CARA BERPIDATO? BAHASA MELAYU..KALAU ADA CONTOH BOLEH EMAILKAN SEKALI..URGENT | Sebelum seseorang berpidato pemidato hendaklah terlebih dahulu mempunyai sifat-sifat yang positif supaya dapat memberikan ucapan yang berkesan. Antara sifatnya ialah berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan dan berkeperibadian baik. Selain itu, prinsip asas pengucapan awam perlulah diamalkan, iaitu yang berkaitan dengan pengumpulan, penyusunan, penguasaan isi, penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan penyampaian ucapan kepada pendengar sasaran. Untuk maklumat yang lebih terperinci saudara disarankan merujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zamri Ahmad. Saudara juga boleh merujuk bahan ini: 1. Pidato Berpidato - Seni dan Teknik oleh Rahmat lsmail Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000 2. Pidato Politik - Menjana Kredibiliti mendepani Khalayak oleh Ahmad Zahid Hamidi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2004. | Lain-lain | 31.08.2009 |
1. optimis 2. hina-dina 3. idealis Apakah jenis kata bagi kata di atas. Sama ada kata adjektif atau kata nama. Bolehkah tolongkan saya semak ayat berikut ? 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif atas apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina kerana mereka mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan mereka sudah terlerai. Terima kasih! | Golongan kata 1. optimis - kata adjektif dan kata nama 2. hina-dina /hina- kata adjektif dan kata kerja 3. idealis - kata nama Ayat 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif dalam apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina/hina kerana mereka juga mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan faham antara mereka sudah terlerai/diselesaikan. | Tatabahasa | 07.03.2010 |