Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "banned"? Sesuai kah ia diterjemahkan kepada "diharamkan"? Contoh ayat: You are banned from this website and unable to login for 10 min. Terima kasih. | Untuk makluman terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk ban, iaitu haram, halang, larang, sekat dan tahan. Berdasarkan konteks yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah dihalang atau disekat. | Istilah | 16.10.2012 |
salam sajahtera, Adakah penggunaan ayat berikut sesuai atau kurang sesuai pengunaan struktur ayatnya."PENGAMBILAN JANUARI KINI DIBUKA" | Ayat yang betul ialah "PENGAMBILAN PELAJAR BULAN JANUARI KINI DIBUKA". | Tatabahasa | 25.01.2011 |
Salam, apakah kata ganda berentak yang sesuai dengan keadaan bilik yang bersepah (pakaian diletakkan di merata-rata)..adakah sesuai digunakan tunggang-langgang?ataupun ada kata ganda berentak lain yang lebih sesuai?terima kasih. | Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memutarbalikkan;.Daripada takrifan tersebut, perkataan tunggang-langgang kurang sesuai digunakan. Kata ganda yang sesuai digunakan ialah bersepah-sepah atau berserak-serak. | Tatabahasa | 02.12.2013 |
soalan: 1.perbezaan penggunaan pada dan kepada...tolong jelaskan... 2. contoh ayat:..., yang sesuai supaya anak-anak kita ini akan...(penggunaan yang sesuai:anak-anak kita atau anak kita)...tolong jelaskan... 3. Tiga 'ekor" ini semua banyak bantu saya.(semua banyak sesuaikah digunakan dalam ayat?mengapa kalau sesuai) 4. Bolehkah mengggunakan kata "dan" di awal ayat? jelaskan... TQ | Jawapan 1: Kata sendi nama "pada" menunjukkan keterangan waktu atau tempat seperti ... bermula pada hari ini .... , manakala kata sendi nama "kepada" untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 274. Jawapan 2: Penggunaan yang sesuai ialah "anak-anak kita" kerana perkataan "kita" merujuk kepada bilangan orang yang lebih daripada seorang. Jawapan 3: 3. Tiga 'ekor" ini semua banyak bantu saya.(semua banyak sesuaikah digunakan dalam ayat?mengapa kalau sesuai) Perkataan "semua banyak" ini sesuai digunakan kerana "semua" merujuk kepada "tiga ekor ini" manakala perkataan "banyak" merujuk kepada bentuk bantuan yang dihulurkan, iaitu "banyak membantu saya". Jawapan 4: Perkataan "dan" di awal ayat tidak sesuai digunakan bagi penulisan rasmi atau formal seperti surat rasmi. | Tatabahasa | 28.03.2013 |
assalamaualaiku. 1.Apakah nama yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi orang yang menjadi instruktors?atau adakah sesuai kita gunakan juru pandu senamrobik?byukankah instruktors itu dalam Bahasa Inggeris? 2.Apakah nama perkataan sesuai untuk untuk Bahasa Melayu bagi orang yang berdiri di hadapan memimpin koir,atau memimpin nyanyian@kumpulan muzik | 1. Padanan instruktor dalam bahasa Melayu ialah pengajar atau jurulatih. Jika yang berkaitan akademik dan kemahiran "pengajar" lebih sesuai digunakan, manakala yang berkaitan dengan kecergasan dan kesukanan "jurulatih" yang digunakan. 2. Pemimpin kumpulan koir atau pemimpin dan pemimpin kumpulan muzik. | Tatabahasa | 05.07.2012 |
Assalamualaikum... Terjemahan paling sesuai bagi Work processed Based Orientation dalam bahasa melayu yang betul dan sesuai digunakan bagi tajuk tesis saya dan adakah sesuai jika penggunaan nama kurikulum berasaskan pekerjaan digunakan. Sekian..terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi work processed based orientation ialah proses kerja berasaskan orientasi. Walau bagimanapun terjemahan ini hendakalah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. | Lain-lain | 11.02.2011 |
soalan: 1. sekiranya ayakata hubung ini tidak sesuai...boleh cadangkan ayat yang lebih sesuai bagi menukar ayat ini.... a) Yang pertama, bahawa dalam proses membuat perubahan ini,UMNO adalah pari yang merupakan gerakan massa nasional. b) Yang pentingnya, ialah pengisiannya supaya kita sediakan kurikulum yang sesuai. | Berikut merupakan ayat yang telah dipinda. a) Yang pertama, dalam proses membuat perubahan,UMNO adalah parti gerakan massa nasional. b) Yang penting ialah pengisian supaya kita menyediakan kurikulum yang sesuai. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
Ali memancing banyak ikan . Dia berasa gembira "seperti itik mendapat air". Penggunaan peribahasa dalam ayat tersebut sesuai atau tidak sesuai ? Terima kasih. | Peribahasa "itik mendapat air" bermaksud memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 09.08.2011 |
Apakah kata sendi yang sesuai untuk ayat berikut: 1. Gambar itu ada di dalam buku teks. Adakah 'di dalam' itu sesuai? | Kata sendi yang digunakan dalam ayat sesuai. | Tatabahasa | 21.08.2013 |
Salam, apakah imbuhan yang sesuai untuk ayat ini? Kamu telah mengalami satu peristiwa yang sangat menyesalkan. Adakah perkataan 'menyesalkan' sesuai digunakan atau perkataan 'dikesalkan' atau 'dikesali'?Atau mungkin ada imbuhan lain yang lebih sesuai. Harap pihak PRPM dapat membantu saya. Terima kasih. | Ayat yang boleh digunakan ialah "Kamu telah mengalami satu peristiwa yang sangat dikesali." | Tatabahasa | 10.10.2013 |