Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin meminta bantuan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka agar memberikan maklum balas kepada cadangan terjemahan yang sesuai bagi frasa "Make Love, Not War" ke dalam bahasa Melayu. Adakah tepat; atau setidak-tidaknya sesuai mengikut konteks ayat sekiranya saya memberikan beberapa cadangan terjemahan terhadap frasa yang disebutkan di atas seperti berikut: a) Bikin Cinta, Bukannya Berperang b) Berkasih Sayanglah, Janganlah Berperang c) Mencipta/Membuat Cinta, Jangan Berperang | Cadangan terjemahan bagi frasa "Make love, not war" ialah “Pupuk kasih sayang, bukan peperangan”. Walau bagaimanapun, terjemahan ini hendaklah disesuaikan dengan bidang dan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.11.2022 |