Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : ~ up, climb easily and quickly, memanjat [sst] dgn mudah: the boy ~ned up the coconut palm, budak itu memanjat pokok kelapa dgn mudah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : ~ down, climb down easily and quickly, turun dr [sst] dgn mudah: she ~ned down the tree, dia turun dr pokok itu dgn mudah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n front part of lower leg, tulang kering: he got a blow on the ~ from the other man’s hockey stick, tulang keringnya kena pukul dgn kayu hoki pemain lain; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata shin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Bolehkah saya tahu jika ada padanan yang sesuai bagi istilah "shinsplints" yang berkaitan dengan sakit pada tulang kering di kaki. Terima kasih.Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi perkataan "shinsplints" dalam bahasa Melayu.

Walau bagaimanapun, terdapat istilah "shin" yang bermaksud tulang kering yang digunakan dalam istilah perubatan manakala "foil splint" yang bermaksud splin keranjang, removeable splint yang bermaksud splint boleh tanggal (perubatan). Kami mencadangkan splin tulang kering bagi perkataan "shinsplint".
Tatabahasa16.07.2013
Selamat sejahtera tuan/puan, Mohon pengesahan ejaan yang betul bagi perkataan berikut: 1) Mudawwin dan mukharrij Konteks: Orang yang menulis sesebuah hadis dalam kitab hadis disebut sebagai mudawwin atau mukharrij. 2) Maudu' atau mauduk Konteks: Hadis maudu' 3) Istinsyaq dan istinsar Konteks: Istinsyaq adalah perbuatan menghirup air ke dalam lubang hidung, manakala istinsar pula adalah mengeluarkan air itu semula. 4) Adakah kayu sugi perkataan baku bagi kayu siwak? 5) Bolehkah perkataan "bersama-sama" dan "dengannya" hadir bersama dalam satu ayat? Konteks: “Sesiapa yang mengamalkan sunahku, maka dia mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku, maka aku akan (bersama-sama dengannya) / (bersama-samanya) di syurga.” 6) Apakah kata yang sesuai bagi "sa" dan "mudd" berdasarkan dunia sekarang? Konteks:Rasulullah SAW mandi dengan air sebanyak satu sa sehingga lima mudd, manakala berwuduk dengan satu mudd air Terima kasih.Untuk makluman tuan, bagi kata yang berkaitan dengan istilah agama Islam yang berkaitan dengan akidah dan hukum yang bersumberkan al-Quran dan Hadis yang dieja mengikut kaedah transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi. 
1. Mudawwin, Mukharrij
2. Hadith Maudhu'
3. Ejaan ketiga, perlu dilihat ejaan asal sama ada "shin" atau "shod"
4. Kamus Dewan merakamkan kayu sugi yang sama makna dengan siwak/kayu siwak. 
5. Penggunaan yang betul ialah bersama-sama atau bersama dengan.
6. Tidak ada maklumat dalam sumber rujukan kami tentang maksud perkataan yang terkandung dalam hadis ini.
Ejaan19.10.2020

Kembali ke atas