apakah maksud Page Setup di dalam bahasa melayu bagi penggunaannya dalam bidang komputer. | Kami cadangkan sediaan halaman atau penyusunan halaman. Harap mkalum. | Istilah | 31.12.2007 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Keyless"? Contoh ayat: Keyless Access Setup Terima kasih. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "keyless" ialah tanpa kunci. | Istilah | 03.09.2013 |
Tuan/Puan, Saya mencari padanan yang sesuai untuk perkataan "Wizard" di dalam bidang Teknologi Maklumat. Definisi Wizard - setup assistant is a user interface that presents a dialog box to lead the user through a sequence of small steps.> Bolehkah diterjemahkan sebagai "kotak bestari?" | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "wizard" dalam bidang teknologi maklumat ialah bestari. Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. | Makna | 04.11.2022 |
Tuan/Puan, Saya mencari padanan yang sesuai bagi perkataan "Wizard" di dalam bidang Teknologi Maklumat di mana "Wizard" merujuk kepada :- setup assistant is a user interface that presents a dialogue box to lead the user through a sequence of small steps> | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "wizard" dalam bidang teknologi maklumat ialah bestari. Untuk mendapatkan padanan istilah, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) prpm.dbp.gov.my. | Makna | 04.11.2022 |
TERJEMAHAN Terdapat beberapa laman web yang menterjemahkan 'setting' kepada 'seting' sbg contoh: http://www.microsoft.com/windowsphone/ms-my/howto/wp7/start/recommended-settings-in-phone-setup.aspx Pandangan DBP dialukan. | Dalam daftar istilah DBP bidang Kesusasteraan dan Komunikasi Massa yang menerima pakai seting sebagai padanan daripada setting, manakala bidang-bidang lain menerima pelbagai istilah yang sesuai mengikut konteks dan penggunaan seperti pengesetan, latar dan persekitran. Untuk mendapatkan maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=setting. | Istilah | 08.03.2012 |