Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj; ~ silk , (kain) sutera siang malam; ~ through with st, diresapi sst: a system ~ through with graft and corruption, sistem yg diresapi sogokan dan rasuah; ~ with st, streaked, variegated, berselang-seli dgn sst: black hair ~ with grey, rambut hitam yg berselang-seli dgn uban. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata shot


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terdapat sebuah acara paralimpik yang dipanggil "shot put seated" atau "seated shot put" di mana peserta akan melontar peluru dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi. Jika saya ingin menamakan acara ini dalam bahasa Melayu, adakah "lontar peluru duduk" padanan yang sesuai?Cadangan padanan “Lontar Peluru Duduk” boleh diterima sebagai padanan seated shot put. Istilah16.06.2019
Dalam istilah fotografi, bagaimana terjemahan "shot angle" dalam bahasa Melayu?Dalam data kami, terdapat perkataan "angle shot" yang mempunyai padanan bahasa Melayu iaitu tangkap sudut.Istilah19.10.2013
Salam saya menghadapi masalah dalam menterjemahkan istilah-istilah Inggeris berikut ke dalam bahasa Melayu. Saya memohon bantuan pihak tuan. 1) the racket, held in a forehand grip, is taken back with a cocked wrist, 2) Forehand Clear Smash Drop Shot, 3) Backhand Drive Net Shot, 3) Underarm Lift Net Shot, 4) Forehand Overhead Clear, 5) The Backhand Net Lunge, 6) The Net Kill, 7) The Drop Shots. Untuk makluman pihak tuan, istilah-istilah tersebut digunapakai dalam sukan Badminton.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk frasa yang diberikan. Walau bagaimanapun, berikut saya senaraikan istilah yang terdapat dalam Glosari Sukan Badminton terbitan DBP.
1. racket - raket
2. forehand grip - genggam depan
3. forehand smash - smesy depan
4. drop shot - syot junam
5. drive - pukul kencang
6. backhand - kilas
7. net shot - syot jaring
8. underarm - aras siku
9. forehand - depan
10. overhead backhand clear - pukul tedas kepala
11. overhead backhand - pukul kilas kepala
12. net - jaring
13. lunge - gerak maju
14. kill service (to) - mematikan servis
Istilah09.10.2012
Salam, Saya ingin bertanyakan mengenai perkataan "screenshot". Bolehkah ianya digantikan kepada "skrin shot"? Jika tidak, apakah istilahnya di dalam bahasa Melayu?Padanan bahasa Melayu untuk istilah "screen shot" ialah tangkap skrin.Istilah02.06.2020
Cadangan terjemahan bagi "espresso shot" dalam Bahasa Melayu.Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah kopi espreso pekat jika bersesuaian.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2020
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah 'Multi-shot Injection Molding Machine'? Sekian, terima kasih.Salam Sejahtera. Cadangan kami ialah Mesin Pengacuan Suntikan MultisudutPenyemakan dan penterjemahan05.02.2016
adakah terjemahan ini betul "screenshot" "syot skrin"Istilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar.Istilah16.10.2012
Salam tuan/puan, Saya ingin bertanya apakah perkataan bahasa melayu untuk perkataan-perkataan yang berikut: 1) screenshot 2) torque 3) fuel consumption Thanks HanaIstilah bahasa Melayu untuk screen shot ialah tangkap layar atau syot layar. Torque pula bermaksud tork atau kilas. Fuel consumption ialah penggunaan minyakMakna28.03.2017
assalamualaikum.sya pelajar stpm 2014 yg mengambil subjek Bahasa Melayu. Kami diminta untuk meyiapkan kerja kursus dan saya memilih laras bahasa sukan iaitu berfokus kepada sukan bola sepak untuk dikaji. Saya menghadapi masalah untuk mencari definisi dan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan dari Bahasa Inggeris yang berikut : 1. backheel 2. overlapping run 3.sliding tackle 4.curving shot 5.first timer Harap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian . Terima Kasih.Tuan boleh kemukakan soalan penterjemahan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat istilah yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami cadangkan beberapa istilah:
1. Tendangan Tumit.
2. Larian pintas
3. Rebut Gelongsor
4. Tendangan Lencong
5. Tendangan menerus.
Penyemakan dan penterjemahan24.08.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera Saya mohon maaf atas soalan yg banyak 1. setelah membuat carian istiliah "inkuiri" di kamus online dbp, saya gagal menemukan sebarang hasil. Namun, berdasarkan cakupan skrin dibawah di dalam kotak bewarna hijau, meskipun tiada definisi di dalam kamus dbp, mengapakah bidang akademik diberi mandat menggunakan istilah "inkuiri kurikulum" tanpa kewujudan sah istilah inkuiri di dalam kamus? 2. di dalam hebahan email daripada RoS. Ini adalah spt ayat berikut "Sehubungan dengan itu, persatuan penduduk di jemput untuk memohon. Berikut disertakan Borang Permohonan Geran dan Senarai Penyelaras Pemimpin Tempatan untuk makluman bagi pengesahan. Tarikh tutup 31 Oktober 2018. Anda dinasihatkan menghantar awal kerana sebarang KUIRI dapat diperbaiki sebelum tarikh tutup. Permohonan selepas 31 Oktober 2018 tidak akan diproses." apakah yang dimaksudkan dengan kuiri diatas? Saya gagal menemukan definisi setelah mencari dikamus. 3. Apakah istilah yang tepat untuk perkataan "screenshot? adakah cakupan skrin/cekupan skrin atau ada istilah lain? 4. Saya minat memperkayakan kosa kata. Oleh itu, saya mohon jasa baik tuan/puan dalam mengesyorkan apakah buku terbaik dan tajuk buku tesaurus BM yang lengkap dan bermanfaat untuk saya gunakan dan beli? Terima kasih atas bantuan tuan/puan merungkai persoalan saya.
1.Puan perlu membezakan istilah dengan perkataan biasa. Istilah hanya digunakan dalam bidang tertentu, manakala perkataan biasa dirakamkan di dalam kamus. Inkuiri merupakan istilah yang digunakan dalam bidang pendidikan. 2. Tiada maklumat kuiri dalam pangkalan data kami. Kuiri berasal daripada perkataan bahasa Inggeris query, yang membawa maksud usul atau pertanyaan. Sehubungan dengan itu, mengikut konteks ayat yang puan kemukakan, makna kuiri ialah usul. 3. Padanan screen shot ialah tangkap skrin untuk bidang teknologi maklumat. Sila rujuk  shot&d">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=screen+shot&d
Istilah22.05.2018
12

Kembali ke atas