Salam sejahtera Kita seyogia atau seyogianya memupuk semangat kejiranan. Seyogia maksudnya seharusnya, maka adakah seyogianya salah? Bolehkah kita guna di ayat hadapan? Contoh, Seyogianya, semangat kejiranan perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat. Sila tunjuk ajar. Ribuan terima kasih | Perkataan “seyogianya” boleh digunakan di pangkal ayat. | Tatabahasa | 02.07.2024 |
Hello min, adakah perkataan seyogianya dan di kala itu wujud? | Wujud. Kata tersebut dan maknanya terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 2522 (seyogianya) dan 945 (kala). Kata sendi yang betul bagi kala ialah pada; pada kala ini. | Makna | 18.01.2024 |
Apakah perbezaan antara tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dengan bertolong-tolongan dari segi penggunaan?Contoh:Kita seyogianya bertolong-tolongan supaya kemelut ini dapat ditangani.Ayat ini betul? | Ayat di atas betul. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dan bertolong-tolongan mempunyai maksud yang sama, iaitu saling menolong (memberikan bantuan dalam bentuk tenaga, wang, kepakaran dan sebagainya). Oleh itu, perkataan-perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang bersesuaian dengan maknanya. | Makna | 04.10.2021 |
Assalamualaikum, Jikalau tuan hendak belayar, seyogia/seyogianyanya hamba dibawa. Adakah perkataan "seyogia" itu perlu ditambahkan dengan "nya" ataupun cukup sahaja dengan mengekalkan perkataan "seyogia" sahaja? Sekian Terima kasih/Terima Kasih/terima kasih? Sekian yang dipinta ... | Seyogia bermaksud sewajarnya atau sepatutnya. Perkataan yang betul dalam contoh ayat yang diberikan ialah seyogianya, iaitu Jikalau tuan hendak belajar, seyogianya hamba dibawa. | Makna | 10.10.2021 |
Saya mempunyai beberapa soalan di sini. 1) Saya ingin kepastian penggunaan perkataan DARI dan DARIPADA secara betul. 2) Saya juga ingin kepastian makna dan kesesuaian perkataan itu digunakan contoh seperti perkataan sayugia, waima dan natijah. Terima kasih di atas ulasan pihak tuan. | 1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas, sebahagian DARIPADA pelajar sekolah itu sudah pulang ke kampung, Ali lebih tinggi DARIPADA Ahmad. 2. Ejaan yang betul ialah seyogia, daripada perkataan yogia. Seyogia membawa makna sepatutnya, selayaknya, semestinya. Contoh ayat: jikalau tuan hendak belayar, seyogianya hamba dibawa. Waima berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud sama ada, walaupun. Contoh ayat: apa pun yg dibuat manusia, ~ dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan. Natijah: keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat. Contoh ayat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu. | Tatabahasa | 30.11.2010 |