Penggunaan kata terbitan "berleluasa" dalam konteks 'gejala sosial kian berleluasa dalam kalangan masyarakat kita'? Hal ini demikian kerana dalam Kamus Dewan 'berleluasa' bermakna berlaku sewenang-wenang atau sesuka hati. Adakah 'berleluasa' dalam tersebut dapat diterima? | Kata "berleluasa" dalam konteks ayat yang dinyatakan dalam ayat tersebut dapat diterima. | Makna | 10.07.2008 |
Salam, Adakah 'hentam kromo' dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Apakah maknanya? Apakah alasannya? Terima kasih. | Mengikut buku Kamus Dewan, ‘hentam kromo’ dilabelkan sebagai bahasa pasar yang membawa maksud (1) memukul dengan hebatnya; (2) melakukan sesuatu dengan sesuka hati, tanpa pertimbangan lain yang wajar. | Makna | 07.05.2014 |
Bolehkah perkataan 'membaham' digunakan dalam ayat di bawah? Ahli silap mata itu membaham kaca di hadapan penonton. | Maksud membaham ialah makan dgn gelojoh: harimau itu ~ kambing yg menjadi mangsanya; 2. melakukan kekerasan sesuka hati ke atas seseorang (spt memukul, menyeksa, dsb). Semua ayat tersebut betul. Untuk mengetahui makna sesuata perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Berdasarkan maksud tersebut, ayat "Ahli silap mata itu membaham kaca di hadapan penonton" adalah betul. | Tatabahasa | 26.08.2014 |
Salam, Mohon menyemak status penggunaan bahasa di media diatas talian seperti bharian, harian metro dan lain-lain. Semenjak akhir-akhir ini, terlalu banyak kesalahan tatabahasa sehinggakan mengelirukan pembaca. Kebannyak masalah, seumpama hasil daripada "google translate" yang mana tatabahasa tidak dijaga dan sesuka hati di letakkan di dalam sessuatu ayat. Contoh: BH; yang mana benar sama ada "penghawa dingin" atau "Pendingin Hawa". http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendinginhawadiperlahan/Article/ | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Unit Pemantauan akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak media yang berkenaan. | Lain-lain | 16.08.2013 |
Apakah peribahasa yang sesuai untuk petikan di bawah? Ketua kampung kesal akan sikap penduduk yang membisu semasa mesyuarat diadakan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Ada-ada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama _____ (i)______. Mereka tidak sepatutnya mengemukakan pendapat dengan sesuka hati dan tidak mengeluarkan kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana ______ (ii)_____. Walaubagaimanapun sebagai ketua, beliau akan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak buahnya bagai _______(iii)_____ supaya penyelesaian yang dibuat dapat memuaskan hati semua pihak. | Menurut data kami, peribahasa yang sesuai ialah i. rumah siap pahat berbunyi iii. bagai menarik rambut dalam tepung. Manakala tiada jawapan ditemukan bagi soalan ii, sila rujuk kamus peribahasa. | Lain-lain | 19.10.2018 |
Tuan bolehkah saya menambahkan 'tutukan suka duka ' ke dalam peribahasa ini? ( e.g.Turutkan hati mati, turutkan rasa binasa, turutkan mata leta, turutkan suka duka. )Kerana saya rasa suaranya sedap, dan sesuai dengan maksud peribahasa. | Peribahasa yang betul ialah "Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati". Peribahasa ialah warisan daripada orang-orang lama dan tidak boleh diubah sesuka hati. | Tatabahasa | 28.03.2015 |
Apa maksud 'pemantauan"? | Saudara, Perkataan pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Maksud memantau ialah 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 22.07.2009 |
Tuan, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan 'sidentri'? 2. Frasa 'Dalam perkataan lain' atau 'Dengan perkataan lain'? 3. Apa beza 'secara leluasa' dan 'berleluasa'? | 1. Perkataan "sidentri" tidak ada dalam sumber rujukan kita. 2. Ungkapan yang betul ialah "dengan perkataan lain". 3. Secara leluasa bermaksud secara tidak terbatas atau tersekat-sekat (dari segi perbuatan, kelakuan dan sebagainya), manakala secara berleluasa bermaksud berbuat sesuatu dengan bebas atau sesuka hati). merujuk kedua-dua makna ini tidak ada perbezaan yang jelas antara kedua-dua ungkapan tersebut. | Tatabahasa | 20.05.2009 |
ingin cari perkataan memantau | Mengikut Kamus Dewan "memantau" memberi makna = 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati; | Makna | 26.06.2008 |
Assalamualaikum saudara, saya ingin mengemumakan beberapa soalan berkaitan dengan tatabahasa. Saya memperoleh soalan tersebut melalui buku soalan dan ingin mengetahui sama ada ayat-ayat berikut betul atau salah. Berikut ialah soalannya: Membaham 1. Ahli tinju itu membaham lawannya hingga berdarah. 2. Seekor harimau telah membaham seorang penoreh getah. 3. Penjual ubat itu menunjukkan kekuaannya dengan membaham kaca di hadapan orang ramai. 4. Ombak yang mengganas itu telah membaham perahu-perahu nelayan. Sekian, terima kasih. | Maksud membaham ialah makan dgn gelojoh: harimau itu ~ kambing yg menjadi mangsanya; 2. melakukan kekerasan sesuka hati ke atas seseorang (spt memukul, menyeksa, dsb). Semua ayat tersebut betul. Untuk mengetahui makna sesutau perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 11.08.2008 |