Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Peribahasa

Kalau bangkai galikan kuburnya,
     kalau hidup sediakan buaiannya.

Bermaksud :

Pertimbangan tentang buruk baiknya sesuatu itu hendaklah diperbuat sesudah kejadiannya berlaku.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkan perkataan "seusai" digunakan dalam ayat berikut: Saya bertemu dengannya seusai program itu?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, usai ditakrifkan sebagai 1. sudah selesai, berakhir, bubar (perayaan dll.); 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut); 3. sudah selesai (dikerjakan); 4. sudah lampau, sudah berlalu. Perkataan sudah pula ditakrifkan telah siap sedia, lengkap, selesai, telah berlaku. Sesudah bererti setelah sudah, sehabis, selepas. Sudah ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar, hlm. 204-205.) Perkataan seusai, dengan maksud sesudah digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license). Untuk pengucapan umum perkataan sesudah  digunakan.Sastera04.05.2011
Saya ingin mencari makna yang tepat 3 perkataan berikut... 1. Ilmu 2. Iman 3. AmalMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, ilmu bermaksud 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; Manakala iman bermaksud Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; dan amal bermaksud 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai;Makna18.10.2010
Assalamualaikum Apakah yang membezakan kampung dan perkampungan. Penduduk perkampungan itu @ penduduk kampung itu. Yang mana betul.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, perkampungan 1. mengenai (berkaitan dengan) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan.

Manakala kampung pula bermaksud  kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dari Kuala Lumpur;  2. kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu;

Berdasarkan takrif tersebut, kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama. Frasa penduduk kampung dan penduduk perkampungan itu boleh digunakan.
Tatabahasa16.10.2013
Bagaimanakah kita ingin menggunaan tanda seruan yang betulTanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak!

Menurut penerbitan Gaya Dewan, hanya satu sahaja penggunaan tanda seru dan huruf besar selepas tanda seru.
Tatabahasa15.04.2013
bagaimana penggunaan kata - di dalam fikiran atau dalam fikiran. soalan kedua - adakah langit biru dan rumah putih itu kata majmuk

Dalam ialah kata arah dan kata sendi nama. Sebagai kata arah, perkataan dalam akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam. Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan frasa nama yang membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, fikiran, peristiwa, hal dan sebagainya".

Langit biru dan rumah putih - bukan kata majmuk. Kata majmuk bermaksud gabungan dua kata yang membawa makna tertentu.

Rumah putih akan menjadi kata majmuk sekiranya merujuk kepada maknanya selain daripada rumah yang berwarna putih. Contohnya rumah putih yang merujuk kepada "White house" di Amerika.

 

Tatabahasa04.11.2008
bagaimana beza meniduri dan menidurkan ? perkataan sarana. bm atau bahasa lain, apakah maksud sebenar? tk.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menidurkan ialah membuat supaya tidur, mem­baringkan supaya tidur: sesudah menidurkan anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang menga­rah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita menidurkan kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;.
Manakala meniduri ialah 1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yang di kejauhan sana, nampak gadis meniduri pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;.

Sarana ialah (segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat  untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu: bahasa Melayu hendaklah dibina agar dapat berfungsi sebagai sarana yang benar-benar dapat menyampaikan ilmu secara berkesan; karya-karya sastera ialah wadah atau sarana untuk menyatakan dunia masyarakat dan zamannya.
Tatabahasa23.02.2013
Saya pernah mempopularkan ungkapan “Buku Wajah” sebagai ganti ungkapan “Muka Buku” yang dipopularkan sebelum itu. Ada rakan kurang menyenangi usaha saya. Saya pun menggunakan ungkapan “Facebook” dan “FB” semula. Namun saya dapati Dr. Awang ...Sariyan dan beberapa orang rakan terus menggunakan ungkapan “Buku Wajah”. Sesudah beberapa kali saya mendengar penjelasan Dr. Awang bahawa orang Inggeris menukar/menyesuaikan nama Arab dengan “lidah Inggeris” apabila menterjemahkan bahan daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris, saya berasa perlu untuk menjadi pengikut Dr. Awang. Apakah komen Tuan Dewan Bahasa?Bagi saya, kedua-duanya boleh sahaja digunakan kerana merujuk benda yang sama, iaitu Facebook, dan Buku Wajah sebagai ganti namanya. - ZaidiIstilah09.05.2012
ingin memahami dengan lebih mendalam mengenai penggunaan kata tugas "daripada". Contoh: Dia mengeluar pen daripada poket. (Adakah poket itu ialah tempat jadi... harus letakkan kata tugas "dari". Ataupun poket itu, sumber - jadi ayat itu betul?). Tolong jelaskan hukum "daripada dan dari" dengan jelas. Terima kasih

Sendi Nama "daripada"

Umumnya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan manusia, unsur abstrak, perbandingan, sumber atau asal sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan. Menurut funsi tersebut, penggunaan SN daripada ini dapat dibahagikan kepada enam bahagian seperti yang berikut:

1. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata yang menyatakan manusia, dengan unsur manusia sebagai punca atau "tempat" datangnya sesuatu.

