Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sar] | سسر

Definisi : ; menyesar 1. beralih (sedikit-sedikit), berganjak, bergeser; 2. mendesak supaya beralih (cecair oleh benda padu dll); jangan disesar gunung berlari, hilang kabut tampaklah dia = ke mana gunung disesar hilang kabus tampak juga prb sesuatu perkara yg telah tentu itu tidak perlu digopoh-gopoh­kan sangat (hendaklah sabar mengerjakan­nya); menyesarkan 1. mengalihkan, menggeser­kan (menguakkan dan menutup spt kelambu dll); 2. mendesak supaya keluar atau bebas; 3. (Kim) membebaskan sesuatu unsur drpd sebatian kimia (spt hidrogen drpd asid dll); penyesaran perbuatan menyesar(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sar] | سسر

Definisi : ; menyesar 1 bergerak atau beralih sedikit-sedikit. 2 ist beralih (bkn atom dlm sebatian kimia). menyesarkan 1 menjadikan beralih; mengalih. 2 ist mengambil tempat atau mengalih atom dlm sebatian kimia oleh atom lain: Zink lebih aktif drpd kuprum kerana zink dpt ~ kuprum dr larutan garam kuprum. tersesar telah beralih dr tempat asal. penyesaran perbuatan (proses dsb) menyesar atau menyesarkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesar
Kata Terbitan : menyesar, menyesarkan, penyesaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terdapat perkataan Lineament (english) dalam term geologi yang bermaksud sesar atau garisan pada batuan. Mohon bantuan untuk digunakan dalam BM perkataan "lineament" itu sendiri.Dalam bidang Geologi, istilah bahasa Melayu untuk "lineament" ialah lineamen.Istilah19.07.2013

Kembali ke atas