Soalan Pertama Ayat berikut yang manakah betul? 1. Ibu bersama nenek sedang memasak di dapur. 2. Ibu sedang memasak di dapur bersama nenek. 3. Ibu sedang memasak bersama nenek di dapur. Soalan ke dua Yang mana sesuai untuk digunakan :- mengumpul setem atau mengumpulkan setem Hobi Aida mengumpul setem. Hobi Aida mengumpulkan setem. Ini kerana di dalam buku teks BM thn 2 tertulis "mengumpulkan setem" di gambar yg diberikan. Saya agak keliru dengan penggunaan "kan" di sini. Harap dapat jelaskan kepada saya. Terima Kasih | Ketiga-tiga ayat betul. Unsur keterangan dalam ketiga-tiga ayat ini berada di kedudukan yang berlainan. Ayat kedua yang betul ialah: Hobi Aida mengumpulkan setem. Kata kumpul menerima imbuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Untuk penerangan lanjut tentang penggunaan meN...kan sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 04.03.2009 |
Salam, antara frasa berikut yang manakah betul?mengumpul setem atau mengumpulkan setem? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah mengumpulkan setem. | Tatabahasa | 23.05.2013 |
sepuluh keping atau helai setem? | Sepuluh keping setem. | Tatabahasa | 14.11.2012 |
Setemku atau Setem ku. | Saudara Fan, Kata ganti nama singkat 'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contohnya milikku dan kuharapkan. Oleh itu, yang betul ialah Setemku | Tatabahasa | 06.10.2012 |
Apakah penjodoh bilangan yang betul bagi setem? Adakah helai atau keping? Saya ada melihat di Pos Malaysia yang menggunakan helai tapi ada juga yang menggunakan keping. Harap diperjelaskan. Terima Kasih.... | Penjodoh bilangan yang betul ialah "sekeping setem". | Tatabahasa | 16.06.2011 |
Salam sejahtera. 1)Fungsi setem _______sebagai tanda bayaran pos untuk pengiriman surat dan bungkusan. Jawapan: ialah atau adalah ? 2) “sebagai” dalam ayat di atas ialah kata apa? | Ayat yang betul ialah “Fungsi setem "ialah" sebagai tanda bayaran pos untuk pengiriman surat dan bungkusan. Kata “sebagai” dalam ayat ini ialah kata hubung pancangan keterangan. | Tatabahasa | 20.01.2022 |
Melalui semakan kami, “stamp vending machine” dalam PRPM ialah “mesin jual setem” dan terdapat juga padanan bagi “vending machine” ialah “mesin layan diri”. Oleh itu, adakah istilah “water-vending machine” ialah “mesin jual air” atau “mesin air layan diri”? Apakah pula padanan bagi “machine-vended water”? Adakah “vended water” pula ialah air daripada mesin tersebut? Bagaimana pula dengan padanan bagi istilah “self-service machine”? Adakah padanan bagi “bottler” dalam ayat di bawah ini iaitu “pembotol” adalah betul? “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.”. | Kami mencadangkan water vending machine diterjemahkan sebagai mesin air layan diri, manakala machine vended water diterjemahkan sebagai air mesin layan diri. Bagi istilah bottler, puan boleh merujuk cadangan kami sebelum ini. Kami mencadangkan sebaiknya puan menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) melalui telefon 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia untuk membantu pihak puan. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.07.2021 |
senaraikan kata pinjaman yang tidak mengikut sistem keselarasan vokal bahasa Melayu. | Contoh kata pinjaman tidak menurut sistem ini seperti: kabaret, jaket, atom, kontraktor dan setem. Sila rujuk juga laman-laman web berikut: faculty.unitarklj1.edu.my/.../POLA%20KESELARASAN%20VOKAL.doc www.slideshare.net/son_goku/pola-keselarasan-vokal1 www.scribd.com/doc/11606755/Pola-Keselarasan-Vokal | Lain-lain | 12.07.2009 |
Adakah wujud perkataan ‘pengkumur’ untuk menggantikan perkataan ‘mouthwash’? Saya terpanggil untuk menyemak setelah melihat penggunaan perkataan ini dalam satu iklan ubat kumur di media massa. Untuk imbuhan peng, apakah hukum (rules) imbuhan secara umum? Mengikut pemahaman saya, untuk perkataan bermula dengan k, huruf k digugurkan apabila imbuhan peng ditambah (prefix). Eg: kawal - pengawal. Adakah huruf k dikekalkan hanya untuk kata pinjaman? Eg: katalog - pengkatalogan. Bagaimana pula dengan perkataan kelas yang merupakan kata pinjaman inggeris ‘class’ namun menjadi pengelasan dan bukannya pengkelasan. Adakah terdapat faktor tambahan dalam kes ini? | 1. Kata pengkumur masih belum terakam dalam kamus terbitan DBP. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. Berdasarkan korpus, kata pengkumur mulut untuk ‘mouthwash’ adalah lebih tinggi kekerapannya berbanding pengumur. Dari segi semantik jika menggunakan perkataan pengumur, makna pertama yang muncul dalam minda masyarakat ialah perkaitan makna dengan kata akar umur, berbanding apabila menggunakan pengkumur, masyarakat akan terus mengaitkan makna bagi kata akar kumur. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2011) halaman 109, huruf p, t, k, s pertama pada kata dasar yang bercantum dengan awalan peN-, huruf pertama tersebut akan luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya dengan bunyi pertama pada kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti dalam contoh yang berikut. Contoh: pemukul (pukul), penahan (tahan), pengarang (karang) dan penyelam (selam). 2. Huruf pertama pada kata dasar yang bercantum dengan apitan peN-…-an tidak akan luluh untuk kata pinjaman seperti penkatalogan. Contoh lain: pemprosesan (proses), pengkateran (kater), dan pemvetoan (veto). (rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2011) halaman 107-111) 3. Walau bagaimanapun, kata asing yang telah terserap dalam bahasa Melayu, huruf pertama kata dasarnya akan luluh apabila menerima imbuhan apitan peN-…-an. Contoh: penyeteman (setem), pengelasan (kelas), penelefon (telefon). | Tatabahasa | 08.06.2024 |