Contohnya: Aku tidak tahu daripada siapa dia mewarisi paras yang secantik itu.

2. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan sesuatu unsur yang abstrak.

Contohnya: Apabila Janaki telah baik daripada sakitnya, dia datang mengunjungi aku.

3. Menunjukkan perbandingan atau tahap yang didahulukan dan dikemudiankan.

Contohnya: Dia lebih pendiam daripada dulu.

4. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan penceraian sedikit daripada banyak atau menyatakan sebahagian daripada semua.

Contohnya: Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

5. Menunjukkan perbezaan atau kelainan.

Contohnya: Cara hidupkau berbeza daripada cara hidupku.

6. Sebagai kata yang letaknya di hadapan kata nama atau frasa yang menyatakan maksud sumber atau asal.

Contohnya: Kulihat sebuah rumah kecil yang diperbuat daripada tanah.

 

Sendi Nama "dari".

Digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan araha, tempat atau waktu.

Contoh:

1. Hilmy keluar dari dalam bilik itu.

2. "Lama dah kak, dari pagi tadi".

3. Aku melangkah keluar dari rumahnya.

4. Dia betah sekali duduk bersila dari waktu sesudah sembahyang Isyak sampailah menjelang dinihari. 

 

 Yang betul: Dia mengeluar pen dari poket.

Poket dianggap tempat bukan sumber.

Tatabahasa22.08.2009
bagaimanakah dewan bahasa dan pustaka mempromosikan dbp itu sendiri di luar negara?

Salam sejahtera.  Untuk mempromosi DBP di luar negara, beberapa badan atau majlis khas ditubuh untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa. Badan/majlis tersebut ialah :

a.  MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara adalah sebuah majlis yang merancang dan memantau perkembangan Sastera Melayu/Indonesia di rantau ini. MASTERA telah diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang  mewakili lembaga pemerintah setiap negara anggota. Keanggotaannya terdiri daripada  tiga kelompok, iaitu negara pendiri, negara ahli dan negara pemerhati. b. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sentiasa sedar dan amat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pihak di dalam dan di luar negara berhubung dengan pengembangan bahasa ini di peringkat antarabangsa.  Sesudah beberapa buah pusat pengajian Melayu ditubuhkan di luar negara, maka diputuskan perlunya penubuhan sebuah majlis khas untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa ini.  c. Majlis Bahasa  Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau singkatannya MABBIM adalah  sebuah majlis  yang  ditubuhkan  untuk  merancang  dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini  yang dianggotai oleh tiga negara,  iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.     Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, pada hakikatnya mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi.   d. FOKEPS atau singkatan kepada Forum Kerjasama Penerbitan Serantau adalah satu bentuk kerjasama dalam bidang penerbitan dan dianggotai oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam dengan Singapura sebagai negara pemerhati. 
Lain-lain09.09.2008
Salam 1 Malaysia, Tatabahasa Dewan, Edisi ketiga, muka surat 102 menyatakan bahawa golongan kata untuk perkataan 'ini' dan 'itu' ialah kata ganti nama tunjuk. Walau bagaimanapun, dalam binaan frasa nama (muka surat 371-372), perkataan 'itu' dan 'ini' diketegorikan sebagai penerang bukan nama penentu belakang. Penerangan ini agak mengelirukan saya kerana saya menjadi kurang pasti untuk meletakkan perkataan 'itu' dan 'ini' sama ada dalam glongan kata nama ataupun bukan.Dalam tatabahasa sesuatu perkataan kadangkala mempunyai lebih daripada satu fungsi bergantung pada konteks ayat tersebut. Contohnya dalam ayat "Ini hasil nukilan penulis muda itu" kata "ini" berfungsi sebagai kata ganti nama tunjum, manakala dalam ayat "Orang itu yang balik awal", "itu" sebagai kata penentu yang hadir sesudah kata nama.Tatabahasa13.03.2013
123

Kembali ke atas