APAKAH AYAT YANG SESUAI BAGI TERJEMAHAN 'SHAH ALAM VOLUNTARY LOCAL REVIEW 2021'. ADAKAH ULASAN SUKARELA TEMPATAN SHAH ALAM 2021 ATAU SHAH ALAM ULASAN SUKARELA TEMPATAN 2021 | Kami mencadangkan Shah Alam Voluntary Local Review 2021 diterjemahkan sebagai "Ulasan Sukarela Tempatan Shah Alam 2021" atau "Kajian Semula Sukarela Tempatan Shah Alam 2021". Namun, kedua-dua padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2022 |
Shah Nurdin Nov 29th, 7:52pm Assalamualaikum....admin... Shah Nurdin Nov 29th, 7:53pm Shah Nurdin Nov 29th, 7:53pm Saya sedang mencari buku ini....terbitan dbp.... Shah Nurdin Nov 29th, 7:53pm Adakah buku ini masih dijual...??? | Terima kasih tuan. Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih | Lain-lain | 29.11.2015 |
Shah If Shaiff Oct 18th, 6:39pm Apa matlamat bulan bahasa kebangsaan jika bahasa ingeris juga dijadikan kayu ukur kemahiran? #Confuse #rhetoric #tertanya #sayangBM #sukaBI | Bulan Bahasa Kebangsaan dilancarkan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera kebangsaan. Sambutan bulan ini akan diteruskan pada masa yang akan datang seiring dengan pembangunan negara di samping aspirasi negara untuk menyatupadukan bangsa dengan satu bahasa. | Lain-lain | 18.10.2014 |
KLINIK HANA SHAH ALAM | Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur. | Lain-lain | 07.02.2018 |
Stadium Malawati Shah Alam dapat menampung kebanjiran penonton sehingga 81 000 orang dalam suatu masa. MUNSYI< JAWABAN KESALAHAN PADA KEBANJIRAN, tetapi saya berpendapat kebanjiran adalah betul , Bolehkah munsyi berikan tunjuk ajar sama ada kebanjiran betul atau salah? TK | Antara maksud kebanjiran termasuklah dipenuhi oleh manusia dan penggunaan perkataan kebanjiran dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
Saya ingin memohon pencerahan mengenai tajuk di bawah: (1) PEMADAM GOLF PERDANA 2016 PIALA SULTAN AZLAN SHAH atau (2) GOLF PERDANA PEMADAM 2016 PIALA SULTAN AZLAN SHAH | Tajuk yang lebih sesuai ialah: PERTANDINGAN atau KEJOHANAN GOLF PERDANA PEMADAM PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2016 | Lain-lain | 11.10.2016 |
Ayat mana yang betul? 'Lanjutan dari itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' atau 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan adalah ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' | Ayat yang betul: 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' | Tatabahasa | 05.05.2011 |
Mohd Norazlan Shah 09:51 Mohd Norazlan Shah Mohd salam admin... sy nk btnya pgunaan tanda sengkang ( - ) dlm ejaan seperti pertandingan ----> per-tandingan, percubaan ----> per-cubaan...adakah ianya dibolehkan dlm penulisan karangan utk pelajar sekolah....harap admin dpt beri pencerahan....tq... | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah pertandingan dan percubaan. | Ejaan | 01.03.2017 |
Salam sejahtera, 1. Adakah perkataan 'teknik' dalam contohnya 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik' dikelaskan sebagai kata nama? Jika ya, maka apakah terjemahan nama-nama tersebut ke dalam b.Inggeris? Adakah 'Shah Alam Technic Secondary School' dan 'Technic Teaching Institute'? 2. Kenapakah penggunaan 'teknikal' pula diguna dalam 'Universiti Teknikal Malaysia Melaka' dan bukannya 'Universiti Teknik Malaysia Melaka'? Adakah terjemahan ke bahasa Inggeris untuk UTeM ialah Technical University Malaysia Melaka yakni 'teknikal' bertugas menerangkan sifat universiti tersebut? 3) Kenapakah kata sifat 'teknikal' tidak digunakan dalam 'Sekolah Menengah Teknik Shah Alam' dan 'Institut Perguruan Teknik'? Terima kasih. | 1. Penggunaan teknik pada penamaan Sekolah Menengah Teknik Shah Alam dan Institut Perguruan Teknik (sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Teknik) adalah betul. Cadangan terjemahannya pun betul. 2. Berhubung dengan penggunaan perkataan teknikal pada penamaan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, pihak kami mencadangkan agar saudara merujuk perkara ini kepada pihak pengurusan universiti tersebut untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 3. Sila rujuk jawapan pada soalan 1. | Tatabahasa | 10.05.2010 |
(1) Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) menggunakan ejaan "Klang Bandar DiRaja". (2) Ejaan yang betul ialah: Diraja (bukan DiRaja). (3) Mohon pihak DBP nasihatkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) supaya perbetulkan. (4) Banyak terdapat di Shah Alam. | Kami mengambil maklum akan aduan ini, tindakan susulan akan diambil kepada pihak yang berkenaan. Untuk makluman saudara juga, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melalui domain "Pantau Tegur Bahasa". Sebagai badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik. | Lain-lain | 21.02.2023 |