Salam sejahtera. Perkataan "setor" atau perkataan "stor", yang mana satu betul/ Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah stor. | Ejaan | 25.07.2016 |
untuk ejaan stor. adakah setor @ stor yang betul? | Ejaan yang betul ialah stor. | Ejaan | 01.08.2013 |
salam, 1-Adakah ejaan setor salah? Adakah salah dari segi tatabahasa atau bahasa ? 2-Adakah penggunaan naiktaraf betul? 3-Adakah betul Ketua Bahagian Pembendaharaan?Jika salah apakah bentuk kesalahan tersebut? 4-Ayat 'lintasan jalan kaki' ,adakah betul ayat ini? Terima Kasih | 1. Ejaan yang betul ialah stor; Sistem ejaan baru mengekalkan ejaan gugus konsonan untuk kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. 2. Penggunaan "naik taraf" betul. 3. Ketua Bahagian Perbendaharaan. 4. Istilah yang betul ialah "lintasan pejalan kaki". | Tatabahasa | 19.03.2013 |
Yang manakah ejaan yang betul bagi tempat penyimpanan barang-barang, stor atau setor? | Ejaan yang betul ialah stor. | Ejaan | 08.01.2007 |