Padanan yang sesuai bagi istilah 'server'? Konteks ayat: "Saya baru sahaja menyertai 'server' Discord yang dibuat oleh kawan saya" | Padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan 'server' ialah pelayan. Ayat yang betul: Saya baru sahaja menyertai pelayan diskord yang dibuat oleh kawan saya. | Istilah | 26.01.2021 |
Perpindahan server ke lokasi baharu ATAU Pemindahan server ke lokasi baharu? | Cadangan jawapan yang sesuai berdasarkan jawapan yang diberikan ialah Pemindahan pelayan ke lokasi baharu. | | 23.05.2021 |
adakah perkataan 'server' iaitu pelayan komputer telah diterima sebagai istilah bahasa melayu.saya ada membuat carian dalam dbp.gov.my ni tetapi saya tak faham keputusan carian tersebut. terima kasih. | Ya. Server adalah pelayan dalam bahasa Melayu | Lain-lain | 29.11.2010 |
Hi, ASP (Active Server Page) ialah Halaman Pelayan Aktif atau Laman Pelayan Aktif? | laman pelayan aktif. | Tatabahasa | 09.08.2007 |
Dear Tuan/Puan, Salam Sejahtera, FYI Due to DBP website server down, and we are urgent to get this approval from DBP, we apply this start on 18th May till now we haven get any reply, we really need your help and check again for the attach visual a.s.a.p. Thank you so much for your help. Have a nice day. Our No.pendaftaran 30433/2017 Majilis Bandaraya Johor Bahru Company name : Apexone Printing Sdn Bhd Hatten Group - JBCC Street Bunting Best Regard Apexone Printing Sdn Bhd | Permohonan tuan telah diproses. Kami memohon maaf atas kesulitan yang tuan hadapi. | Lain-lain | 24.05.2017 |
Back office (istilah komputer) | Ruang peralatan (Konsep: Satu kawasan, di dalamnya terdapat server dan menjalankan sistem operasi) | Istilah | 06.08.2008 |
Carian untuk istilah di bawah MABBIM dan Khidmat Nasihat tidak berfungsi sudah beberapa hari. Mungkin server down? Tolong betulkan. | Kami mengambil maklum berkenaan perkara ini dan akan meningkatkan mutu perkhidmatan kami. Terima kasih. | Lain-lain | 11.08.2018 |
Apakah beza penyenggaraan dan penyelenggaraan? Adakah 'penyelenggaraan' lebih sesuai digunakan untuk peralatan komputer seperti PC, Server, Firewall dsb. dan adakah 'penyenggaraan' lebih sesuai digunakan ke atas sistem aplikasi? | Penyenggaraan bermaksud 1. penyelenggaraan, pengurusan, pengusahaan, pengelolaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan, penjagaan, pengawasan. Akasnya ialah pembengkalaian. Penyelenggaraan bermaksud 1. pengurusan: pengusahaan, pengelolaan, pelaksanaan, pengaturan, pengendalian, pentadbiran, pelicinan, pemberesan, penyusunan. Akasnya ialah pembengkalaian. 2. pemeliharaan: pembelaan, penjagaan, perawatan, perlindungan, pertolongan, penaungan, pengawasan. Akasnya ialah penderaan. Walaupun perkataan penyenggaraan dan penyelenggaraan mempunyai maksud yang sama bagi mengelakkan pembengkalaian, tetapi perkataan penyenggaraan lebih sesuai untuk kerja yang melibatkan peralatan atau perkakasan dan pengetahuan sains dan teknologi. Contohnya: penyenggaraan komputer, web, sistem, dan jentera. Penyelenggaraan boleh dilaksanakan oleh orang atau organisasi. Contohnya: penyelenggaraan taman, harta, pesakit, dan pameran. Untuk bidang komputer, perkataan penyenggaraan lebih digunakan. Perkataan penyelenggaraan boleh digunakan tetapi hendaklah sesuai mengikut konteks tugas yang dilaksanakan. | Makna | 28.04.2011 |
Saya gunakan laman web ini sebagai rujukan setiap hari dalam pekerjaan harian saya. Please fix your server problem. Kerap kali berlaku, laman web ini langsung tidak dapat dibuka. Mohon lakukan sesuatu. | Aduan tuan telah kami panjangkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP. Kami berharap masalah ini dapat dipulihkan dengan kadar yang segera demi manfaat kita bersama. | Lain-lain | 15.05.2015 |
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu yang sesuai untuk 'Cloud Computing'. Contoh ayat : Cloud computing means using multiple server computers via a digital network, as though they were one computer. | Belum ada lagi padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah cloud computing. Istilah tersebut boleh digunakan tetapi ditaip dengan cetakan condong/italik. | Istilah | 18.07.2011 |