| 1. Apakah perkataan dalam bahasa Melayu "Share & Care"? 2. Bolehkah perkataan Extravaganza digunakan dalam iklan banner/kain rentang? | 1. Share & Care boleh diterjemahkan kepada Kongsi dan Jaga, jika bersesuaian dengan konteks yang dimaksudkan. 2. Perkataan Extravaganza boleh digunakan dalam urusan rasmi termasuklah iklan. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.12.2014 |
| Apakah perkataan bahasa melayu yang wajar bagi pertjemahan 'share' . Kongsi bukan bahasa melayu. | Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan share dalam contoh ayat kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.07.2018 |
| Salam Tuan / Puan, Boleh saya dapatkan penjelasan apakah terjemahan istilah 'share screen' (yang biasa digunakan dalam aplikasi mesyuarat dalam talian) dalam Bahasa Melayu? | Cadangan terjemahan untuk 'share screen' ialah "kongsi skrin" | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2022 |
| Istilah sesuai bagi "Hotspot"/"Tethering" bagi peranti pintar? Penerangan "Sharing a connection this way is called tethering or using a hotspot. Some phones can share Wi-Fi connection by tethering. Most Android phones can share mobile." | Padanan bahasa Melayu bagi istilah hotspot ialah titik penghala dan istilah tethering ialah tambatan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 12.09.2023 |
| Salam, boleh admin share perkembangan terbaru iv Perancang Bahasa DBP? Bila tarikh pengumuman keputusan iv trsebut ya? Tq | Salam sejahtera, Maklum balas perjawatan Dimaklumkan bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik dan keputusan sama ada calon temu duga berjaya atau simpanan atau tidak berjaya, akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel tuan/puan. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama. | Lain-lain | 16.06.2021 |
| Assalamualaikum Tuan/Puan, boleh share pada saya tulisan IMUNISASI dalam bahasa jawi? | Waalaikumussalam wbt, Mohon rujuk lampiran yang disertakan untuk ejaan imunisasi dalam tulisan Jawi. Terima kasih.
| Ejaan | 03.04.2023 |
| Non-Cumulative perpetual preference share | Saham Keutamaan Kekal Tak Kumulatif | Lain-lain | 13.08.2008 |
| Salam. "allocate" mengikut PRPM bermaksud menguntukkan, mengagih-agihkan. Konteks ayat saya adalah berkenaan dengan allocation of land. Antara yang perlu saya terjemahkan adalah ayat di bawah: "(b) where the value of any interest or share in land or lot allocated to a beneficiary is less than the value of the share in the estate ..." Apakah padanan yang sesuai bagi "allocated" pada ayat di atas? adakah "diuntukkan"? Satu lagi, boleh kah allocation diberi padanan "peruntukan"? Apakah sebenarnya beza antara penguntukan dan peruntukan. Saya dapati, allocation boleh juga digunakan padanan "peruntukan" (PRPM-"allocation") | Padanan yang sesuai untuk perkataan "allocated" dalam ayat di atas ialah “diuntukkan” kerana perkataan “diuntukkan” memberi pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, perkataan “allocation” boleh diterjemahkan sebagai “peruntukan” yang membawa maksud sesuatu yang telah diuntukkan, bahagian atau jumlah (wang dll.) yang ditetapkan (ditentukan). Perbezaan penguntukan dan peruntukan adalah seperti yang berikut: - -Penguntukan: proses menguntukkan atau menentukan sesuatu - -Peruntukan: perihal atau hasil bagi sesuatu yang telah ditentukan
| Penyemakan dan penterjemahan | 13.04.2020 |
| Ina Daud Oct 30th, 10:00am Saya nak share sikit.. rasanya elok untuk penambahbaikan di DBP. Saya mengikuti program Teater utk anak saya di Dewan Teater DBP.Semua ok tp apa yg saya ralatkan ialah tiadanya kemudahan surau untuk orang awam atau peserta program sepanjang hari minggu sabtu dan ahad kerana surau hanya akan dibuka pada hari bekerja. Jadi, tiada tempat untuk solat disana. Diharap pihak Tuan dapat memberi perhatian kepada perkara besar seperti ini atau ada saluran lain yang saya boleh isukan hal ini? Terima Kasih | Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Untuk makluman tuan, surau di Aras 5 boleh digunakan dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada pengawal keselamatan di Kaunter Pengawal bagi tujuan keselamatan, selain prosedur keselamatan yang perlu dipatuhi. | Lain-lain | 30.10.2015 |
| Salam sejahtera ! Mohon tistilah bahasa Melayu bagi perkataan berikut yang sering digunakan dalam pembelajaran abad ke-21 1. Round table 2.Think-pair-share 3.hot seat 4.role-play 5.gallery walk 6. three stray, one stay Trima kasih. | Padanan bagi istilah berkenaan adalah sepeti yang berikut: 1. round table = meja bulat 2. think-pair-share = fikir-pasang-kongsi 3. hot seat = kerusi panas 4. role-play = main peranan 5. gallery walk = jalan galeri 6. three stray, one stay = satu tetap tiga lilau
| Istilah | 27.12.2017 |