Salam sejahtera, 1.SILA/MINTA gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya. 2.SILA /MINTA duduk di barisan hadapan. 3.SILA/MINTA gunakan alat muzik ini dengan cermatnya. Jawapan yang mana satu lebih tepat? Apakah perbezaan antara SILA dengan MINTA? Sekian, terima kasih. | Perkataan “sila” dan “minta” merupakan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Kata “sila” lazimnya digunakan untuk meminta seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih hormat, contohnya “Sila ambil makanan di sana” atau “Sila gunakan piring-piring seramik itu dengan cermat”. Perkataan “minta” digunakan untuk memohon seseorang berbuat sesuatu. Contohnya, “Minta tuan-tuan bersabar sebentar”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Perdana. | Tatabahasa | 09.10.2023 |
Sila rujuk pada lampiran | Padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk Product Disclosure Sheet ialah Lampiran Maklumat Produk. | Makna | 16.04.2025 |
Sila lihat lampiran 1 | Kolaborasi menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1132-1133 bermaksud: - Kerjasama dengan seseorang atau sesuatu pihak untuk melakukan sesuatu.
- Kerjasama dengan musuh atau orang jahat dalam perbuatan jenayah dan sebagainya.
Kolaboratif pula merupakan kata adjektif yang berkaitan dengan tugas, perkara dan sebagainya, yang erat dan bekerjasama dengan pelbagai pihak. Berdasarkan maksud tersebut, kolaborasi boleh digunakan dalam ayat yang membawa maksud kerjasama untuk tujuan baik. Bersama menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1942 bermaksud: - Tidak ada kecualinya.
- Mempersetujui atau melakukan sesuatu dan lain-lain secara beramai-ramai.
- Melakukan hubungan suami isteri.
Bersama-sama merujuk: - Sesuatu perbuatan, perkara dan lain-lain yang berlaku secara serentak atau bergandingan.
- Bekerjasama atau bantu-membantu melakukan sesuatu.
- Berada setia di samping seseorang.
- Berserta dengan.
Berdasarkan maksud yang terakam, perkataan bersama boleh digunakan dalam ayat yang diberikan dan tidak membawa maksud yang tidak baik atau lucah. | Tatabahasa | 24.10.2024 |
Sila rujuk lampiran | Singkatan adalah berkaitan dengan bentuk ringkas bagi satu perkataan atau lebih. Singkatan tidak bertaraf kata, iaitu membentuk perkataan. Contohnya, Kuala Lumpur (KL), Tahun Masihi (TM), sentimeter (cm) dan lain-lain. Merujuk kepada soalan yang diajukan, nama penuh bagi singkatan PTL, iaitu Penjaja Tanpa Lesen (PTL) perlu dieja dengan menggunakan huruf besar pada awal perkataan jika merujuk kepada Kata Nama Khas. Sekiranya perkataan ini merujuk kepada Kata Nama Am, perkataan penjaja tanpa lesen ditulis dengan ejaan penuh menggunakan huruf kecil tanpa singkatan. | Tatabahasa | 07.10.2024 |
Sila merujuk kepada lampiran. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), hlmn. 158, salah satu makna perkataan “awas” ialah waspada dan berhati-hati semasa melakukan sesuatu. Tiada tercatat dalam kamus ini akronim bagi perkataan “awas” seperti yang dinyatakan. Oleh yang demikian, perkataan “awas” bukan merupakan akronim bagi "anda waspada anda selamat". | Tatabahasa | 27.01.2024 |
Sila nyatakan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam "Baju yang emak jahit itu saya akan pakai pada pagi raya nanti." | Ayat yang betul ialah "Baju yang emak jahit itu akan saya pakai pada pagi hari raya nanti." | Tatabahasa | 06.01.2024 |
sila tanya ayat mana yang betul? 1.Saya menuang teh untuk nenek. 2.Saya menuangkan teh untuk nenek. 3.Saya menuangkan nenek teh. terima kasih | Ayat yang betul ialah 1. Saya menuang teh untuk nenek. 2. Saya menuangkan nenek teh. | Lain-lain | 13.05.2023 |
Sila terjemah bahasa Inggeris di bawah ke bahasa Malaysia 1) Distilled monoglycerides 2) Mono- and diglycerides of fatty acids (E 471) 3) Alpha- Tocopherol ( E 307 ) 4) Citric acid esters of mono- and diglycerides ( E 472c ) | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: 1. Distilled monoglycerides - monogliserida suling 2. Mono- and diglycerides of fatty acids - asid lemak monogliserida dan digliserida 3. Alpha- Tocopherol - alfa-tokoferol 4. Citric acid esters of mono- and diglycerides - ester asid sitrik monogliserida dan digliserida Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Penyemakan dan penterjemahan | 18.10.2022 |
KEDAI GUNTING RAMBUT BUJANG BARBER SHOP ACADEMY HAIRCUTS AND SHAVES | Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my. Sila rujuk PANDUAN PELANGGAN dan video YOUTUBE yang terdapat pada laman web tersebut untuk tatacara permohonan iklan. Sila buat pembetulan berikut: 1. Sila pastikan BUJANG BARBER SHOP merupakan nama yang berdaftar dengan SSM. Sekiranya tidak berdaftar dengan SSM, campuran bahasa Melayu dan Inggeris tidak boleh digunakan. Sekiranya BUJANG merupakan nama pemilik kedai, sila nyatakan perkara ini pada bahagian Maklumat tentang Iklan ketika mengisi borang Maklumat Iklan. 2. Sila terjemah teks bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu atau buat dwibahasa dengan bahasa Melayu diutamakan dari segi saiz, kedudukan dan warna huruf. | Lain-lain | 12.10.2022 |
L | Sila nyatakan soalan dengan lengkap untuk kami membantu anda. | Lain-lain | 27.02.2024 |