| Salam, Saya difahamkan imbuhan akhiran "i" digunakan pada ayat pasif. Jadi adakah ayat berbunyi "Kami setujui dengan cadangan Sanjay." betul ? Atau sepatutnya " Cadangan Sanjay kami setujui." Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah cadangan Sanjay kami setujui. | Tatabahasa | 24.10.2017 |
| Salam Sejahtera, "Kami setujui dengan cadangan Sanjay" dikategorikan sebagai ayat pasif songsang atau ayat aktif ? kalau ayat pasif songsang, maksudnya ayat pasif ialah " Dengan cadangan Sanjay kami setujui."? Bolehkah ayat dimulakan dengan perkataan "dengan"? Sekian , terima kasih. | Kata sendi nama/kata hubung "dengan" boleh digunakan pada pangkal ayat asal sahaja ada ayat utama atau ayat induk yang lengkap, subjek dan predikatnya. Contohnya: Dengan hormatnya saya maklumkan bahawa persatuan kami akan menganjurkan seminar tersebut. | Tatabahasa | 25.10.2017 |
| Apa beza antara polisi, peraturan atau garis panduan dari segi perundangan. Penggunaan perkataan manakah yang lebih spesifik. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, polisi ialah rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan. Peraturan ialah rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan. Garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
| Tuan/Puan, Saya ingin bertanya mengenai menterjemahkan satu buku kejuruteraan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia. Tuan punya buku kejuruteraan tersebut telah setujui dalam penterjemahan ini. Saya ingin mengetahui prosedur yang perlu saya ikuti dan buku ini hanya akan dijual oleh tuannya. Terima Kasih, Johnson | Tuan/Puan perlu mendapat izin daripada penerbit karya asal (bahasa Inggeris) buku itu terlebih dahulu sebelum boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu. | Lain-lain | 18.09.2012 |
| Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan tentang perkara-perkara berikut: 1. Mengikut Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga) (halaman 217), "dipersetujui" merupakan lewah dan seharusnya "disetujui." Saya perhatikan dalam PRPM (DBP) 'dipersetujui' dan 'setujui' di gunakan sering kali. Yang mana harus dipakai? 2. Bertanggungjawab di ikuti dengan untuk/bagi dan bertanggungjawab terhadap sesuatu. Yang mana betul? 3. Terima kasih di atas bantuan tuan/ terima kasih keana membantu saya. Yang mana betul? 4. Harga terbaru atau terbaharu? 5. Tahun baru atau tahun baharu (seperti jawatan baharu)? terima kasih. Peter Johnson | 1. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. 2. Untuk ayat kedua, kedua-duanya boleh digunakan. Sungguhpun demikian, perlu dilihat pada kontek ayat. 3. Terima kasih kerana membantu saya atau Terima kasih atas bantuan tuan. 4. Harga terbaru dan terbaharu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. 5. Tahun baru dan tahun baharu juga boleh digunakan kerana membawa maksud serupa. | Tatabahasa | 29.11.2017 |