Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siapakah

Peribahasa

Mana tali berpunca tak berhujung?

Bermaksud :

Siapakah yang tidak akan menghadapi mati?

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan penggunaan di antara siapakah dan apakah? jika dalam bahasa inggeris, (what is your name? = siapakah nama anda), (who are you? = siapakah anda?), maka di manakah perbezaan?

Soalan siapakah digunakan kepada manusia, contohnya siapakah nama anda? Apakah pula digunakan untuk menanyakan nama haiwan dan sebagainya selain manusia, contohnya apakah nama kucing awak?

Tatabahasa04.10.2010
Siapakah pemenang pertandingan pidato antara institusi kewangan piala gabenor bank negara malaysia 2013?Pemenang tempat pertama hingga ketiga Pidato Biala Gabenor Bank Negara Malaysia 2013 ialah Jushua Meta anak Nully (CIMB Bank Berhad), Woon Pei Jing (Maybank) dan Anuutha Valli a/p Nadarajah (Manulife Insurance Berhad).Tatabahasa29.11.2013
Siapakah yang dikenali sebagai Tuan Pengerusi Majlis dalam sesuatu majlis? Adakah pengelola atau juruacara majlis tersebut? TQ

Selamat petang saudara,

Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb) Contoh ayat : Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri.

Pengerusi majlis juga bermaksud pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): Pengerusi majlis Lembaga Pengarah.

Manakala pengacara majlis pula ialah, Id peguam bela 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara.

Makna15.10.2012
Siapakah pengasas dewan bahasa dan pustaka?

Untuk makluman tuan,  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, Johor sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran. Penubuhan DBP adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang akan merdeka ketika itu. Di peringkat awal itu, DBP mengorak usaha murninya di Bukit Timbalan, Johor Bharu.

Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bharu pada 16 - 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu juga, DBP dinaikkan taraf sebagai badan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri.

Pada tahun 1957, DBP telah berpindah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan  di bekas wad sebuah hospital di Jalan Young. Perpindahan ini bagi memudahkan segala pelaksanaan tugasnya yang selaras dengan pengisytiharan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan akan menjadi bahasa rasmi tunggal negara.

Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu i) menggubal dasarnya yang khusus; ii) menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera; dan iii) menjalankan kegiatan penerbitan dan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan.

Lain-lain11.07.2012
Siapakah Editor Majalah Pelita Bahasa yang terkini ? Saya mohon diberi alamat email Editor Pelita Bahasa untuk dikirimkan puisi . Adakah tema cerpen untuk majalah Tunas Cipta ini bebas atau ada had tema yang ditetapkan ?Editor Majalah Pelita Bahasa ialah Norazlenda Abd. Hadi dan beliau boleh dihubungi melalui alamat e-mel nazlenda@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat mengenai majalah Tunas Cipta sila hubungi editor Abdul Ghani Abu melalui e-mel ghanig@dbp.gov.my.Lain-lain08.06.2012
siapakah pengasas utama dewan bahasa dan pustaka?Penubuhan DBP dicetus melaui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III. Tokoh yang mencadangkan penubuhan sebuah badan yang menjaga dan mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara ialah Zainal Abidin Ahmad (Za'ba). Berdasarkan resolusi kongres tersebut ditubuhkan Balai Pustaka pada 22 Jun 1956 yang kini dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Untuk mendapatkan ketrangan lanjut sila layari laman rasmi DBP, www.dbp.gov.my.Lain-lain18.10.2010
siapakah golongan marhaen?Dalam bidang sejarah golongan marhaen dikelaskan kepada golongan bawahan atau rakyat biasa dalam tata tingkat masyarakat pada zaman Rom purba, sebab itulah dalam Kamus Dewan rakyat jelata seperti petani, nelayan, dan sebagainya dikatakan sebagai golongan marhaen.Makna04.10.2009
Siapakah individu-individu, kumpulan, organisasi utama yang menyuarakan pendapat mereka tentang masalah kesalahan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan?Semua rakyat boleh bersuara untuk menyuarakan pendapat tentang masalah penggunaan bahasa di tempat awam tetapi hendaklah melalui saluran yang betul. Masalah penggunaan bahasa tersebut boleh dimajukan terus kepada pihak berkuasa tempatan dan juga kepada Bahagian Dasar Bahasa, DBP yang menyediakan khidmat pemantauan bahasa pada papan tanda dan media massa. Tatabahasa04.09.2009
Siapakah yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar?Bahagian yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar ialah Bahagian Sistem Maklumat, DBP.Lain-lain22.06.2009
Siapakah yang menjawab soalan yang dikemukakan di ruangan ini? Terima kasih.

Untuk makluman puan, setiap soalan yang dikemukakan dalam ruangan ini akan dijawab oleh petugas-petugas KNDBP yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP. Walau bagaimanapun, jika puan mempunyai masalah-masalah tersebut, puan bolehlah mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini.  

Lain-lain05.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas