Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Mohon jasa baik pihak tuan/puan mengenal pasti penggunaan ayat manakah yang lebih tepat. 1. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun. 2. Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua tahun setengah. Jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan Terima Kasih:)

Yang betul adalah yang pertama, iaitu Suami kesayangan saya ini sudah menderita akibat penyakit kanser paru-paru selama lebih dua setengah tahun.

Tatabahasa21.11.2011
Catatan dalam minit mesyuarat. Betulkah penggunaan ayat. "Mengambil Maklum'. Contoh 1: Mesyuarat mengambil maklum laporan oleh Akauntan Jabatan mengenai status keseluruhan perbelanjaan mengurus untuk setengah tahun 2018. |Contoh 2: Pengerusi mengambil maklum aduan Pegawai Tadbir mengenai kelewatan pegawai mengemukakan tuntutan perbelanjaan bulanan.Penggunaan kata "mengambil maklum" dalam kedua-dua ayat tersebut betul. Lazimnya minit mesyurat mencatatkan mengambil maklum atau memutuskan.
Tatabahasa25.07.2018
(1) Ayat bahasa inggeris ialah "with the contuinity of residence in Malaysia" diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia sebagai "dengan keberterusannya kemastautinan di Malaysia" Penggunaan perkataan "residence" di dalam ayat B.I tersebut telah diterjemahkan kepada kemastautinan. Sama ada terdapat sebarang perbezaan perkataan kemastautinan dengan perkataan permastautinan? (2) Ayat Bahasa Inggeris ialah "twelve and a half year". Sama ada terjemahan di dalam Bahasa Malaysia ialah dua belas tahun setengah atau dua belas setengah tahun?

Saudara,

i. Perkataan kemastautinan merujuk keadaan manakala permastautinan merujuk perihal bermastautin.  ii. Dua belas setengah tahun

Lain-lain25.02.2010
saya pernah belajar bahasa farsi selama 3 tahun setengah di iran. Saya berminat ingin menjadi penterjemah bahasa farsi ke versi bahasa melayu sama ada suntingan filem2 iran ke bahasa melayu ataupun karya penulisan. Bagaimana saya ingin bekerja dalam bidang penterjemah tersebut melalui DBP. Sila jelaskan dengan lebih lanjut.terima kasihDBP tidak melaksanakan kerja-kerja terjemahan sebagai fungsi utama. Sdr dicadangkan berhubung dengan Institut Terjemahan Negara.Lain-lain25.08.2010
Sesetengah harta benda yang dikumpulnya selama ini musnah dalam kebakaran itu. (Adakah sesetengah boleh digunakan untuk benda?) Kalau tidak, tolong betulkan ayat di atas. Ada guru bahasa Malaysia di sekolah saya mengatakan bahawa sesetengah boleh digunakan untuk manusia. Setelah saya rujuk Kamus Dewan, ayat dalam Kamus Dewan menunjukkan sesetengah digunakan untuk manusia. Ayat di atas merupakan soalan ujian pertengahan tahun bahasa Malaysia. Terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, sesetengah bermaksud beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah. Oleh itu, sesetengah boleh digunakan untuk benda dan manusia. Sesetengah dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud "sebahagian daripada".Tatabahasa15.05.2012
Manakah istilah yang betul: Pelajar baru atau pelajar baharu. Kolej saya akan menerima pelajar yang akan mendaftar pada bulan mei nanti. Ada setengah pegawai di kolej saya mengatakan istilah yang betul ialah pelajar baharu. sekian, terima kasih.

Baru dan baharu sebagai kata adjektif , padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Digunakan dalam konteks rumah baru/rumah baharu, tahun baru/tahun baharu, baju baru/baju baharu, muka baru/muka baharu, dan pelajar baru/ pelajar baharu. Manakala  baru sebagai kata bantu, padanannya dalam bahasa Inggeris ialah just. Digunakan dalam konteks baru-baru ini, baru tiba, baru sampai.

Istilah25.04.2011

Kembali ke atas