Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siar in

Puisi
 

Pergi ke hutan mencari akar,
     Sambil duduk bersiar-siar;
Sebab dipikat burung di sangkar,
     Burung di hutan terlalu liar.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Puntung sekerat,
     penyiar rimba.

Bermaksud :

Orang yang banyak anaknya. siar = bakar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud a) siar raya b) alat siar rayaSiar raya ialah ucapan umum atau padanan dalam bahasa inggerisnya public address. Dan siar raya juga boleh membawa maksud alat siar raya.Makna07.02.2012
Salam sejahtera, Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk haiwan, khususnya kambing "bersiar-siar" di padang? Bolehkah "bersiar-siar" digunakan untuk merujuk haiwan atau adakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Sekian, terima kasih.Bersiar-siar lazimnya dikaitkan dengan perbuatan manusia yang berjalan-jalan untuk mengambil angin atau untuk berehat-rehat.  Oleh itu, bersiar-siar tidak sesuai digunakan untuk merujuk binatang yang berkeliaran di padang. Perkataan yang sesuai ialah berkeliaran atau merayau.Tatabahasa31.01.2011
Assalamualaikum. Adakah ada perbezaan antara siar kaki dan kaki lima?Siar kaki ialah istilah lama yang juga bermaksud kaki lima atau laluan jalan kaki.Istilah05.02.2015
perkataan siar kaki@siarkaki; perkataan guna sama@gunasama; penggunaan "double kk" cth menggunakan tqSiar kaki dan guna sama.Lain-lain01.08.2007
Wujudkah perkataan siaraya? Atau apakah ejaan betul bagi perkataan tersebut? Siaraya, Siar raya, Siaran raya atau bagaimana? Terima kasih.siar rayaTatabahasa08.11.2007
ingin mengetahui perkataan 'siarkaki' atau 'siar kaki'. dengan nama lain adalah laluan pejalan kaki / koridor.

Saudara,

Perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu siar kaki.

Ejaan05.01.2010
Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai.Ali dan kakkaknya mengutip siput / kulit siput / kerang ketika bersiar-siar di pantai. - ketiga-tiga perkataan tersebut betul tetapi lazimnya yang dijumpai di pantai ialah siput dan kulit siput.Tatabahasa17.05.2010
Selepas makan malam, ibu suka () di tepi pantai Aberlari-lari Bbersiar-siar Cberlumba-lumba Dberlepak-lepak Mana satu yang betul Terima kasihJawapan:

Selepas makan malam, ibu suka bersiar-siar di tepi pantai.
Lain-lain22.03.2022
Salam Sejahtera, Satu pagi saya berada di DBP dan saya mendengar pengumuman ini melalui siar raya DBP. DBP, melalui Bahagian Penyelidikan sastera akan menganjurkan Seminar...... Soalan saya: Siaran itu dilaksanakan di DBP. Kenapa perlu dinyatakan DBP melalui Bahagian Penyelidikan Sastera...... adakah staf DBP tidak tahu Bahagian Penyelidikan Sastera itu berada di DBP. Terima kasih.Salam sejahtera,

SIAR RAYA DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.


Dimaklumkan bahawa, siar raya yang dibuat di premis DBP, bukan sahaja untuk pemakluman staf dalaman, tetapi juga kepada pengunjung luar yang berada di sekitar DBP untuk turut serta dalam program anjuran DBP. Oleh itu, nama bahagian di DBP selaku penganjur dinyatakan dalam siar raya kerana terdapat juga program kerjasama antara DBP dengan pihak/bahagian/agensi luar dilaksanakan di premis DBP.


Walau bagaimanapun, pihak kami mengambil maklum atas cadangan dan keprihatinan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain12.09.2022
Salam sejahtera, baru-baru ini DBP ada menganjurkan Canai Bahasa, sebagai saranan sahaja, bolehkah DBP anjurkan audio siar (podcast) yang khusus berkaitan dengan bahasa?Salam sejahtera tuan,

Terlebih dahulu, sayan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan, kerana menyokong program-program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cadangan tuan berhubung dengan penganjuran audio siar (podcast) berkaitan dengan bahasa, telah dipanjangkan kepada bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama.
Lain-lain30.11.2019
1234

Kembali ke atas