salam sejahtera, 1. Saya di sini sihat-sihat sahaja. 2. Saya sihat-sihat sahaja di sini. 3. Ali di padang bermain bola 4. Ali bermain bola di padang Ayat yang mana betul ? T.kasih. | Salam sejahtera, Kesemua ayat yang dikemukakan oleh saudara adalah betul. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
1. Apakah kesalahan dalam ayat berikut, mengapa? -Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. 2. Tolong pilih ayat yang betul daripada tujuh ayat di bawah dan terangkan kesalahan berkenaan. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. 3. Manakah frasa yang betul? Kesalahan penagihan dadah, atau kesalahan menagih dadah? Projek menceriakan sekolah, atau projek penceriaan sekolah? Projek melebarkan jalan raya, atau projek pelebaran jalan raya? TERIMA KASIH BANYAK BANYAK | 1. Ikan-ikan laga peliharaannya semuanya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi. Ayat ini salah, kerana ikan-ikan telah menunjukkan jamak oleh itu, tidak perlu lagi diulang pernyataan jamak dengan perkataan semua. Ayat yan betul, "Ikan-ikan laga peliharaannya sihat-sihat kerana mendapat penjagaan yang rapi". 2. a) Adalah dimaklumkan bahawa majlis makan malam yang dicadangkan telah dibatalkan. - salah, kata pemeri "adalah" tidak diletakkan di pangkal ayat. b) Semua pelajar diminta hadir ke sekolah pada petang ini untuk latihan sukan. - betul. c) Ibu Laila menjual mi goreng pada waktu petang digerainya. salah, di gerainya (kata sendi di + tempat) d) Dalam ingatan saya, dia jarang mengambil cuti sejak dia bekerja di sini. - tidak gramatis, ganti nama dia kali kedua tidak perlu lagi. e) Baju yang cantik-cantik itu menyebabkan saya rambang mata. - tidak gramatis, kata adjektif cantik perlu digandakan. f) Hujan lebat menyebabkan projek melebarkan jalan raya di kawasan itu tergendala. - betul g) Remaja memerlukan rakan sebaya yang dapat membincang dan memberikan idea yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. - betul. 3. Kesalahan menagih dadah, Projek menceriakan sekolah, Projek melebarkan jalan raya. | Tatabahasa | 23.07.2009 |
Ejaan untuk sihat walafiat atau sihat wal afiat atau sihat wal-fiat ? terima kasih. | Jawapan yang betulnya ialah walafiat. Rujuk Kamus Dewan Edisi keempat untuk keterangan lebih lanjut. Harap maklum. | Ejaan | 09.08.2007 |
Salam Tuan, Mohon pencerahan untuk penggunaan perkataan dari dan daripada untuk ayat ini. Pemakanan Sihat Bermula Dari Sarapan Yang Sihat atau Pemakanan Sihat Bermula Daripada Sarapan Yang Sihat? Terima kasih. | Jawapan yang betula ialah ayat kedua Pemakanan sihat bemula daripada sarapan yang sihat. | Lain-lain | 13.10.2014 |
LIFESTYLE SIHAT & CANTIK | Tuan/Puan tidak mengemukakan kemusykilan tentang perkataan LIFESTYLE SIHAT & CANTIK”. Sekiranya kemusykilan berkenaan pengesahan bahasa yang sesuai, kami mencadangkan pembetulan kepada “Gaya Hidup Sihat dan Menarik” atau “Gaya Hidup Sihat dan Aktif”. Walau bagaimanapun, frasa tersebut bergantung pada produk yang hendak ditonjolkan. | Tatabahasa | 29.08.2018 |
Tuan, sukacita kiranya dapat bantu mengenai pemilihan tema untuk penganjuran kempen kesihatan antara "Budayakan Hidup Sihat" atau "Membudayakan Hidup Sihat"? Mana satu yang sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih. | Slogan "Budayakan Hidup Sihat" lebih tepat kerana kata kerja 'budayakan' menjadikan ayat tersebut sebagai ayat suruhan dan ayat ayat suruhan lebih berkesan dalam wacana ini. | Tatabahasa | 28.03.2011 |
Assalamualaikum...tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "sihat" dalam ayat di bawah betul atau salah. 1. Kita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. 2. Kita perlu makan makanan yang sihat supaya badan cergas. | Penggunaan perkataan "sihat" dalam ayat yang diberikan betul. | Tatabahasa | 28.08.2014 |
Salam...yang mana yang betul... Saya mendoakan agar ibunya cepat sihat. atau... Saya mendoakan ibunya agar cepat sihat. Kenapa jawapan itu sebegitu. | Ayat yang betul ialah "Saya mendoakan ibunya agar cepat sihat." Kata kerja transitif "mendoakan" mesti diikuti oleh objek, iaitu ibunya. | Tatabahasa | 05.09.2013 |
Mohon pandangan pernyataan yang paling bersesuaian bagi tema persidangan untuk orang awam yang telah dilantik sebagai wakil masyarakat sebagai agen perubahan tingkah laku untuk amalan kesihatan a. Kenali Ubat: Duta Pemangkin Komuniti Sihat. b. Duta Kenali Ubat, Pemangkin Komuniti Sihat. c. Kenali Ubat: Komuniti Sihat Sejahtera. d. Kenali Ubat: Duta Hebat rakyat sihat. Untuk makluman, Kenali Ubat Anda merupakan aktiviti berterusan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan pernyataan d. , iaitu Kenali Ubat: Duta Hebat, Rakyat Sihat. | Lain-lain | 22.01.2018 |
Assalamualaikum & Salam Sihat 1Malaysia, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata "penguatkuasa" atau "penguat kuasa" atau "penguatkuasaan". Sebelum itu saya pegawai farmasi daripada Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan. Terima kasih | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah penguat kuasa dan penguatkuasaan. Penguat kuasa ialah orang yang menguatkuasakan (undang-undang dan sebagainya) http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguat+kuasa manakala penguatkuasaan ialah perihal menguatkuasakan: ~ undang-undang http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguatkuasaan | Ejaan | 29.12.2015 |