Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesebuah

Peribahasa

Adat di atas tumbuh,
     pusaka di atas tempat.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.

 

Lihat selanjutnya...(2)

270

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Kuat lilit kerana simpulnya

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - kuat lilit kerana simpulnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sesebuah majlis akan diurustadbirkan oleh event manager manakala beliau juga akan dibantu oleh floor manager. Perkataan ini sudah biasa kita gunakan. Apakah perkataan yang paling sesuai bagi menggantikan kedua-dua perkataan bahasa inggeris itu? event manager & floor manager? Terima kasih.
Istilah yang digunakan dalam bahasa Melayu ialah:

1. Event Manager = Pengurus Acara
2. Floor Manager = Pengurus Pentas

Terima kasih.
Istilah07.09.2017
apakah maksud berperlembagaanPerlembagaan ialah undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dan sebagainya).Makna07.03.2011
bagaimanakah hendak memulakan sesebuah karangan?bagaimanakah hendak membuat persediaan terakhir bagi peperiksaan?terima kasihSesebuah karangan ada rangka atau format. Biasanya sesebuah karangan dimulakan dengan perenggan pengenalan atau latar belakang. Untuk persediaan terakhir saudara boleh merujuk contoh karangan di dalam buku rujukan yang terdapat di pasaran.Lain-lain15.11.2008
Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran oleh pengarang dalam sesebuah karya sastera tradisional atau moden?Pemikiran dalam karya bermaksud sesuatu fikiran atau idea yang ingin disampaikan atau dikongsi bersama oleh pengarang sesebuah karya kepada khalayak pembacanya. Pembaca yang membaca sesebuah karya sastera sama ada moden atau klasik untuk mencari sesuatu idea atau fikiran akan menjadi pembacaan menarik dan berkesan daripada membaca semata-mata kerana ingin mengetahui cerita atau untuk berhibur. Pemikiran dalam karya sastera boleh timbul daripada pelbagai persoalan seperti politik, ekonomi, agama, sosio-budaya dan sebagainya. Lain-lain24.07.2008
Bagi sesebuah forum, perkataan yang manakah lebih sesuai digunakan; speaker atau ahli panel?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud speaker ialah  orang yg mempengerusikan sidang mesyuarat (Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri), Yang Dipertua (Dewan Rakyat, Dewan Negara) manakala panel ialah kumpulan orang yg membincangkan sesuatu tajuk, biasanya berkaitan dgn politik, ekonomi, dll di hadapan para pendengar atau penonton; 2. kumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melakukan tugas tertentu. Maka perkataan yang sesuai digunakan dalam ceramah ialah ahli panel.Makna15.03.2019
bolehkah sesebuah akta digantikan dengan kata ganti nama ia?Kamus Dewan mendefinisikan ia sebagai kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ia merupakan kata ganti diri ketiga. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan akta daripada menggunakan kata ganti nama ia untuk merujuk akta.
Tatabahasa01.11.2013
Kalau sesebuah keluarga mempunyai 2 orang anak, ayat mana yang betul ? (a) Saya mempunyai dua orang adik-beradik. (b) Saya mempunyai seorang adik-beradik. ataupun penggunaan 'adik-beradik' tidak sesuai dalam konteks ini. Kalau begitu, bolehkah pihak tuan sila berikan skop penggunaan perkataan 'adik-beradik' yang betul ? Terima kasih.Perkataan adik beradik bermaksud 1. (beberapa orang) yang mempunyai hubungan kekeluargaan(kerana seayah dan seibu), bersaudara. Yang betul ialah saya mempunyai dua orang adik- beradik. Sila rujuj Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 9. Tatabahasa26.03.2009
Perlukah nama sesebuah negara seperti Trinidad and Tobago, St. Vincent and Grenadines diterjemahkan?Untuk makluman, nama di Negara luar Malaysia yang digunakan secara rasmi di Malaysia hendaklah dieja dalam bahasa Melayu atau diterjemahkan jika perlu. Nama tersebut hendaklan berdasarkan senarai nama dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan olej Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Senarai nama dalam bahasa Melayu hendaklah mengikut senarai yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, termasuklah nama:

1. St. Vincent and Grenadines yang perlu dieja sebagai Vincent dan the Grenadines
2. Trinidad and Tobago yang perlu dieja sebagai Trinidad dan Tobago
Lain-lain26.05.2017
Berapa pangjang sesebuah cerpen?

Secara umum, panjang sesebuah cerita pendek atau lebih dikenali sebagai cerpen ialah antara 500 sehingga 2,000 patah perkataan. Namun begitu, jumlah patah perkataan ini bergantung kepada media yang menyiarkannya.

Lain-lain28.04.2010
Bagaimanakah sesebuah bahasa itu dapat dikembangkan melalui penggunaan bahasa melayu moden?Sesebuah bahasa boleh dikembangkan melalui proses pemupukan bahasa yang bererti menumpukan perhatian pada usaha-usaha untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan pemupukan istilah-istilah baharu, khususnya istilah dalam bidang-bidang teknikal. Penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kedoktoran, sains angkasa lepas, kehakiman dan sebagainya juga membantu memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu moden.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa.
Lain-lain24.08.2023
12345678910...

Kembali ke atas