Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setiausaha nya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/ Puan, Mohon pandangan pihak tuan/ puan, apakah terminologi yang bersesuaian untuk tajuk ucapan YAB Perdana Menteri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian dalam sesebuah penerbitan dokumen atau buku sama ada "Prakata", "Perutusan", "Kata Alu-aluan" atau lain-lain. Terima kasih.Salam sejahtera,

Berdasarkan data kami, prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu utk sesebuah buku dll, mukadimah.

Perutusan bermaksud 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya;.

Kata alu-aluan bermaksud ucapan (kata­kata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb);.

Berdasarkan ini kami mencadangkan pihak tuan menggunakan Prakata atau Kata Alu-aluan berdasarkan kesesuaian pihak tuan.

Sekian.
Lain-lain03.08.2017
bagaimana hendak mengenal pasti kata majmuk? kemudian, adakah perkataan "sebagai",dan "ialah" juga merupakan kata majmuk? soalan kedua, perkataan "bersamanya", apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "-nya"? adakah ianya adalah kletik? dan bagaimana hendak diterangkan dalam pembentukan kata bagi perkataan "bersamanya".Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar ; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis,  iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.

"Sebagai"  dan "ialah" bukan kata majmuk. "Sebagai" ialah kata sendi manakala "ialah" kata pemeri.  "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga yang juga boleh berfungsi sebagai kata pembenda/penekan. Keterangan lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 295.  

Istilah18.02.2009

Kembali ke atas