pemikiran dalam novel shahnon ahmad | Pemikiran yang dibawa oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya, antaranya: 1. Politik - Perdana, Patriach, Tunggul-tunggul Gerigis. 2. Sosial (kemiskinan) - Ranjau Sepanjang Jalan. 3. Kasih sayang anak kepada ibu (orang tua) - Ibu Adalah Sebagai Pentafsir. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 25.07.2009 |
Shuana Abdul Wahip Salam. Saya peminat Shahnon Ahmad dan sedang mencari karya lama beliau. Saya harap pihak DBP dapat membantu saya. | Salam, Mohon hubungi Kedai Buku DBP melalui nombor 03-2147 9636 untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. | Lain-lain | 09.01.2017 |
pendapat sasterawan negara seperti a.samad said,usman awang,shahnon ahmad tentang sastera atau makna atau pendapat mereka tentang sastera | Pendapat sasterawan negara (seperti nama-nama yang dinyatakan) tentang sastera boleh dirujuk pada buku terbitan DBP berjudul Ucapan Penerima Anugerah Sasterawan Negara - SASTERA DAN KEMANUSIAAN. Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Kuala Lumpur, Pejabat-pejabat DBP Wilayah (Timur - di Kota Bharu, Kelantan atau Utara - di Bukit Mertajam, Pulau Pinang atau Selatan - Larkin Perdana, Johor Bahru) atau boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 09.02.2008 |
senarai nama sasterawan negara keseluruhan | Senarai nama Sasterawan Negara ialah: 1. 1981 - Keris Mas (Kamaludin Muhamad) 2. 1982 - Dato' Shahnon Ahmad 3. 1983 - Dato' (Dr.) Usman Awang 4. 1985 - Datuk (Dr.) A. Samad Said 5. 1987 - Arena Wati (Muhamad Abdul Biang) 6. 1991 - Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7. 1993 - Dato' Noordin Hassan 8. 1996 - Dato' Abdullah Hussain 9. 2003 - S. Othman Kelantan (Syed Othman Syed Omar) | Lain-lain | 11.11.2007 |
salam. saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbezaan diantara sastera komersial,karya serius,karya popular dan karya picisan. bolehkah karya serius,karya popular dan karya picisan dikaitkan dengan sastera komersial? bagaimana perkara ini berlaku? terima kasih | Menjawab persoalan tersebut, sila rujuk buku "Sastera: pengalaman, ilmu, imaginasi dan kitarannya" | Shahnon Ahmad">Shahnon Ahmad | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1994 |
| Lain-lain | 08.01.2009 |
Assalamualaikum. Apakah makna perkataan BANGGOL, Nama kampung tempat kelahiran saya ialh BANGGOL KUBUR, Kampung Repoh, Batu Kurau. Terdapat juga nama Kampung Banggol Sebelah di Batu Kurau. Dalam novel SN Shahnon Ahmad juga ada nama tempat banggol. Terima kasih | Dalam data kami, perkataan banggol hanya terakam sebagai nama tempat, tidak ada maksud atau maklumat lain berkenaan perkataan itu. | Tatabahasa | 13.04.2015 |
MAKSUD SASTERAWAN NEGARA DAN CIRI-CIRI SEORANG SASTERAWAN NEGARA | Sasterawan Negara ialah sasterawan yang telah menerima Anugerah Sastera Negara daripada Kerajaan Malaysia. Anugerah ini merupakan penghormatan tertinggi kerajaan terhadap sasterawan yang telah menberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan. Sehingga kini seramai sembilan orang sasterawan yang telah menerima anugerah tersebut, iaitu Keris Mas, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati, Muhammad Haji Salleh, Noordin Hassan, Abdullah Hussain dan S. Othman Kelantan. | Lain-lain | 26.11.2007 |
Acik Nana WED 9:05PM Assalamualaikum & Selamat malam.. Minta maaf sy bertanya.. Saya sedang mencari beberapa buku untuk kursus saya.. Jadi saya tidak pasti pihak DBP di bahagian mana untuk saya bertanya tentang penjualan buku.. Jadi.. Saya sertakan senarai buku yang saya perlu kan.. Ada tak pihak DBP menjual buku² ini? 1. Novel Perawan remaja dlm cenkeraman militer kaya promoedya anantha teor 2. Sastera wangi - cerpen hanya seorang perempuan, cerpen perempuan 3. Cerpen perempuan - shahnon Ahmad. 4. Cerpen perempuan - anis sabirin 5. Novel tulang² berserakan - usman awang 6. Novel TIVI | Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasih | Lain-lain | 21.09.2016 |
bolehkah pihak DBP menerangkan kepada saya mengenai dialek khususnya dialek Kelantan dan pengaruhnya dalam aspek penulisan. | Dialék adalah satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll). Variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Mengenai pengaruhnya dalam aspek penulisan, ini bergantung pada seseorang penulis itu. Misalnya Shahnon Ahmad lebih menggunakan dialek daerah Kedah dalam novelnya yg terkenal seperti Seluang Menodak Baung, Srengengge, Ranjau Sepanjang Jalan dan sebagainya. Jarang-jarang terdapat penulis yg menggunakan dialek daerah dalam penulisan mereka. T.kasih. | Lain-lain | 26.08.2008 |
1.apakah wujud perkataan mehnah dan tribulasi dalam bahasa melayu,kerana saya tidak mendapati maksudnya didalam kamus dewan.terima kasih 2.Bagaimana nak mendapatkan perkataan2 berbunga2 untuk penulisan cerpen atau novel | 1. Perkataan mehnah dan tribulasi tiada terdapat dalam daftar Kamus Dewan. Perkataan mehnah adalah daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud ujian/bala/kesusahan. Perkataan tribulasi pula, dalam daftar Kamus Inggeris Melayu Dewan iaitu tribulation bermaksud kesengsaraan. 2. Bagi mendapatkan perkataan berbunga-bunga dalam penulisan cerpen dan novel, saudara perlulah banyak membaca dan membuat kajian. Antara buku/karya yang sdr. boleh baca (tentang gaya bahasa) ialah karya Anwar Ridhwan, Azmah Nordin, Arena Wati, A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Azizi Haji Abdullah dan lain-lain. | Lain-lain | 10.12.2007 |