Adakah setangkai papan betul? Contoh ayat emak membeli setangkai petai dari pasar. | Penjodoh bilangan yang sesuai untuk petai ialah setangkai petai dan sepapan petai. Contoh ayat tersebut sudah betul. | Tatabahasa | 04.05.2020 |
Adakah setangkai petai dianggap betul? | Penggunaan penjodoh bilangan untuk "setangkai petai" adalah betul. | Tatabahasa | 04.05.2020 |
Selamat sejahtera. Saya ingin tanya tentang perbezaan penjodoh bilangan bagi bunga. (sejambak, setangkai, sekuntum dan sejambangan) Sekian terima kasih. | Lihat kepada keaadan bunga tersebut, sekuntum bunga bermaksud satu bahagian bunga, setangkai bunga bermaksud bunga dan tangkainya, sejambak bunga bermaksud satu karangan atau satu berkas bunga dan sejambangan bunga ialah bunga dan pasunya sekali. | Tatabahasa | 15.08.2014 |
Tuan, yang manakah betul? (a)' Kedua-dua orang murid' ATAU ' kedua-dua murid'. (b) setangkai rambutan ATAU segugus rambutan. Adakah 'tamu' dan 'tetamu ' sama iaitu kata tunggal? Terima kasih. | (a) Frasa 'kedua-dua orang murid' dan 'kedua-dua murid' kedua-duanya adalah betul (b) 'Setangkai rambutan' dan 'segugus rambutan' kedua-duanya adalah betul bergantung pada keadaan fizikal buah rambutan tersebut. (c) Tamu bermaksud orang yang datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan dll), manakala tetamu bermaksud orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain. Berdasarkan huraian tersebut terdapat perbezaan maksud antara tamu dengan tetamu; dan tamu bukan kata akar bagi tetamu. | Tatabahasa | 05.04.2011 |
Salam, Saya ada satu soalan dan ingin mengetahui apakah jawapan yang paling tepat untuk soalan tersebut. Soalan adalah seperti dilampirkan Terima Kasih | Jawapan yang tepat ialah D setangkai. Sejambak merujuk bilangan bunga yang banyak, manakala sekuntum merujuk kuntuman bunga. Dalam gambar yang diberikan, ditunjukkan wanita itu sedang memegang setangkai bunga sahaja yang dimasukkan ke dalam pasu. | Tatabahasa | 02.11.2010 |
Selain penjodoh bilangan 'sebatang', bolehkah "setangkai" digunakan untuk serai? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebatang. | Tatabahasa | 29.05.2017 |
Apa beza antara sesisir pisang, sesikat pisan dan setandan pisang? | Sesisir bermaksud setangkai atau segugus pisang (sebahagian drpd tandan) atau sesikat. Setandan bermaksud tangkai pd buah-buahan yg bergugus (pisang, kelapa, pinang, dll). | Tatabahasa | 01.09.2007 |
Boleh saya dapatkan penjodoh bilangan yang paling tepat untuk buli ayam? Pada fahaman saya ialah setangkai bulu ayam tetapi ada juga yang memberi jawapan sebatang bulu ayam.. Mohon bantuan daripada pihak dpb.. Trima kasih.. | Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Penjodoh bilangan yang hampir bagi bulu ialah sehelai. | Tatabahasa | 26.10.2015 |
Mohon penjelasan daripada pihak tuan tentang jawapan yang paling tepat bagi soalan berikut: Imran menyiapkan _______bunga di dalam pasu untuk dihadiahkan kepada guru kelasnya A. sejambak B. sekuntum C. setangkai D. sekarangan | Jawapan yang paling tepat: Imran menyiapkan sejambak bunga di dalam pasu untuk dihadiahkan kepada guru kelasnya. | Lain-lain | 14.07.2015 |
Salam, apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk pisang jika setelah dipotong daripada tandan? Penjodoh bilangan biji tidak sesuai digunakan kerana melambangkan cuma satu biji pisang. Jika, beberapa biji pisang di dalam tangkai yang sama adakah disebut setangkai?Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang boleh digunakan ialah sesikat pisang. | Tatabahasa | 15.11.2013 |