Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[siar] | سيار

Definisi : ; ~ raya alat utk membuat pengumuman, mis pembesar suara, dlm sesuatu majlis, pe­rayaan dsb; menyiarkan 1. menghebahkan kpd orang ramai (melalui radio, televisyen, surat khabar, dll), mengumumkan: berita itu telah disiarkan melalui radio; 2. memasukkan (gambar dll ke dlm majalah, surat khabar, dll) dan me­nerbitkannya: majalah itu ~ gambar dan kisah jenayah; 3. memperkembangkan atau menyebarkan (agama, pendapat, dll); 4. me­mancarkan (cahaya dll); 5. membawa ke serata tempat, menyebarkan, menyeratakan; tersiar 1. telah dihebahkan (diumumkan, di­khabarkan ke merata-rata), tersebar ke mana­mana: khabar telah ~ bahawa peperangan telah berakhir; 2. telah diterbitkan dan dijual (buku, majalah, dll): kesemua cerpen dlm kumpulan ini telah ~ dlm mingguan Utusan Zaman; siaran sesuatu yg disiarkan atau diterbitkan (pengumuman, berita, dll): aku hendak mendengar semua ~ radio hari ini; surat ~ surat yg disebarkan kpd orang ramai; bersiaran mengendalikan siaran di tele­visyen atau radio: penyair radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 32 jam tanpa henti; persiaran ark pengumuman, pemberitahuan; penyiaran 1. perbuatan menyiarkan: ~ agama Islam di Tanah Melayu; 2. (Kom) aktiviti mengadun dan memancarkan ran­cangan radio dan televisyen kpd khalayak di sekitar kawasan yg dapat diliputi oleh alat penerima siaran dgn menggunakan sistem analog, satelit atau kabel; penyiar 1. orang yg menyiarkan, pengem­bang (agama); 2. alat pemancar (radio dll); 3. penerbit dan penjual (buku dll); 4. petugas radio dan televisyen yg terlibat secara langsung dlm aktiviti penyiaran rancangan me­dia elektronik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siar] | سيار

Definisi : ; bersiar, bersiar-siar berjalan-jalan (mengambil angin dll), bertemasya: malam itu, Maskam membawanya ~ ke taman bunga; persiaran 1. hal atau perbuatan bersiar-siar: bas ~; 2. tempat (kawasan, jalan dsb) bersiar atau bersiar-siar; persiar; kapal ~ kapal utk bertemasya (bersuka-suka) di laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siar] | سيار

Definisi : Mn; ~ bakar perihal membakar dgn sesuka hati (rumah dll); ~ bakar berpuntung suluh prb sesuatu perkara itu boleh diputus­kan setelah cukup bukti dan keterangannya; menyiar membakar, menunu; tersiar terbakar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[siar] | سيار

Definisi : ; ~ raya alat utk membuat peng­umuman, mis pembesar suara (dlm majlis, perayaan dsb). menyiarkan 1 memberitahukan (sesuatu) kpd orang ramai dgn menggunakan radio (surat khabar dll); menghebahkan; mengumumkan: Radio Malaysia telah ~ berita ttg peperangan Pakinda. 2 me­nyebabkan sesuatu agama atau pendapat tersebar merata-rata; me­nyebarkan: Orang yg mula-mula sekali ~ agama Islam ke Tanah Melayu tidak diketahui dgn pasti. 3 memancarkan cahaya dll. tersiar telah diumumkan ke merata-rata tempat melalui radio (surat khabar dll); telah diterbitkan dan disebarkan. siaran sesuatu yg disiarkan atau yg dihebahkan utk pengetahuan umum: surat ~ surat yg berisi berita dll yg disebarkan kpd orang ramai. bersiaran mengendalikan siaran di televisyen atau radio: Penyiar radio itu mendapat penghargaan kerana ~ 24 jam tanpa henti. penyiaran perbuatan atau hal menyiarkan (sesuatu): meninggikan sistem pendidikan dan ~ Islam. penyiar orang yg menyiarkan: ~ berita; ~ agama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[siar] | سيار

Definisi : ; bersiar, bersiar-siar berjalan-jalan utk mengambil angin atau utk berehat-rehat: Petang itu aku pergi ~ ke tepi pantai dgn anak dan isteriku. persiaran 1 perbuatan atau hal bersiar-siar: bas ~ bas utk bersiar-siar atau utk melancong. 2 tempat (kawasan, jalan dsb) bersiar atau bersiar-siar. pesiar; kapal (bot dsb) ~ kapal, bot dsb utk bersuka-suka (bertemasya) di laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siar

Puisi
 

Pergi ke hutan mencari akar,
     Sambil duduk bersiar-siar;
Sebab dipikat burung di sangkar,
     Burung di hutan terlalu liar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Puntung sekerat,
     penyiar rimba.

