"silalah datang ke teratak hamba yang tidak seberapa ini,"kata Dang Anum kepada Dang Setia. tuan, saya tidak faham apakah kesalahan dalam ayat ini. tq | Ini ialah kata penunjuk untuk benda (tempat dan waktu) yang dekat. Jika ayat ini diubah menjadi selalah masuk ke teratak hamba yang tidak seberapa ini ..., ayat ini betul. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Muhammad Firdaus Norzamal Jul 22nd, 6:40pm nak tanye pasal kamus dewan bole? | Assalamualaikum Encik Muhammad, Boleh. Silalah bertanya. | Lain-lain | 22.07.2014 |
saya berminat untuk menghantar artikel kepada majalah Dewan Masyarakat. Bagaimana cara untuk saya menghantar artikel tersebut? | Silalah hantar kepada editor Dewan Masyarakat shukri_m@dbp.gov.my | Lain-lain | 05.03.2010 |
Tuan. Bagaimana saya nak hantar karya saya secara online ke DBP.Karya seperti Cerpen atau Puisi. Mohon bantuan daripada pihak tuan. Terima kasih. | Silalah gunakan alamat emel editor majalah Dewan Sastera, rozninah@dbp.gov.my | Lain-lain | 31.03.2010 |
ASSALAMUALAIKUM,,MACAM MANA NAK HANTAR KARYA2 KE DBP..SETAKAT INI SUDAH LEBIH SERATUS SAJAK TELAH TERHASIL,TAPI TIDAK TAHU KE MANA HARUS DI SALURKAN.... | Silalah hantarkan karya sdr kepada: rozninah@dbp.gov.my , editor Dewan Sastera, aruslan@dbp.gov.my, editor Tunas Cipta, yusaida@dbp.gov.my, editor Dewan Siswa. | Lain-lain | 24.03.2010 |
apakah biodata rejab F.I dan sumbangan serta antologi puisinya | Salam. Terima kasih atas pertanyaan sdr. Bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang penulis Rejab F.I., silalah rujuk kepada buku Biografi Penulis WAJAH Edisi Ketiga, terbitan DBP 2005. Selamat berjaya! Wassalam. | Lain-lain | 23.03.2009 |
Tuan, antara dua frasa berikut, yang manakah betull? 1. (a) membedakan banyak orang dengan orang banyak, (b) membedakan banyak orang daripada orang banyak. Sebelum tuan menjawab soal saya dengan pendapat kewarasan tuan, silalah teliti pendapat saya dalam WordPad yang terlampir untuk menimang betul salah huraian saya itu. | Kata bilangan menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Frasa yang betul ialah "banyak orang". | Tatabahasa | 15.12.2016 |
SAYA SEDANG MENGKAJI TENTANG DUNIA KORPORAT DALAM CERPEN.BOLEHKAH SAYA INGIN MEMINTA SEDIKIT BAHAN TENTANG TAJUK SAYA ITU?ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN WATAK KORPORAT ATAU SEBALIKNYA?SAYA AGAK KELIRU. | Bagi maksud tersebut, silalah membuat rujukan kepada cerpen-cerpen karya penulis antaranya Keris Mas, Daeng Ramli Akil dan Khadijah Busu. Sekian dan salam. | Lain-lain | 24.07.2009 |
Apakah beza "jemput' dengan 'sila? Adakah penggunaannya boleh ditukar ganti? | Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dgn hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: | Makna | 26.07.2007 |
Sila semak pengertian Qada' dan Qadar pada mukasurat 1, buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Pendidikan Islam Tahun 4, jilid 2...terima kasih. | Sebenarnya pengertian yang sedia ada di dalam buku tersebut adalah cadangan daripada pihak Kementerian Pelajaran sendiri (takrif Usuliyyin). Segala maklumat lanjut silalah berhubung terus dengan pihak Kementerian. | Makna | 12.06.2010 |