mana yang betul? berdasarkan siasatan atau daripada siasatan | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
Adakah penggunaan "daripada" dalam ayat berikut adalah betul: Pembentang kes siasatan adalah pegawai daripada Jabatan Siasatan. | kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan . Pembentang kes siasatan adalah pegawai daripada Jabatan Siasatan. | Tatabahasa | 21.01.2013 |
ejaan inquest dalam bahasa malaysia | Padanan inquest dalam bahasa Melayu ialah inkues atau siasatan rasmi. | Istilah | 16.06.2010 |
Tuan, adakah "pengisian" dapat bermaksud benda yang diisikan? Sila rujuk WordPad saya untuk lebih lanjut mengetahui siasatan saya. | Pengisian bermaksud hal atau perbuatan mengisi atau mengisikan. Sebarang dapatan baharu untuk peluasan makna kata bolehlah disalurkan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Ketua Bahagian Perkamusan. | Makna | 22.12.2016 |
Tuan, adakah sendi nama "terhadap" boleh digunakan untuk sasaran benda abstrak? Sila lihat WordPad yang terlampir oleh saya untuk mendalami pendirian dan siasatan saya. WordPad ini mengandung pertanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, namun saya memerlukan pendapat tuan DBP juga kerana segala pendapat daripada mana-mana ahli bahasa berguna kepada saya. | DBP berpegang pada buku Tatabahasa Dewan yang menyatakan bahawa kata sendi "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Pandangan yang lain daripada ini perlu dikemukakan terus kepada ahli bahasa atau penulis buku tersebut. | Tatabahasa | 13.12.2016 |
Wall FB DBP : 24 Nov 2014 Lyd Singgam Mohon DBP menegur Jabatan Parit dan Saliran.(JPS) yang menamakan projek pengindahan Sungai Klang dengan nama River of Live. Padahal mereka boleh saja namakan projek itu dalam bahasa Melayu yang sesuai seperti Sungai Nadi Kehidupan, Sungai Kehidupan, atau apapun istilah lain yang menarik pada pandangan mereka. Juga program anjuran Kementerian Belia dan Sukan FitMalaysia yang boleh ditukar kepada MalaysiaCergas | Terima kasih aduan daripada pihak tuan. Pihak kami akan menjalankan siasatan dan menghantar surat teguran kepada pihak yang berkenaan jika perkara ini betul. | Lain-lain | 24.11.2014 |