Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata set atas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ada dua pertanyaan: i)Boleh saya tahu mengapa set-top box diterjemahkan sebagai kotak atas set dan bukan kotak set atas? ii) Apakah terjemahan yang sebaiknya bagi "TV point" atau "cable TV point"? Terima kasihDalam data kami, terdapat dua padanan bagi istilah tersebut, iaitu
-top box kotak set-atas Teknologi Maklumat Tiada Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya.

set-top box kotak atas set Teknologi Maklumat Tiada Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet.

Kedua-dua istilah tersebut digunakan bagi konsep yang berbeza. Sila rujuk set+atas">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=set+atas dan   boleh menghubungi Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk maklumat lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan05.08.2014
Saya ingin tahu istilah yang digubal oleh pihak DBP bagi set-top box. Terima kasihUntuk makluman, dalam pangkalan data kami terdapat dua padanan bahasa Melayu, iaitu kotak atas set dan kotak set atas. Huraian untuk kedua-dua istilah itu adalah seperti yang berikut:

kotak atas set - Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet.

kotak set-atas - Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya.
Istilah06.08.2014
RM5 akan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia bagi setiap set yang dijual. Adakah ayat di atas betul ? disalurkan ke atau kepada ?Sebanyak RM5 akan disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia hasil daripada setiap set yang dijual.Tatabahasa22.06.2018
Salam sejahtera. Saya ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat-ayat di bawah: 1. Salmah mencantas dua pelepah daun pisang di kebunnya. 2. Ibu memasukkan satu pot beras ke dalam periuk. 3. Terdapat tiga sangkar burung di rumah datuk. 4. Suraya membeli satu set pinggan mangkuk di kedai itu. 5. Di tepi tangga itu terdapat satu tabung alat pemadam api. Bolehkah pelepah, pot, sangkar, set dan tabung digunakan sebagai penjodoh bilangan dalam ayat di atas? Harap soalan ini dapat dijawab dengan segera. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, perkataan pelepah, pot, sangkar, set dan tabung tidak boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan ialah kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama ynag mengikutinya. Contohnya, dalam ayat pertama, penjodoh bilangan yang betul ialah batang (Salmah mencantas dua batang pelepah daun pisang di kebunnya. )Tatabahasa31.10.2013
1)index Everest Braille Embosser V4 2)layout 3)emboss from page 4)format setting 5)top margin 6)single -sided 7)ink-jet printer1)tidak perlu diterjemahkan kerana Kata Nama Khas 2)susun atur 3)cetak timbul pada halaman 4)set format 5)jidas atas 6)sebelah 7)pencetak pancut dakwatIstilah10.01.2011
Assalammualaikum/Salam Sejahtera. Saya ada pertanyaan kepada pihak DBP. Apakah terjemahan yang tepat bagi istilah "value overt" pada ayat di bawah? Finally, as we have already argued, you should be "value overt." Clearly set out the important goals and explain why you believe that they are important. Also, explain why you have rejected goals that others might believe important.Assalamualaikum,

Tiada istilah “value overt" dalam pangkalan data DBP. Namun begitu, kami dalam proses mencari padanan kata yang sesuai untuk istilah ini. Kami sedang berbincang dan akan menghubungi tuan setelah mendapat jawapan yang bersesuaian. Maaf atas kelewatan.

Terima kasih.
Istilah04.01.2018
Assalamualaikum... Pihak kami terlibat dalam siri bengkel untuk membuat soalan bagi dimuatnaik dalam bank soalan. Buat masa sekarang istilah yang digunakan bagi setiap peringkat ialah: Pembangunan soalan (mencipta soalan) --> Pemurnian soalan (memurnikan soalan yang dibangunkan) --> Pengesahan soalan (meluluskan soalan yang dimurnikan) --> Penjanaan soalan (menghasilkan set soalan mengikut Jadual Spesifikasi Ujian/Jadual penentu ujian) Ada pihak yang mencadangkan bagi pembangunan soalan, istilah yang sepatutnya digunakan ialah pembinaan soalan. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk menjelaskan sebenarnya untuk proses mencipta soalan apakah istilah yang paling sesuai digunakan. Adakah pembangunan soalan, pembinaan soalan, atau penggubalan soalan. Terima kasih atas maklum balas.Pembangunan sama maksudnya dengan pembinaan, iaitu hal membuat sesuatu. Penggubalan pula bermaksud hal membuat atau menyusun undang-undang dan sebagainya (termasuklah soalan). Berdasarkan makna yang terdapat dalam kamus, ketiga-tiga perkataan ini boleh digunakan, namun dalam data korpus kata penggubalan lebih kerap digunakan jika dibandingkan dengan pembinaan dan pembangunan soalan/kurikulum.Tatabahasa24.03.2015
Saya telah mewujudkan satu bilik yang diberi nama 'Bilik Algoritma Dokumentasi'. Bilik ini berfungsi untuk meletakkan dokumen2 pentadbiran, akademik yang sulit dan yg bukan sulit. Tujuan digunakan Algoritma adalah bersesuaian dengan susuan bilik dimana dokumen disusun mengikut kategori, yang perlu dilupus, Sulit, Soalan Peperiksaan yang telah tamat tempoh, Dokumen Semasa, Laporan2 Amali diasingkan yang perlu dilupus dan masih dalam perhatian. Mohon pandangan pihak yang lebih arif adakah sesuai penggunaan 'Algoritma' digunkana untuk Bilik Dokumentasi (Bilik Algoritma Dokumentasi). T.Kasih di atas makluman segera.Nama yang dicadangkan ialah Bilik Dokumentasi. Berdasarkan maksud "algoritma" yang diberikan dalam pangkalan data istilah DBP dan Kamus Dewan Edisi Keempat, kami berpendapat perkataan "Algoritma" tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Contohnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, algoritma bermaksud 1. satu siri atau set arahan, peraturan atau prosedur yang diikuti untuk menyelesaikan masalah (terutama dalam komputer) 2. (Komputer) cara penyelesaian masalah dengan melakukan jujukan proses atau peraturan yang ditentukan untuk mencapai matlamat atau ob­jektif.Istilah05.08.2016

Kembali ke atas