| apakah maksud siah? | Maksud siah ialah tergoyang-goyang (daun lalang ditiup angin dll), terhuyung-hayang (orang mabuk berjalan dll). T.kasih. | Lain-lain | 12.08.2008 |
| Adakah "oi" diterima sebagai kata seruan dalam Bahasa Melayu? | Ya, kata oi telah diterima sebagai kata seru dalam bahasa Melayu. Sila semak kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1555). oi kata seru digunakan untuk memanggil sso: “Oi!” tempik Dali dengan tidak mengendahkan orang-orang sekelilingnya.“Mak Teh oi, marilah minum sini!” jerit Kak Siah memanggil ibuku. Cuma, dalam budaya Melayu, kata ini kurang digunakan kerana (jika digunakan dengan nada yang tinggi) kedengarannya tidak sopan/santun terutamanya ketika memanggil orang yang lebih tua atau yang lebih berpangkat dan sebagainya. | Makna | 29.05.2023 |