1. Apakah definisi 'pembulian siber' atau cyberbullying dari sudut DBP? 2. Bagaimanakah istilah pembulian siber dibuat? 3. Adakah siber buli, buli siber dan buli secara maya boleh diguna pakai dalam penulisan? Terima kasih. | Buli siber merupakan perbuatan menghantar mesej dan imej menerusi telefon pintar atau komputer melalui aplikasi media sosial dengan tujuan untuk bermusuh dan ugutan.Pembentukan istilah bagi buli siber adalah berdasarkan kaedah penyerapan dengan penyesuaian ejaan.Penggunaan perkataan 'maya' lazimnya dipadankan dengan istilah 'virtual'. | Istilah | 04.08.2022 |
Penggunaan frasa kafe siber. Betul atau salah. | Frasa "kafe siber" adalah betul. | Tatabahasa | 23.05.2011 |
Assalamualaikum saya ingin mendapatkan pencerahan perbezaan/persamaan makna antara 'keibubapaan siber' dan 'keibubapaan digital'. Sekian terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, keibubapaan, siber dan digital bermaksud: a. Keibubapaan: (sifat, hal dan sebagainya) yang berkaitan dengan ibu bapa b. Siber: berkaitan dengan komputer dan Internet c. Digital: (Komputer) beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data Oleh itu, “keibubapaan siber” dan “keibubapaan digital” secara umumnya ialah ibu bapa yang mahir dan berpengetahuan tentang teknologi maklumat. Kebiasaannya dihuraikan sebagai kemahiran ibu bapa dalam membimbing dan mengawasi aktiviti anak-anak khususnya ketika mereka menggunakan telefon bimbit dan komputer untuk melayari Internet. Perbezaan kedua-duanya adalah pada kaedah yang digunakan sama ada yang berkaitan dengan peranti atau operasi. | Makna | 23.06.2021 |
Tuan , berfoya-foya di pusat kafe siber Boleh bermaksud berpelisiran di pusat kafe siber? | Berfoya-foya dan berpelesiran mempunyai maksud yang sama, iaitu bersuka-suka. | Tatabahasa | 28.05.2015 |
Kanak-kanak yang bermastautin di dalam bandar sentiasa terdedah kepada alam siber dan permainan komputer. ayat ini betul? | Frasa yang gramatis dengan konteks ayat tersebut ialah "di bandar". | Tatabahasa | 04.08.2013 |
Assalamualaikum, Saya pelajar jurusan master di UM yang sedang melakukan kajian ke atas buli siber menggunakan data daripada twitter. Saya mahu tahu, jika pihak DBP mempunyai senarai Kata-kata yang dikategorikan sebagai kata makian/nista/kesat/ejekan yang boleh membantu saya menjalankan kajian tersebut. Bagaimana boleh saya mendapatkannya atau dengan siapa saya perlu berhubung mengenai perkara ini? | Tuan, Untuk makluman, DBP tidak menyediakan senarai khusus berkenaan kata-kata yang boleh dikategorikan sebagai kata makian, nista, kesat atau ejekan. Mohon tuan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami melalui laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
| Lain-lain | 23.04.2019 |
Cyberbully | Padanan bahasa Melayu bagi istilah cyberbully ialah buli siber. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.03.2023 |
Maksud 'blog' dalam bahasa Melayu? | Laman web yang membolehkan pengguna menulis dan menyimpan diari, catatan, cadangan atau komentar dalam ruang siber. Blog biasanya menggambarkan personaliti, pendirian dan pandangan seseorang pengarang. Sinonim laman blog. | Makna | 11.08.2019 |
As'salam. Saya ingin meminta bantuan pihak tuan/pun untuk memastikan bagi terjemahan perkataan yang berikut adalah tepat 1. Cybersecurity - Keselamatan siber 2. Autonomous robots - Robot automatik 3. System integration - Integrasi sistem 4. Internet of things - Internet benda 5. Simulation - Simulasi 6. Additive manufacturing - Pembuatan bahan tambah 7. Cloud computing - Pengkomputeran awan 8. Augmented Reality - Realiti perantara 9. Big data - Data raya Harap pihak tuan/puan dapat membantu. Terima kasih | Semua padanan bahasa Melayu adalah betul kecuali nombor 2, 3 dan 8 (2. Autonomous robots - Robot berautonomi; 3. System integration – Persepaduan sistem dan 8. Augmented Reality - Realiti terimbuh). | Istilah | 19.07.2018 |
Assalamualaikum, Saya sedang membuat penyelidikan berkenaan 'Cyberbullying in Malaysia'. Persoalan saya: 1) Apakah istilah yang digunapakai oleh DBP dalam mendefinisikan 'cyberbullying' di negara kita? 2) Berdasarkan faktor apakah, definisi atau istilah tersebut dibuat oleh DBP dalam menterjemahkan 'cyberbullying'? 3) Selain daripada siber buli dan buli lisan, adakah DBP mempunyai istilah -istilah yang lain bagi mendefinisikan/menterjermahkan 'cyberbullying'? Terima kasih. | 1) Istilah yang digunakan ialah “pembulian siber” 2) Istilah tersebut digubal oleh Jawatankuasa Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 3) Sehingga kini ini, tiada istilah baharu yang merujuk kepada “cyberbullying”. Namun terdapat istilah dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang berkaitan iaitu “hasut maya” atau troll. | Lain-lain | 27.02.2022 |