Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siah] | سياه

Definisi : ; ~ layah tergoyang-goyang (daun lalang ditiup angin dll), terhuyung-hayang (orang mabuk berjalan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siah] | سياه

Definisi : ; ~ palis sj mantera utk menjauhkan (menolak) bahaya; bersiah 1. berganjak ke tepi (utk mengelak­kan sesuatu), menepi (utk memberi jalan dll): waktu berpapasan jalan denganku, dia akan ~ seolah-olah takut terkena najis; 2. ark berlari dgn tidak tentu arah, berlari tunggang-langgang; menyiah, menyiahkan 1. mengganjakkan ke tepi, mengetepikan; 2. menguakkan (me­nolakkan) ke tepi: ~ rambut; 3. ki meng­elakkan bahaya dll: apabila hari hendak hujan, disiahkan pula hujan itu ke tempat lain dgn isyarat dan ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
siah
Kata Terbitan : bersiah, menyiahkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud siah? Maksud siah ialah tergoyang-goyang (daun lalang ditiup angin dll), terhuyung-hayang (orang mabuk berjalan dll). T.kasih.Lain-lain12.08.2008
Adakah "oi" diterima sebagai kata seruan dalam Bahasa Melayu?Ya, kata oi telah diterima sebagai kata seru dalam bahasa Melayu. Sila semak kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1555).

oi  kata seru
digunakan untuk memanggil sso: “Oi!” tempik Dali dengan tidak mengendahkan orang-orang sekelilingnya.“Mak Teh oi, marilah minum sini!” jerit Kak Siah memanggil ibuku.

Cuma, dalam budaya Melayu, kata ini kurang digunakan kerana (jika digunakan dengan nada yang tinggi) kedengarannya tidak sopan/santun terutamanya ketika memanggil orang yang lebih tua atau yang lebih berpangkat dan sebagainya.
Makna29.05.2023

Kembali ke atas