya yang wujud dari media sosial untuk dibentuk? Adakah dengan melihat dari segi populariti penggunaannya atau aspek lain? | Waalaikumsalam wbt. Terima kasih atas persoalan tentang pembentukan istilah DBP. Bagi soalan yang pertama, terdapat beberapa langkah yang penting untuk menggubal sesuatu istilah. Boleh rujuk Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu yang menggariskan beberapa langkah dalam proses pembentukan istilah, iaitu: 1. Perkataan bahasa Melayu yang lazim digunakan (umum). 2. Perkataan bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan. 3. Perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang lazim digunakan. 4. Perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang tidak lazim digunakan. 5. Perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris. 6. Penggunaan perkataan daripada bahasa lain (Arab, Latin dan lain-lain). 7. Membuat pemilihan terbaik mengikut tertib antara langkah pertama hingga langkah keenam. Bagi soalan kedua pula, pihak DBP tidak hanya melihat populariti istilah di media sosial sahaja tetapi banyak faktor lain dalam menggubal padanan istilah bahasa Melayu, antaranya: 1. Melihat kepada konsep dalam bahasa sumber berdasarkan rujukan kamus dan korpus tempatan dan luar negara (Oxford, Collins, Cambridge). 2. Kepentingan istilah dalam pelbagai bidang baharu dan sedia ada, contohnya istilah-istilah dalam bidang Kecerdasan Buatan, Robotik dan sebagainya. 3. Kekerapan penggunaan istilah dalam korpus tempatan dan luar negara sama ada dalam bentuk penulisan ilmiah, berita dan artikel. Sekian. | Lain-lain | 16.10.2020 |
menggonggong mempunyai berapa "g" | Terdapat 5 huruf "g" dalam perkataan "menggonggong". 1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt; text-align: justify;">Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan ini, saudara bolehlah mendapatkan Kamus Dewan Perdana (KDP), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). KDP merupakan kamus bahasa Melayu terbesar dan terlengkap yang dihasilkan oleh DBP. Lebih daripada 120 ribu entri dan subentri yang merangkumi kata umum, istilah, dialek dan kata bahasa serumpun. Analisis baharu berdasarkan data korpus lebih daripada 113 juta kata dalam korpus DBP, di samping penggunaan kata di Internet. Terdapat juga maklumat pemenggalan kata, ejaan Jawi, sebutan dan kelas kata. Sekitar 7000 maklumat etimologi disediakan dalam kamus ini.
| Lain-lain | 22.03.2022 |
Adakah ‘kesenjangan’ merupakan perkataan asli Bahasa Melayu? Dan apakah makna sebenar bagi perkataan tersebut? | Kata senjang berasal daripada bahasa Minangkabau. Bahasa Minangkabau merupakan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu di bawah rumpun Austranesia. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna senjang ialah: senjang سنجڠ Minangkabau kata adjektif 1 (berkenaan ukuran tinggi, lebar atau panjang) tidak sama antara satu sama lain; 2 (berkenaan kedudukan dua benda seperti lukisan, ukiran atau sulaman) tidak seimbang antara sebelah kiri dengan sebelah kanan; 3 (berkenaan pengantin, suami isteri atau saudara kembar) tidak sepadan dengan pasangannya; persenjangan ڤرسنجڠن kata nama hal menjadi senjang; kesenjangan کسنجڠن kata nama keadaan senjang. Oleh sebab itu, kata kesenjangan ialah keadaan yang tidak seimbang antara sesuatu, terdapatnya jurang. Penggunaan kata ini seperti dalam ayat berikut: Contoh 1: Usaha untuk merungkai masalah kemiskinan dan kesenjangan yang kian melebar perlu dipergiat. Contoh 2: Ketika ini, masih terdapat kesenjangan antara sekolah di kawasan bandar dan luar bandar. | Makna | 02.11.2024 |
1- Adakah bahasa melayu dan bahasa indonesia disifatkan merupakan bahasa yang sama di peringkat antarabangsa? 2- Bagaimanakah cara terselamat untuk bertutur bahasa melayu/indonesia tanpa menyisihkan warga asing yang hanya belajar antara bahasa melayu atau bahasa indonesia sahaja? 3-Bolehkah kita bertukar-tukar istilah antara bahasa melayu dan bahasa indonesia selagi istilah tersebut mempunyai rekod didalam kamu dbp? Kerana, industri yang menekankan pasaran seperti muzik telah menerima pakai perkataan indonesia seperti coba, meski, ujung, dll. Terima kasih. | 1. Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia termasuk dalam kumpulan bahasa Nusantara.1"> 2. Tidak timbul isu menyisihkan warga asing yang hanya belajar dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia kerana kedua-duanya serumpun. 1"> 3. Dalam pembentukan istilah, telah ditubuhkan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khasnya dalam bidang penyelarasan peristilahan antara ketiga-tiga negara. Tidak ada konsep ‘bertukar-tukar istilah’ sebaliknya penyelarasan istilah diputuskan oleh MABBIM ini. 1"> 1">
| Penyelidikan | 26.02.2017 |
Salam, bolehkah para Pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu hari ini mempertahankan bahasa Melayu dengan mengurangkan peminjaman istilah-istilah asing seperti bahasa Inggeris dan Eropah sebab bahasa-bahasa itu bukan rumpun Melayu. Jika tiada perkataan atau istilah yang sesuai untuk menterjemahkan sesuatu istilah Inggeris, ada baiknya jikalau para pakar DBP dan tokoh bahasa Melayu meminjam istilah serumpun seperti bahasa Melayu Indonesia, bahasa Jawa, Arab, Filipina dan lain-lain serta ada baiknya juga jikalau dipinjam daripada istilah-istilah loghat negeri atau daerah seperti loghat Kelantan, Kedah, Johor dan jikalau tiada sekalipun, cubalah untuk mereka dan mencipta istilah baru. Untuk itu saya memberi contoh, bahasa Melayu tiada istilah "Bicycle" dalam bahasa Inggeris, lalu dipinjam menjadi ''basikal'' dan itu memang kerja menjengkelkan serta kerja mudah. Apa kata, para DBP dan tokoh bahasa Melayu berfikiran terbuka dan berdaya cipta sedikit . Jadi, dalam loghat kedah ''basikal'' disebut ''gerek''. Jadi, apa salahnya jikalau digunakan ''gerek'' untuk ''basikal'' dalam bahasa Melayu dan boleh juga mencipta istilah lain seperti ''bi'' dalam bahasa Inggeris dan ''dwi" dalam bahasa Melayu serta ''cycle'' dalam bahasa Inggeris dan ''kitar'' dalam bahasa Melayu. Jadi, tak salahkan jikalau digabungkan dua perkataan Melayu itu seperti "dwikitar'' untuk ''bicycle'' dalam bahasa Inggeris. | Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan). Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. 1"> 1"> Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab.1"> 1"> 1.0cm;"> Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan bicycle itu sendiri merupakan gabungan daripada bi- (bahasa Inggeris) dan kuklos (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi bicycle. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini. Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu.1"> | Istilah | 06.11.2015 |