Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sidang I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ayat yang sesuai bagi pembahagian hari Konvokesyen samada Bahagian atau Sidang? contoh : Bahagian 1, Konvokesyen UM - Canselor Bahagian 2, Konvokesyen UM - Pro Canselor atau Sidang 1, Konvokesyen UM - Canselor Sidang 2, Konvokesyen UM - Pro CanselorBahagian, Sesi dan Sidang, semuanya boleh digunakan namun lazimnya IPT menggunakan perkataan sidang.Tatabahasa30.04.2015
1) Kenyataan Media menggantikan Kenyataan Akhbar 2) Sidang Media menggantikan Sidang Akhbar Adakah boleh digunapakai untuk kedua-duanya? Sekian, terima kasih.Istilah yang tepat ialah Kenyataan Media dan Sidang Media.Lain-lain09.06.2017
Mohon semak penggunaan perkataan yang sesuai semasa Istiadat Konvokesyen 1) ....sedang berlangsung Sidang Pertama 2) .....sedang berlangsung Bahagian PertamaPerkataan yang sesuai ialah 1) ....sedang berlangsung Sidang PertamaIstilah27.04.2015
2 Soalan: 1. Apakah maksud rapat umum? Ayat "ramai menyertai rapat umum untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan"...adalah betul? 2. Apakah kata adjektif yang boleh digunakan untuk mengambarkan ayam? Adakah ayat ini betul, "Oleh sebab ayam Pak Zahir sihat, ramai membeli ayam daripadanya." Jawapan yang diberikan dalam buku ialah salah atas penggunaan perkataan sihat.

Sdr. Piong Sin Yee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang;  jadi ayat ini betul

kata adjektif yang boleh digunakan bagi ayam antaranya ialah ayam segar, kukus, salai.

ayat yang diberikan tidaklah berapa tepat, biasanya ayam dikaitkan dengan segar/.

Makna12.09.2009
Assalamualaikum Mohon penjelasan tentang membahaskan dan memperbahaskanW'salam.
1. Membahaskan: 1. membincangkan sesuatu dgn mengemukakan hujah masing-masing (sama ada menyokong atau menentang), mendebatkan, memperdebatkan: persidangan utk memilih usul-usul yg akan dibawa dlm sidang agung utk dibahaskan; 2. mengupas, mengkritik, membantah: kenyataan ini tidak dapat dibahaskan lagi;

2. Memperbahaskan:  menjadikan sesuatu sbg bahan berbahas; memperdebatkan: Perkara itu akan diperbahaskan dlm majlis yg akan diadakan nanti.

Sekian, terima kasih
Makna06.08.2016
saya Sarina dari Kraftangan Malaysia.. saya sedang menyiapkan cadangan untuk melantik sidang editorial buletin. bolehkah saya mendapatkan bantuan dari DBP untuk mendapatkan penjelasan tentang fungsi dan peranan setiap anggota sidang redaksi (cth:ketua editor, editor grafik, editor teks dll). terima kasih atas segala maklumbalas.. sekian.

Dalam penerbitan buletin, struktur editorialnya merangkumi Ketua Editor, Editor, Pembantu Editor, dan  Editor Pengeluaran. Fungsi umum sidang editor ini adalah seperti yang berikut:

1. Ketua Editor- Menjalankan tugas pengurusan penerbitan buletin secara keseluruhannya, seperti perancangan, pengorganisasian kerja, pengarahan, dan pengawalan. Perancangan penerbitan buletin  merangkumi tugas seperti merancang strategi penerbitan buletin  mengikut kehendak atau spesifikasi penerbit, dalam hal ini mengikut dasar penerbitan Kraftangan Malaysia.

2. Editor- Mengetuai  operasi penerbitan  buletin , seperti memastikan makalah  siap mengikut tarikh yang dikehendaki; ertinya memastikan pengakuran kepada jadual penerbitan. Editor juga membantu Ketua Editor dalam hal pengurusan penerbitan buletin , seperti merancang strategi penerbitan, melantik penulis yang sesuai dan  membuat penilaian makalah dan penyuntingan substantif   pada makalah tersebut.

