| Saya ingin mendapatkan terjemahan yang sesuai untuk terminologi Short Tail Claims for Direct Insurance. Short tail dalam konteks ini bermaksud 'Classes of insurance business involving coverage for risks where claims are usually known and settled within 12 months.' Diharap mendapat cadangan terjemahan untuk short tail claims. Terima kasih | Terjemahan yang boleh dicadangkan ialah "Penyelesaian Tuntutan Segera bagi Insurans Langsung". | Penyemakan dan penterjemahan | 27.07.2015 |
| Adakah penggunaan short form boleh digunakan dalam surat jemputan rasmi? contoh 12.30 tengah hari dipendekkan menjadi 12.30 tgh. hari / 2.00 ptg. | Singkatan umum dalam surat jemputan rasmi yang lazimnya digunakan ialah s. k. (salinan kepada), b. p. (bagi pihak), u. p. (untuk perhatian) dan sebagainya. Singkatan juga dibolehkan untuk gelaran, seperti Dr. (Doktor), Prof. (Profesor) dan sebagainya. Disarankan menggunakan ejaan penuh, contohnya “tengah hari” dalam ayat lengkap surat jemputan yang sifatnya rasmi, namun singkatan “tgh.” lazimnya dibolehkan penggunaannya dalam lampiran atur cara bagi surat rasmi. (Contohnya 12.00 tgh. - Perasmian). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Modul Asas Tatabahasa dan Penulisan Dokumen Rasmi (DBP, 2016), halaman 38 – 39 dan Gaya Dewan (DBP, 2023), halaman 169 – 175. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.09.2025 |
| Bagaimanakah penulisan 'Short Form' untuk Jurutera 'Engineer' dalam Bahasa Melayu? Contoh: Ir. Mohd Salaim bin Ali Adakah betul penggunaan (Ir.) tersebut? | 'Ir.' ialah kependekan 'Insinyur' (Jurutera). Penggunaan Ir. dalam contoh yang diberikan adalah betul. | Lain-lain | 08.10.2008 |
| Kenapa DBP menggunakan short form DALAM website? Click URL yang diberi, iaitu penggunaan 'short-form' dalam penerangan istilah. contohnya - dgn, utk, yg Kindly rectify. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=memastikan | Untuk makluman tuan, singkatan ejaan hanya digunakan dalam huraian bagi meminimumkan penggunaan ruang dalam kamus. | Ejaan | 31.03.2015 |
| Apakah terma untuk 'long short trem memory ' dalam bahasa melayu | Konsep "long short trem memory" tidak difahami. Sila semak semula ejaan adakah pihak tuan/puan maksudkan "term"? | Lain-lain | 16.10.2020 |
| hi, good days. I just need the help for the short forms like: ttg, dsb, tsb, Kd, bp. May I know where is the reference for these short forms? many thanks | Untuk makluman saudara, kependekan tersebut terdapat di halaman li di dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Kependekan tersebut terakam di dalam semua Kamus Dewan terbitan DBP. Saudara disarankan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dalam pertanyaan Khidmat Bahasa DBP. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
| Mohon terjemahan atas kata berikut: Corporate Governance 1. Board Of Independence 2. CEO duality Capital Structure 1. Short Term to Total Debt 2. Long Term to Total Debt 3. Total Debt to Total Asset 4. Leverage 5. Short Term Leverage 6. Long Term Leverage 7. Divident Policy Firm Characteristic 1. Firm Size 2. Leverage 3. Age Firm 4. Liquidity 5. Board Size Terima kasih | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Corporate Governance – Tadbir Urus Korporat 2. Board of Independence – Lembaga Bebas 3. CEO duality – Kedualan KPE atau Kedualan CEO 4. Capital Structure – Struktur Modal 5. Short Term to Total Debt- Hutang Jangka Pendek kepada Jumlah Hutang 6. Long Term to Total Debt - Hutang Jangka Panjang kepada Jumlah Hutang 7. Total Debt to Total Asset - Jumlah Hutang kepada Jumlah Aset 8. Leverage – Leveraj 9. Short Term Leverage – Leveraj Jangka Pendek 10. Long Term Leverage – Leveraj Jangka Panjang 11. Divident Policy – Dasar Dividen 12. Firm Characteristic – Ciri-Ciri Firma 13. Firm Size – Saiz Firma 14. Leverage - Leveraj 15. Age Firm – Usia Firma 16. Liquidity - Kecairan 17. Board Size – Jumlah Ahli Lembaga Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2017 |
| Salam mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Falls Somewhat Short"? Ayat ini digunakan dalam pemarkahan kaji selidik. Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Seperti biasa, sila berikan konteks ayat atau lebih baik ayat penuh seperti pertanyaan-pertanyaan puan sebelum ini. Dalam buku Kamus Dewan, fall short membawa pengertian berkurang atau menurun; manakala somewhat membawa pengertian sangat-sangat atau agak. Daripada pengertian makna kamus (tanpa konteks ini) kami hanya boleh mencadangkan padanan seperti yang berikut: 1. sangat-sangat berkurang 2. sangat-sangat menurun 3. agak berkurang 4. agak menurun | Istilah | 06.05.2014 |
| Apakah padanan yang sesuai untuk 1.speed skating 2.short track speed skating? Terima kasih | Salam sejahtera, Tuan, Padanan bahasa Melayu bagi speed skating ialah luncur laju. Pihak kami belum ada terjemahan istilah bagi short track speed skating. Padanan bahasa Melayu yang kami boleh cadangkan ialah luncur laju laluan pendek atau luncur laju landasan pendek. Sekian, terima kasih. | Istilah | 27.09.2017 |
| Saya ingin mencari istila paling sesuai untuk "RNA interference (RNAi)", "short interfering RNA (siRNA)", "gene expression" dan "gene editing". Buat masa ini, saya menggunakan istilah rintangan atau penyekatan RNA untuk "RNAi" berdasarkan mekanismenya, "ekspresi gen" atau "penghasilan produk gen" (?) untuk "gene expression" dan "penyuntingan gen" atau "suntingan gen" untuk "gene editing". | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan tuan, kami mencadangkan istilah-istilah seperti yang berikut: 1. RNA interference - interferens RNA atau gangguan RNA 2. short interfering RNA - RNA menganggu pendek 3. gene expression - ekspresi gen atau pengekspresan gen 4. gene editing - penyuntingan gen | Istilah | 18.05.2022 |