Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesiapapun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Sesiapapun atau sesiapa pun? Cth: tiada sesiapapun yang berani bersuara.

Sesiapa pun.

Tatabahasa07.11.2008
Tuan, perkataan sesiapapun dieja bagaimana? Sama ada sesiapa pun atau sesiapapun?Ejaan yang betul ialah sesiapa pun.Ejaan09.06.2012
Sesiapa pun atau sesiapapun?Sesiapa pun. Ejaan26.06.2018
Partikel pun berikut perlu dekat atau jarak? a) sesiapa pun b) sesiapapunEjaan yang betul ialah sesiapa pun.Tatabahasa01.07.2013
Adakah kita dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam penulisan kreatif ? kalau boleh apakah kewajarannya?

Encik Jama,

Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namundalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi.

Lain-lain04.10.2010
Adakah penggunaan kata 'diorang', 'korang' dan 'kitorang' dibenarkan dalam penulisan novel? Jika tidak dibenarkan, perkataan apa yang sesuai digunakan bagi mengelakkan sesuatu dialog kelihatan terlalu baku dan terikat? Sekian.Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namun dalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi. Walau bagaimanpun, penggunaan "dia orang", "kau orang" dan "kita orang" adalah lebih baik.Lain-lain23.05.2014

Kembali ke atas