3. Pembantu Editor- Membuat kerja penyuntingan dari segi  tatabahasa dan sebagainya termasuk menyemak pruf sebelum disahkan oleh Ketua Editor.

4. Editor Pengeluaran - Membuat  kerja rekabentuk buletin  seperti halaman pertama, , teks, dan sebagainya dan juga menguruskan atur huruf .

 

 

 

 

 

Lain-lain27.09.2010
kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri;--contoh di atas adalah dari kamus dewan. 1) Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak DBP dalam khidmat nasihat, tuan menyokong "dlm kalangan". "dlm kalangan" tidak pernah muncul dlm contoh ayat kamus dewan dan hanya muncul dlm majalah. Jadi, adakah ini bermakna contoh dari kamus dewan tidak gramatis? 2) "Puan Siti sayangkan anaknya." Penggunaan "sayangkan" gramatis atau tidak? "sayangkan" terdapat dlm kamus dewan dan adakah penggunaan ini hanya untuk pantun?Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kamus umum yang pengumpulan datanya dibuat berdasarkan kajian korpus. dari segi penggunaan dalam korpus yang dikaji frasa 'di kalangan' dan 'sayangkan anak' digunakan dengan meluas. Walau bagaimanpun frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di'  digunakan untuk merujuk tempat.  Ayat yang betul ialah Puan Siti menyayangi anaknya atau Puan Siti sayang akan anaknya.    Tatabahasa06.03.2008
Penggunaan Italic/Tulisan Condong (Italic) Soalan saya, untuk penulisan dalam courseware (pembangunan bahan kursus multimedia), jika ada pecampuran Bahasa Melayu dan Inggeris: 1) Jika perkataan 'bahasa asing' di dalam kurungan () sama ada perlu italik atau tidak. Contoh: Sidang Kemuncak Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) yang telah diadakan pada... 2) Untuk penyingkatan (abbreviation) perkataan, perlu italic atau tidak? Contoh: Blue Ocean Strategy merupakan suatu amalan kepimpinan yang sistematik. B.O.L. perlu dilaksanakan pada setiap organisasi. (merujuk kepada penyingkatan B.O.L.) Sekian, terima kasih
Menurut data kami, cara penulisan yang betul ialah  Sidang Kemuncak Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan perkataan tersebut tidak perlu (NBOS) tidak perlu diitalik.  
Lain-lain15.05.2017
Saya kecewa dengan pemimpin-pemimpin Melayu semasa mereka berucap atau mengadakan sidang akhbar sama ada di TV 1, TV 2, atau TV 3. Mereka mengatakan bahasa melayu abahsa rasmi. bahasa Melayu bahasa Perpaduan tetapi semua itu hanya manis di mulut sahaja. Cakap dan tak serupa bikin. Dalam majlis yang dihadiri oleh khalayak masyarakat India atau Cina, pemimpin-pemimpin kita begitu tunjuk lagak seolah-olah merekalah yang pandai berbahasa Inggeris. Kononnya, berucap dengan bahasa Inggeris lebih difahami oleh khalayak. TAPI sebenarnya, suatu penghinaan kepada kaum India dan Cina yang telah menetap di negara ini selama lebih 50 tahun. Seolah-olah pemimpin-pemimpin kita beranggapan bahawa masyarakat India dan Cina tidak mahir berbahasa melayu. Seolah-olah mereka tidak faham apabila pemimpin berucap dalam bahasa Melayu. Saya cukup sedih dengan pemimpin kita yang berpura-pura ingin memperkasa bahasa Melayu tetapi semuanya hanya mainan bibir sahaja.

Encik Mahayuddin,

Pandangan yang tuan berikan itu memang tepat sekali. Sepatutnya para pemimpin menjadi contoh dan teladan yang baik, bukannya merendahkan martabat bahasa Melayu. Marilah kita berpegang teguh kepada Perlembagaan negara kita.

Lain-lain05.10.2010
Perkataan yang sepatutnya samada mewar-warkan atau menguar-uarkan. Contoh ayat "Satu sidang akhbar akan diadakan pada 1/2/2016 untuk menguarkan-uarkan perkara tersebut"Jawapan yang tepat ialah 1. menguar-uarkan.Istilah16.02.2016
12

Kembali ke atas