Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.u.mur] | سعمور

Definisi : 1. sama umurnya (dgn), sama tua, sebaya: budak itu ~ dgn adik saya; 2. sama lamanya, sama lama adanya, selama; ~ hidup selama hidup; ~ jagung a) setahun jagung, (jangka masa) tiga atau empat bulan; b) tidak lama, sekejap sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.u.mur] | سعمور

Definisi : sama umurnya; sebaya: ~ hidup selama hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seumur

Puisi
 

Kalau tuan berjalan kaki,
     Jika penat naik kereta;
Jangan sekali menurutkan hati,
     Seumur hati duduk bercinta.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1:tidak terangkat oleh saya kotak yang berat itu.(adakah ayat ini betul) Soalan 2 : Hakim telah menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap penjenayah itu. (atau) Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap penjenayah itu.(Ayat yang manakah betul) Terima kasih.

Saudara Sulioh,

1. Ayat ini yang merupakan ayat pasif betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 148-149.  2. Ayat yang betul ialah 'Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada penjenayah itu' atau ' Hakim telah menjatuhi penjenayah itu hukuman penjara seumur hidup'.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 191-207. 

Tatabahasa23.08.2009
assalamualaikum.saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang tokoh atan long. dan boleh sila terangkan apakah yang dimaksudkan beliau ialah ahli pena seumur hidup, dan boleh terangkan lagi tentang anugerah pencapaian beliau serta karya beliau yang terkenal dan digunakan hingga kini. terima kasih. kerjasama pihak DBP amat saya hargai.Tidak ada maklumat tentang Prof. Dr. Atan Long dalam Direktori Karyawan, DBP. Sedikit maklumat yang ada dalam pangkalan data kami, beliau merupakan seorang pendidik dan penulis, dan banyak hasil tulisan beliau disiarkan dalam akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia serta majalah terbitan DBP. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=atan+long&d=3.Lain-lain04.03.2014

Kembali ke atas