Bermaksud :

Orang yang banyak anaknya. siar = bakar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud a) siar raya b) alat siar rayaSiar raya ialah ucapan umum atau padanan dalam bahasa inggerisnya public address. Dan siar raya juga boleh membawa maksud alat siar raya.Makna07.02.2012
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk haiwan, khususnya kambing "bersiar-siar" di padang? Bolehkah "bersiar-siar" digunakan untuk merujuk haiwan atau adakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Sekian, terima kasih.Bersiar-siar lazimnya dikaitkan dengan perbuatan manusia yang berjalan-jalan untuk mengambil angin atau untuk berehat-rehat.  Oleh itu, bersiar-siar tidak sesuai digunakan untuk merujuk binatang yang berkeliaran di padang. Perkataan yang sesuai ialah berkeliaran atau merayau.Tatabahasa31.01.2011
perkataan siar kaki@siarkaki; perkataan guna sama@gunasama; penggunaan "double kk" cth menggunakan tqSiar kaki dan guna sama.Lain-lain01.08.2007
Wujudkah perkataan siaraya? Atau apakah ejaan betul bagi perkataan tersebut? Siaraya, Siar raya, Siaran raya atau bagaimana? Terima kasih.siar rayaTatabahasa08.11.2007
ingin mengetahui perkataan 'siarkaki' atau 'siar kaki'. dengan nama lain adalah laluan pejalan kaki / koridor.

Saudara,

Perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu siar kaki.

Ejaan05.01.2010
Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai.Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. - ketiga-tiga perkataan tersebut betul tetapi lazimnya yang dijumpai di pantai ialah siput dan kulit siput.Tatabahasa17.05.2010
PA ROOMBILIK SISTEM SIAR RAYAIstilah03.03.2011
sila jelaskan makna "siarkaki" -Siar kaki ialah iatilah lama yang juga bermaksud kaki lima atau laluan jalan kaki. Harap maklum.Makna04.08.2008
sistem siaraya ape maksudnye?Merujuk kepada Kamus Dewan, siar raya merujuk kepada alat untuk membuat pengumuman, atau pembesar suara dalam sesuatu majlis, perayaan dan sebagainya.Lain-lain22.11.2007
soalan: bagaimana untuk kita menentukan tarikh sebenar mengikut masa contoh 1: siaran langsung 'Cinta bersemi' 1 Oktober 2012 , 9.00 malam dan ulang siar 2.00 pagi soalannya: untuk ulangsiar 2.00 pagi adakah telah masuk 2 oktober? contoh 2: ( Drama 'kekasih akan disiarkan bermula Isnin 1 Oktober ): saksikan drama bersiri 'Kekasih' Mulai 1 Oktober , setiap Isnin 12.30 tgh mlm soalannya: adakah 12.30 tgh mlm di anggap sebagai 1 Oktober? Soalan 3: bagaimana untuk kita mengenalpasti penggunaan masa yang betul mengikut tarikh contoh : 1 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) dan 2 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) adakah ( tarikh adlh sbg contoh) 1 oktober= 12.00 tgh mlm - 11.59 malam (24 jam ) 2 oktober = 12.00 tgh mlm - 11.59 malam ( 24 jam ) sekian terima kasih1. Ulang siar "Cinta Bersemi" pada pukul 2.00 pagi adalah pada 2 Oktober 2012.
2. Drama bersiri "Kekasih' pada pukul 12.30 tengah malam adalah pada 2 Oktober 2012.
3. 1 Oktober 2012 (Isnin) bermula pada 12.00 tengah malam (hari Ahad - 30 September 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (1 Oktober 2012),  2 Oktober bermula pada 12.00 tengah malam (hari Isnin - 1 Oktober 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (2 Oktober 2012).
Lain-lain03.10.2012
12

Kembali ke atas