Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : setiap anggota pengarang (pd sesebuah penerbitan dll), anggota redaksi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kumpulan orang yg bertanggungjawab menyelenggarakan karangan utk diterbitkan; redaksi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan mana yang lebih tepat " sidang ridaksi"sidang editor"Menurut Kamus Pelajar, redaksi ialah seluruh pengarang se­suatu majalah, surat khabar dll; sidang pengarang.

Manakala editor ialah orang yang mengedit atau menyunting sesuatu karangan; pengedit.

Daripada takrifan tersebut, kedua-dua istilah adalah tepat dan hendaklah bersesuaian dengan maksud yang hendak dinyatakan.
Tatabahasa09.12.2013
istilah sesuai untuk metapora "from the desk of"? "dari meja" atau "daripada meja" atau ada yang lain? “From the desk of” is metaphor. Similar metaphors are “from the hand of” and “ from the pen of”.

Metafora “from the desk of” lazimnya melibatkan individu atau sekumpulan individu dalam sesebuah organisasi yang menulis sesuatu teks dalam konteks rasmi. Kami mencadangkan penggunaan frasa dari meja pengarang atau dari meja sidang pengarang untuk menunjukkan bahawa penulisan itu dihasilkan di atas meja oleh individu atau sekumpulan individu.

Istilah20.02.2020
apakah yang dimaksudkan dengan pengarang dan kepengarangan "pak sako"??serta contoh dan rujukannya.Maksud pengarang ialah tentang diri pengarang tersebut seperti latar belakang/biodata (tarikh lahir, tempat lahir, pendidikan, keluarga dan sebagainya). Kepengarangan pula ialah hasil-hasil karya yang dihasilkan (contoh: genre puisi, cerpen, novel, rencana, esei/kritikan, drama dan sebagainya). Antara karya-karya (novel) penting Pak Sako ialah Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila dan Sidang Serangga. Sekian dan wassalam.  Lain-lain13.07.2009

Kembali ke atas