Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan proses pembentukan kata? I Menambah imbuhan pada kata dasar. II Mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar. III Menggantikan unsur-unsur tertentu kepada kata dasar. IV Mencantumkan huruf dan suku kata serangkaian perkataan sesedap sebutan. A I dan II B II dan III C I dan IV D III dan IV | Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan proses pembentukan kata? I Menambah imbuhan pada kata dasar. II Mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar. A. I dan II | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Yang manakah frasa yang tepat, "aku janji" atau "akur janji"? 2. Adakah boleh diterima sebutan akronim SASEM (baca; seisem) untuk Sains Sembrong? Atau tetap dibaca (sasem) sebagaimana yang dieja? Atau sebutan (seisem) itu tergolong dalam akronim sesedap sebutan? TERIMA KASIH. | 1. Jika merujuk frasa letter of undertaking, penggunaan yang betul ialah surat aku janji. Walau bagaimanapun frasa akur janji boleh dibentuk jika hendak merujuk kepada perbuatan setuju untuk berjanji. 2. Dalam pangkalan data kami sasem ialah bahasa sukuan Melanau. Pada pandangan kami frasa Sains Sembrong sewajarnya disebut dengan penuh bagi mengelakkan kekeliruan orang awam. | Tatabahasa | 09.07.2013 |