Assalamualaikum, Saya mahu bertanya, 1) Apakah beza antara presiden, pengerusi dan yang dipertua? 2) Apakah beza antara timbalan dan naib? 3) Apakah beza antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? 4) Apakah beza antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? 5) Apakah beza antara lajnah dan unit? 6) Apakah beza antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif? | 1) Apakah perbezaaan antara presiden, pengerusi dan yang dipertua? Presiden - Merupakan ketua negara dalam sesebuah negara republik dan gelaran untuk ketua negara republik atau orang yang menjadi ketua sesuatu persatuan, pertubuhan dan lain-lain. dipertua - orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dan lain-lain) pengerusi - ketua dalam mesyuarat dan lain-lain. atau pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dan lain-lain. 2) Apakah perbezaaan antara timbalan dan naib? timbalan - ialah penolong ketua dan lain-lain naib - ialah pengganti atau wakil 3) Apakah perbezaaan antara setiausaha, setiausaha agung dan setiausaha kehormat? setiausaha - Seseorang yang diambil bekerja untuk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dan sebagainya). Melaksanakan kerja untuk orang perseorangan atau untuk sesebuah pertubuhan. setiausaha kehormat - setiausaha yang menjalankan tugas atau yang berkhidmat secara sukarela yang tidak diberi gaji atau upah. 4) Apakah perbezaaan antara bendahari, bendahari agung dan bendahari kehormat? bendahari - pegawai yang menguruskan harta benda kerajaan atau menguruskan wang persatuan dan lain-lain. bendahari kehormat - pegawai persatuan yang bertugas tanpa dibayar 5) Apakah perbezaaan antara lajnah dan unit? lajnah - sebuah badan yang menjalankan (mengurus, mengelola) kerja sesuatu pertubuhan dan lain-lain, jawatankuasa kerja. unit - bahagian terkecil daripada sesuatu yang dapat berdiri sendiri. 6) Apakah perbezaaan antara ahli jawatankuasa dan majlis eksekutif? ahli jawatankuasa - orang yang dipilih untuk menjalankan pentadbiran sesuatu urusan (persatuan, kesatuan dan sebagainya) majlis eksekutif - sebuah Badan tetap UPU yang ditugaskan oleh kongres untuk menentukan kesinambungan tugas-tugas pentadbiran, mengawasi kegiatan kerjasama teknikal, perundangan, juriselidik dan sebagainya. Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan boleh merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Jabatan Perdana Menteri. Terima kasih. | Lain-lain | 27.12.2019 |
1) Apakah perbezaan di antara SETIAUSAHA AGUNG dan SETIAUSAHA KEHORMAT? 2) Apakah perbezaan di antara JURUAUDIT dan JURUAUDIT KEHORMAT? | Puan Ezma, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Perbezaan antara SETIAUSAHA AGUNG dan SETIAUSAHA KEHORMATdan JURUAUDIT dan JURUAUDIT KEHORMAT ialah setiausaha agung dan juruaudit biasanya dilantik dan dibayar gaji selain berkhidmat sepenuh masa. Manakala setiausaha kehormat, juruaudit kehormat dan bendahari kehormat biasanya mereka berkhidmat secara sukarela. Mereka in biasanya berkhidmat secara sukarela untuk NGO dan koperasi. | Makna | 19.03.2009 |
setiausaha | setiausaha | Ejaan | 21.07.2011 |
Adakah "perdana-perdana menteri" salah ? Saya juga ingin bertanya tentang cara untuk mendapat jawaban yang tepat selepas perkataan Bahasa Melayu digandakan. Apakah cara-cara tersebut ? Contoh yang lain seperti pesuruhjaya-pesuruhjaya dll. Kadang-kala, pesuruhjaya juga digandakan sebagai pesuruh-pesuruhjaya (salah). Oleh itu, dalam proses penggandaan agak mengelirukan para pelajar. | Penggandaan kata majmuk terbahagi kepada dua. Pertama ialah kata majmuk yang dieja berpisah dan hanya bahagian awal kata sahaja yang digandakan. Contohnya: Perdana Menteri = Perdana-perdana Menteri, kertas kerja = kertas-kertas kerja, mata pelajaran = mata-mata pelajaran. Kedua, kata majmuk yang dieja bercantum akibat kelaziman penggunaan, dan seluruh kata digandakan. Contohnya: Setiausaha = setiausaha-setiausaha, jawatankuasa = jawatankuasa-jawatankuasa, pesuruhjaya = pesuruhjaya-pesuruhjaya. | Tatabahasa | 03.11.2008 |
manakah yg lebih sesuai_ nama jawatan penolong kanan pengarah, Unit... atau penolong pengarah kanan, Unit... penolong kanan setiausaha kerajaan atau penolong setiausaha kerajaan kanan | Sdr. Zahari, mengikut fahaman saya penolong kanan pengarah dan penolong kanan setiausaha kerajaan..... adalah lebih tepat kerana ia merujuk tugas yang dilaksanakan oleh penolong kanan itu sebagai penolong atau pembantu Terima kasih. | Tatabahasa | 02.12.2007 |
Yang mana betul? a. baju melayu atau baju Melayu b. baju kebaya atau baju Kebaya c. pengakap atau Pengakap d. Tunas Puteri atau tunas puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah atau persatuan bulan sabit merah f. pengerusi atau Pengerusi g. setiausaha atau Setiausaha h. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Dalam buku teks BM SJK (C) tahun 5 wujudnya ayat berbunyi: ......sekolah saya mempunyai Taman Sains, Makmal Komputer........... Soalan saya: Mengapa Taman Sains, Makmal Komputer ditulis dalam huruf besar? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: a. baju Melayu b. baju kebaya c. Pengakap d. Tunas Puteri e. Persatuan Bulan Sabit Merah f. pengerusi g. setiausaha h. Bahasa Malaysia (subjek) i. Taman Sains, Makmal Komputer - nama khas ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 07.01.2011 |
Assalamualaikum dan saya ingin bertanya antara dua ayat yang berikut yang manakah yang bertul? (1) Semua minit mesyuarat hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha mesyuarat; atau (2) Semua minit mesyuarat hendaklah ditandatangan oleh Setiausaha mesyuarat. Sekian. Terima kasih. Wassalam. | Ayat yang betul ialah, "Semua minit mesyuarat hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha mesyuarat." | Tatabahasa | 30.06.2009 |
Saya ingin tahu jawatan Penolong Setiausaha dipanggil sebagai apa didalam bahasa inggeris bagi perkhidmatan kerajaan? | Istilah Penolong Setiausaha dalam bahasa Inggeris ialah Assistant Secretary. | Istilah | 18.03.2011 |
Salam sejahtera tuan. Ayat pasif yang berikut yang manakah betul? Harap diberi penjelasan jua. Terima kasih. ① Wanita itu telah dilantik sebagai setiausaha oleh Datuk Mustafa. ② Wanita itu telah dilantik oleh Datuk Mustafa sebagai setiausaha. Ayat Aktifnya : Datuk Mustafa telah melantik wanita itu sebagai setiausahanya. | ② Wanita itu telah dilantik oleh Datuk Mustafa sebagai setiausaha. | Tatabahasa | 08.06.2015 |
Susun atur kedudukan tandatangan dalam sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri. | Untuk maklumat tentang susur atur kekananan bagi tandatangan di sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri puan boleh menghubungi Jabatan Perdana Menteri untuk maklumat yang lebih lanjut. | Lain-lain | 26.09.2016 |