Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[si.la.tur.ra.him]/[ ṣi.la.tur.ra.ḥim] | صلةالرحيم

Definisi : Ar = hubungan ~ = tali ~ hubungan persaudaraan (kekeluargaan, persahabatan); bersilaturahim mengadakan hubungan sila­turahim: ada waktu yg lama utk mereka ~ selepas makan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[si.la.tur.ra.him]/[ ṣi.la.tur.ra.ḥim] | صلةالرحيم

Definisi : , = tali ~ perhubungan secara bersaudara; perhubungan per­sahabatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata silaturahim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya adakah frasa "hubungan silaturahim" salah dari konteks tatabahasa sebab cikgu bahasa Melayu di sekolah saya berkata silaturahim membawa maksud yang sama dengan hubungan? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, perkataan silaturahim ialah perkataan Arab yang membawa maksud hubungan. Oleh itu, silaturahim adalah sama maksud dengan hubungan. Contoh ayat: mengeratkan silaturahim atau hubungan persaudaraan.Istilah28.03.2018
Apa perbezaan antara “silaturahim” dengan “silaturahmi”?Perkataan silaturahim dan silaturahmi tidak ada perbezaan makna. Kedua-duanya merujuk hubungan persaudaraan melalui kekeluargaan, perkahwinan dan persaudaraan antara orang Islam. Walau bagaimanapun, dalam konteks yang rasmi, perkataan silaturahim digunakan berbanding dengan silaturahmi.Makna02.04.2025
Selamat sejahtera.Nak tanya,apakah perbezaan antara ukhuwah dengan silaturahim?Makna kata ukhuwah dan silaturahim ialah seperti yang berikut:

ukhuwah kata nama
perhubungan sebagai saudara; persaudaraan:

Contoh penggunaan
Masjid bukan hanya menjadi tempat kita mengabdikan diri kepada Allah, tetapi tempat mempererat ukhuwah sesama kita.
Manusia yang baik ialah manusia yang dapat menjalin dan mempererat ukhuwah antara sesama manusia.

ukhuwah Islamiah
persaudaraan dalam Islam;

silaturahim kata nama
1 hubungan persaudaraan melalui kekeluargaan dan perkahwinan:
Contoh penggunaan
Janganlah kamu memutuskan silaturahim dengan keluarga kalian, sekalipun mereka menyakitimu.

2 hubungan persaudaraan antara orang-orang Islam:
Contoh penggunaan
Sedekah dapat mengeratkan silaturahim sesama umat Islam.

Daripada takrif tersebut dapatlah diketahui perbezaan dan persamaan makna kata tersebut. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna03.12.2023
mengeratkan hubungan silaturahim,ayat tersebut betul?Ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa31.03.2019
Salam, selain kata majmuk yang telah mantap yang dinyatakan di dalam Tatabahasa Dewan, apakah lagi contoh lain kata majmuk yang telah mantap?Adakah silaturahim dikira sebagai kata majmuk mantap?Terima kasih.Perkataan "silaturahim" bukan kata majmuk yang mantap. Kata majmuk mantap hanya seperti yang dinyatakan di dalam Tatabahasa Dewan.Tatabahasa14.05.2013
Salam sejahtera, 1.Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda 'Berhenti' di tengah-tengah jalan raya.(Apakah tanda baca yang perlu dibubuh pada perkataan 'Berhenti'?) 2.Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas.(Perlukan perkataan aktiviti itu membawa maksud jamak?) 3.Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim / mengeratkan hubungan silaturahim.(Perlu ditulis hubungan di depan silaturahim?) 4.me.ngo.rek (adakah pemenggalan suku kata ejaan betul dan apakah pemenggalan sebutan bagi perkataan mengorek?) Terima kasih1. Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda "Berhenti" di tengah-tengah jalan raya.

2. Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti/aktviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas. Perkataan aktiviti boleh membawa maksud jamak berdasarkan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun penggunaan aktiviti-aktiviti juga boleh dibenarkan asalkan tidak didahului oleh penanda jamak seperti pelbagai aktiviti dan penggunaan ini (tunggal atau jamak) hendaklah konsisten dalam keseluruhan wacana.

3. Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim.

4. Pemenggalan yang betul ialah "me.ngo.rek".
Tatabahasa27.05.2022
Selamat petang cikgu. Saya hendak menanyai cikgu tentang sebab ejaan perkataan "Ramadhan", "silaturrahim" dan "redha" perlu ditukar menjadi "Ramadan", "silaturahim" dan "reda" setelah penyerapan perkataan-perkataan ini ke dalam bahasa Melayu. Adakah pertukaran ejaan ini mempunyai sebab-sebab tertentu? Dan satu soalan lagi. Adakah pertukaran ejaan ini akan menjejaskan makna kata pinjaman itu? Contohnya, setelah "redha" ditukar ejaannya menjadi "reda", adakah maksud akan berubah?Ejaan yang betul ialah "Ramadan, silaturahim, reda". Ketiga-tiga perkataan ini telah diserap ke dalam bahasa Melayu dengan penyesuaian ejaan. Walau bagaimanapun, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut tidak berubah.Ejaan28.06.2014
Apakah ejaan sebenar untuk silaturahim/silaturrahim.

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain12.08.2010
Apakah ejaan sebenar untuk silaturahim/silaturrahim?

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain12.08.2010
Kakanda : Abang atau Kakak (utk tujuan surat menyurat). Bagaimana pula dengan Suami? Adakah penggunaan Kakanda sesuai? Adinda: Adik lelaki atau perempuan (utk tujuan surat menyurat). Bagaimana pula dengan Isteri? Adakah penggunaan Adinda sesuai?Dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi, penggunaan kata panggilan seperti ayahanda, bonda, kakanda, adinda dan lain-lain menunjukkan kemesraan dan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. Penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada penulis dan melihat keseragaman dalam penulisan surat. Selain bermaksud abang, kakak dan adik, kakanda dan adinda juga sesuai digunakan untuk panggilan kepada suami dan isteri dalam surat tidak rasmi.Lain-lain05.03.2017
12

Kembali ke atas