Apakah terjemahan yang paling sesuai bagi "multipurpose mini sling pouch"? 1) Beg silang mini serbaguna 2) Kantung silang serbaguna Terima kasih | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi multipurpose mini sling pouch ialah beg silang mini serba guna. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.12.2023 |
maksud atau makna teka silang kata dan catur | Teka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dgn menggunakan huruf-huruf yang dicantum menjadi perkataan, biasanya diberikan soalan/pembayang untuk menjawab pada kotak-kotak yang disediakan. caturI sj permainan utk dua orang, setiap orang menggerakkan 16 buah caturnya mengikut peraturan tertentu di atas papan catur; buah ~ buah dlm permainan catur; papan ~ papan berpetak-petak (64 petak) yg dipakai dlm permainan catur; | Makna | 05.09.2007 |
adakah cross-chain activities boleh diterjemahkan kepada aktiviti silang-rantai atau aktiviti rantaian silang? | Mohon nyatakan konsep dan konteks penggunaan perkataan tersebut kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut bidang atau laras bahasa. | Makna | 14.09.2022 |
Yang mana betul: 'teka silangkata' atau 'teka silang kata'? | Ejaan yang betul ialah "teka silang kata". | Tatabahasa | 30.05.2011 |
assalammualaikum.... apakah yang dimaksudkan dengan 'silang budaya" dalam konteks pendidikan di Malaysia | Puan Nurzatul terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Mengikut istila yang diterbitkan oleh DBP silang budaya bermakna - - Berkaitan dengan perbandingan atau pertembungan antara dua atau lebih budaya yang berlainan. Terima kasih | Istilah | 14.07.2009 |
permainan silang kata klu minyak untuk engin diesel ada 5 konsonen bermula dengan huruf d dan akhir dengan huruf v... | Untuk makluman sdr perkhidmatan KNDBP tidak meliputi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, tugasan pelajar, dan sebagainya. walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan dalam talian di laman web DBP. | Lain-lain | 10.02.2009 |
Assalamualaikum.. Saya ingin tahu maksud ayat "Interaksi Tamadun dan Silang Budaya" | Interaksi Budaya merupakan istilah sosio budaya yang mempunyai maksud yang tersendiri. DBP mempunyai maksud mengikut istilah bahasa iaitu: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Interaksi -tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak . Silang Budaya- Mengikut istilah yang diterbitkan oleh DBP silang budaya bermakna - - Berkaitan dengan perbandingan atau pertembungan antara dua atau lebih budaya yang berlainan. | Tatabahasa | 23.09.2012 |
Saya ingin tanya penggunaan yang tepat bagi cross cultural adalah lintas budaya, rentas budaya atau silang budaya. Sila berikan juga penjelasan maksud konsep sesuai tersebut. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi 'cross cultural' ialah silang budaya | Makna | 10.09.2021 |
Apakah istilah yang betul untuk "cross contamination"? (digunakan dalam bidang kebersihan, penjagaan kesihatan atau pengendalian makanan). Bolehkah "pencemaran silang" digunakan? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah cross-contamination ialah pencemaran silang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.11.2022 |
Frasa dalam BM: - internship - cross-over T.Kasih | Istilah bahasa Melayu untuk internship ialah latihan amali. Terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk cross-over, iaitu lintas, melintas, bersilang, menyeberang, silang atas, pintas langsung dan pindah silang. | Istilah | 01.07.2011 |