Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata silaan "Sila" dan"Tolong". Apakah jawapan yang betul untuk soalan di bawah jika diberi dua pilihan iaitu "Sila" dan "Tolong"? Adakah terdapat soalan yang kedua-duanya boleh diterima? 1. ________ gunakan lampu meja dengan cermatnya. 2. ________ letak lampu meja di tempat yang sesuai. 3. ________ tutup pintu selepas masuk ke dalam bilik darjah. 4. ________ senyap apabila berada di perpustakaan. 5. ________ menjaga kebersihan bilik darjah. Sila jelaskan juga perbezaan dari segi penggunaan "Sila" dan "Tolong". Terima kasihSalam sejahtera,
Tuan,

"Tolong" merupakan ayat permintaan yang bertujuan untuk memohon permintaan dan pertolongan.
"Sila" merupakan ayat silaan dan permintaan biasanya tiada membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.
Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan ini sesuai bagi setiap ayat tersebut tetapi harus disesuaikan dengan situasi ayat tersebut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa10.07.2018
1. apakah/siapakah nama yang akan awak berikan kepada anak awak ini? 2. adakah semua ayat larangan, suruhan,perintah dan silaan tidak perlu menggunakan imbuhan pada kata kerjanya? 3. budak itu menawarkan tempat duduknya kepada orang tua itu. bolehkah kita menggunakan "menawarkan" dalam ayat tersebut?

Saudara,

1. Perkataan yang betul ialah siapakah. 2. Mengikut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 448-452, bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN- awalan digugurkan. Contohnya:  Keluar dari bilik ini; Jangan ambil harta orang; Sila datang ke rumah saya.

Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan.  Contohnya: Menangislah sepuas-puas hatimu; Berdermalah kepada anak-anak yatim.   

Tatabahasa13.10.2009
Apakah perbezaan antara "Sila" dan "Tolong"? Dalam doa, adakah lebih sesuai untuk minta Tuhan dengan menggunakan "Tolong"? Terima kasih.

Kata tolong dan sila merupakan kata perintah yang bertujuan menimbulkan tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan dan permintaan.

Perkataan sila merupakan ayat silaan dan permintaan yang biasanya tiada membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Contohnya, Sila ambil makanan di sana. Manakala perkataan tolong pula merupakan ayat permintaan yang bertujuan untuk memohon permintaan dan pertolongan. Contohnya, Tolong temankan adik saya ini.

Oleh itu, untuk meminta sesuatu daripada Tuhan dalam doa, perkataan yang betul ialah tolong.

Tatabahasa05.08.2021
Salam sejahtera, nak tanya mana satu yang betul .... 'tolong jelaskan' atau 'sila jelaskan'
Kata "tolong" dan "sila" merupakan kata perintah yang bertujuan menimbulkan tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan dan permintaan.

Perkataan "sila" merupakan ayat silaan dan permintaan yang biasanya tiada membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Contohnya, "Sila ambil makanan di sana." Manakala perkataan "tolong" pula merupakan ayat permintaan yang bertujuan untuk memohon permintaan dan pertolongan. Contohnya, "Tolong temankan adik saya ini."

Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 256.
Tatabahasa14.08.2022
harap anak-anak sekalian jangan bermain di sini , ada kesalahan tak ?tqKata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan hadir sekali sahaja dalam suatu ayat, seperti Jangan buang sampah di sini dan Harap jelaskan hutangmu secepat mungkin. Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi Harap anak-anak sekalian tidak bermain di sini atau Jangan bermain di sini.Tatabahasa06.07.2012
bolehkan saya dapatkan informasi tentang penggunaan 'tolong' dan 'sila'.Kata tolong dan sila tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 256.Tatabahasa21.03.2008
1.Apakah perbezaan antara 'tolong' dan 'sila'? 2.Apakah perbezaan antara ' harap' dan ' sila'? Terima kasihKata tolong, sila dan harap tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan,larangan,silaan, atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan stiap kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan perkataan sila yang digunakan. Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 256.Tatabahasa18.04.2012
Salam 1.Mohon pihak tuan untuk jelaskan ayat perintah & contohnya. 2.Saya keliru dengan kata dasar yang menerima Imbuhan apitan .. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan --menaikkan --kebanyakkan ---masukkan ---masukkan (Bagaimanakah mengetahui ejaan itu ada 1 K atau 2 K ? Terima kasih.
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada 4 jenis berikut.


1. AYAT SURUHAN
Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat suruhan subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu,engkau, dan selainnya yang biasanya digugurkan.
Contohnya: Pergi kamu dari rumah ini!


2. AYAT  LARANGAN
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.
Contohnya: Jangan ambil harta orang.

3. AYAT SILAAN
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila hantar jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat seperti contoh berikut:  Sila serahkan borang permohonan tersebut ke pejabat.

4. AYAT PERMINTAAN
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan,seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti yang terdapat dalam contoh berikut : Minta kamu semua bertenang.


Cara untuk mengetahui sama ada perkataan tersebut 1 k atau 2 k ialah:
Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an.
Tatabahasa08.03.2016
Apakah perbezaan penggunaan "Sila" dan "Tolong"? Terima kasih.Kata tolong dan sila tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 256.Tatabahasa19.05.2010
Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkaitan dengan kata perintah sila dan minta. Contoh soalan ini -->( ) gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya.Boleh saya tahu jawapan paling tepat ialah sila atau minta. Apa syarat yang perlu ada jika kita ingin menggunakan kata perintah minta. Adakah belakang kata perintah minta tidak boleh diikuti dengan kata kerja?Mengapa? Itu sahaja pertanyaan saya. Sekian, terima kaish.

Kata sila dan minta merupakan kata perintah yang bertujuan menimbulkan tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan dan permintaan.  Perkataan sila atau jemput digunakan dalam ayat silaan dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Kata sila hadir sebelum kata kerja. Manakala perkataan minta dan tolong pula digunakan dalam ayat permintaan dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Kata minta tidak boleh dikuti dengan kata kerja kerana kata minta itu sendiri merupakan kata kerja yang mesti diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata perintah silaan dan permintaan biasanya tidak boleh membawa pengertian yang negatif, sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.  Oleh itu, penggunaan kata perintah yang betul dalam ayat yang diberikan ialah minta. Contoh ayat yang betul ialah Minta tuan dan puan gunakan piring-piring seramik ini dengan cermat.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 448-452.

Tatabahasa08.09.2021
123

Kembali ke atas