Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.jil] | سيجيل

Definisi : 1. surat gulungan, daftar: disuruh suratkan pd suatu ~ segala nama yg mengikrarkan tauhidnya; 2. surat akuan (dr sekolah, pihak berkuasa, dll), surat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll: S~ Rendah Pelajaran; pensijilan pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkan: ~ itu melam­bangkan kualiti kereta Proton sekali gus me­ningkatkan keyakinan pengguna antara­bangsa; sistem ~ terbuka Sijil Pelajaran Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.jil] | سيجيل

Definisi : surat tanda lulus dlm sesuatu peperiksaan dll; surat akuan dr sekolah dll: ~ Pelajaran Malaysia. persijilan hal atau urusan berkaitan sijil: bahagian ~. pensijilan pemberian sijil kpd seseorang atau sesuatu pihak kerana telah mencapai piawai atau memenuhi syarat yg ditetapkan: ~ itu membuktikan bahawa barangan yg dikeluarkan ber­kualiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sijil (kata nama)
1. Bersinonim dengan daftar: surat gulungan

2. Bersinonim dengan surat akaun: ijazah, diploma, syahadah.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul: Seksyen Audit Dan PENsijilan atau Seksyen Audit Dan PERsijilan? Seksyen ini menjalankan kerja-kerja audit, meluluskan dan mengeluarkan sijil-sijil Skim Pensijilan Jabatan.

Salam sejatera,

Seksyen Audit dan Pensijilan.

Ejaan07.12.2012
sukukSIJIL YANG MENUNJUKKAN BUKTI PEMILIKAN DAN HAK TUNTUTAN PEROLEHAN. PEMEGANG SIJIL BOLEH MEMILIKI ASET MENGIKUT KADAR TERTENTU. PEROLEHAN BOLEH DITUNTUT OLEH PEMEGANG SIJIL BERDASARKAN PRINSIP TERTENTU SEPERTI PRINSIP IJARAH, MUSYARAKAH DAN MUDARABAH. SEKIRANYA ASET TERSEBUT BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI SIJIL ASET KEWANGAN BOLEH NIAGA. SEBALIKNYAN JIKA ASET TERSEBUT TIDAK BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL BERKENAAN DIKENALI SEBAGAI SIJIL KUPON SIFAR TIDAK BOLEH NIAGA. CONTOHNYA SUKUK IJARAH, SUKU MUDARABAH DAN SUKUKMUSYARAKAH.Istilah22.10.2010
minta bantuan contoh ayat yang tepat dalam sijil penghargaan dan sijil penganugerahan

Penggunaan ayat dalam sijil penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis penyampaian peraduan esei, ayat yang boleh digunakan ialah:

Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nor Khalid Musi kerana terpilih sebagai pemenang tempat pertama Peraduan Mengarang Esei 2009.

 

Tatabahasa14.11.2009
Tuan, Memohon untuk memastikan pangkat untuk disertakan dalam penulisan nama dalam sijil, contohnya: Kalau seseorang berpangkat Professor, Professor Madya dan lain-lain, macamana nak letak di dalam sijil. terima kasih.Untuk penulisan dalam sijil, kami mencadangkan nama ditulis dengan menyertakan sekali jawatan yang diperoleh oleh penerima sijil tersebut.Lain-lain22.11.2013
Bolehkah saya tanya yang manakah betul? i) bahasa Melayu/Bahasa Melayu ii) Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia/peperiksaan Sijil Pelajaran MalaysiaApabila merujuk kepada bahasa sama seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris, ejaan yang betul ialah bahasa Melayu. Ejaan Bahasa Melayu (Malaysia) digunakan bagi nama mata pelajaran seperti Sains dan Matematik.Tatabahasa07.10.2012
setiap peserta kursus diberi sijil penglibatan sebagai menghargai kehadiran mereka dalam kursus tersebut. (tuan, adakah sijil penglibatan salah dalam ayat ini, kalau salah, bagaimana betulkannya>tq)

Yang betul ialah Sijil Penyertaan.

Tatabahasa20.09.2011
SAYA MOHON KEPASTIAN PIHAK TUAN, BERKAITAN PERKATAAN YANG TEPAT UNTUK AYAT BERIKUT "MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN SIJIL" ATAU "MAJLIS PENUTUPAN & PENYAMPAIAN SIJIL" SEKIAN , TERIMA KASIH.Yang betul ialah "Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil"Tatabahasa11.10.2007
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS MENGGUNAKAN ISTILAH KOMENSMEN, ADAKAH INI BOLEH DITERUSKAN KERANA PERKATAAN ITU TIDAK TERDAPAT DALAM KAMUS DEWAN.Perkataan "komensmen" tiada dalam bahasa Melayu. Oleh itu perkataan tersebut tidak boleh diteruskan dan hendaklah menggunakan istilah bahasa Melayu yang tepat.

Jika perkataan yang dimaksudkan commencement (bahasa Inggeris), bermaksud permulaan ataupun pembukaan.
Tatabahasa26.02.2013
bagaimana menulis sijil dengan betul??? 1) Adalah dengan ini diperakukan bahawa 2)Dengan ini diperakukan 3)Dengan ini diperakui 4)Adalah disahkan bahawa 5)Adalah dengan ini yang manakah yang betul???Frasa yang betul ialah "Dengan ini diperakukan bahawa Ali bin Ahmad ...".Tatabahasa25.01.2013
"WORDING" UNTUK SIJIL ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PERINGKAT NEGERILOGO Tajuk : "Sijil Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri ........." Teks : Dianugerahkan kepada ......................................... Atas Pencapaian Cemerlang dalam Peperiksaan .............. .................................... (Tandatangan) Pengarah Jabatan NegeriLain-lain15.11.2007
1234567

Kembali ke atas