Ayat berikut ingin kami gunakan di dalam iklan sambutan kemerdekaan. Adakah tatabahasanya betul? Setiap bangsa Cemerlang. Setiap bahasa Gemilang. Setiap agama Terbilang. Setiap perayaan dikongsi. Setiap kegembiraan dinikmati. Setiap kedukaan dirasai bersama, demi membentuk Negara tercinta. KUB MALAYSIA dan rakyat Malaysia bangga meraikan 50 tahun KEMERDEKAAN Negara ! | Setiap bangsa Cemerlang. Setiap bahasa Gemilang. Setiap agama Terbilang. Ketiga-tiga frasa tersebut betul tatabahasanya cuma dari segi makna kurang sesuai spt setiap agama terbilang (terbilang bermaksud terkenal -adakah pernyataan tersebut betul?) Frasa Setiap perayaan dikongsi dan Setiap kegembiraan dinikmati adalah tidak lengkap | Tatabahasa | 27.07.2007 |
Salam sejahtera. Kemusykilan - Yang manakah betul? pada setiap masa setiap masa pada setiap hari setiap hari terima kasih | Frasa yang betul ialah "pada setiap masa" dan "pada setiap hari". | Tatabahasa | 23.08.2011 |
Kata bilangan pisahan: Perlukah penjodoh bilangan diletakkan selepas kata bilangan pecahan 'setiap'? Contoh ayat: Yang manakah gramatis? Setiap murid mesti memakai baju seragam ke sekolah. atau Setiap orang murid mesti memakai baju seragam ke sekolah. Entri di bawah dipetik daripada Kawus Dewan. Penjodoh bilangan 'buah' diletakkan selepas kata bilanga pecahan 'setiap': 'Setiap buah kereta mesti didaftarkan'. Harap dapat jelaskan. Terima kasih. setiap 1. satu-satu drpd banyak, masing-masing: ~ orang yg diambil bekerja akan dilatih terlebih dahulu; ~ buah kereta mesti didaftarkan; 2. berurutan atau yg satu mengikuti yg lain (bkn masa), saban: | Ayat yang lebih gramatis ialah ayat kedua kerana penjodoh bilangan "orang" perlu hadir dalam ayat tersebut sebagai penerang pada kata nama yang mengikutinya, seperti dua orang pelajar ... dua orang ahli PBSM .... setiap orang murid... | Lain-lain | 14.04.2014 |
1. Setiap calon 2. Setiap penduduk betul? | Frasa "setiap penduduk" dan "setiap calon" adalah betul. | Tatabahasa | 21.04.2014 |
pada setiap hari / setiap hari | Yang betul ialah "pada setiap hari" | Tatabahasa | 10.03.2010 |
1. Ali mencuci baju pada setiap hari. 2. Pada setiap hari, Ali mencuci baju. Adakah ayat-ayat di atas adalah betul? | 1. Ali mencuci baju pada setiap hari. 2. Pada setiap hari, Ali mencuci baju. Kedua-dua ayat tersebut betul | Tatabahasa | 11.06.2009 |
Salam sejahtera. Ayat (1) Saya makan epal setiap hari. (2) Saya makan epal pada setiap hari. (3) Setiap minggu Saya makan epal. (4) Pada setiap minggu, saya makan epal. Ayat manakah yang betul? Terima kasih. | Salam sejahtera, Semua frasa betul kecuali frasa (3) Setiap minggu, saya makan epal. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.05.2019 |
Adakah kata sendi nama "pada" boleh digunakan di hadapan setiap hari atau setiap petang? | Saudara Choi, Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Oleh itu, frasa pada setiap hari dan pada setiap petang betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 10.06.2009 |
1) Setiap hari 2) Pada setiap hari Yang manakah satu betul ? | Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Oleh itu, frasa pada setiap hari betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
Perkataan 'di' dan 'setiap' perlu dirapatkan atau tidak? Apa alasannya? | Yang betul ialah pada setiap ..., bukan di setiap ... kerana situasi ini menunjukkan keterangan waktu dan tempat bukan tempat (di sudut) atau perbuatan (dibuat). | Tatabahasa | 07.05.2009 |