Adakah konsep "Hidden Verb" atau "normalization" dalam tatabahasa Inggeris digunakan dalam tatabahasa Bahasa Melayu? Contoh: Setibanya di hospital, pemeriksaan telah dijalankan ke atas pesakit oleh Dr Abd Halim , atau Setibanya di hospital, Dr Abd Halil telah memeriksa pesakit tersebut. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, dalam pangkalan data kami tiada maklumat mengenai Hidden Verb dan normalization ini. Kedua-dua ayat yang diberikan ini adalah betul. | Tatabahasa | 25.01.2017 |
Salam sejahtera. Mohon jelaskan makna awalan 'se-' dalam perkataan-perkataan berikut: sehingga, secara, seterusnya, setiap, setibanya dan sesetengah. Terima kasih. | Awalan kata dasar akan berubah menjadi kata adjektif terbitan apabila ditambah awalan se-. Antara contoh lain ialah sedalam, sepunya, sebulat, sesudah dan lain-lain. | Tatabahasa | 22.10.2022 |
1. artikel yang kamu cari ada pada muka surat 15. adakah penggunaan kata pada itu sesuai/betul digunakan dalam ayat tersebut? 2. setibanya di rumah, emi terasa/berasa sakit perut. perkataan manakah yang sesuai digunakan, terasa atau berasa?apakah perbezaan terasa dan berasa? 3. ayah emi membawanya ke hospital/ ayahnya membawa emi ke hospital/ ayah emi membawan emi ke hospital. betul atau tidak ketiga-tiga ayat di atas? | Dalam proses | Istilah | 19.07.2010 |