Salam sejahtera. Apakah perkataan yang betul penggunaannya, "setiakawan" atau "setia kawan"? Terima kasih. | Setia kawan | Ejaan | 04.04.2013 |
Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai. | Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia. Muhibah yang bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara. Sekian. | Lain-lain | 13.12.2010 |
bolehkah kawan saya yang berada di mesir menghantar karya pertandingan menulis cerpen berunsur islamik melalui emelnya. dan apakah emel yang dbp sediakan untuk perkhidmatan itu. kawan saya mahukan sesegera mungkin emelnya. maaf di atas segala kesulitan. | Untuk makluman saudara pertandingan tersebut telah ditup pada 5 September yang lalu. Untuk maklumat lanjut, hubungi urus setia di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, atau e-mel kepada roslida@dbp.gov.my atau rohaizah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 09.09.2011 |