makna silibus atau sillibus? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada padanan bahasa Melayu bagi perkataan silibus atau sillibus, namun padanan bahasa Inggeris ialah sllyabus, bermaksud sukatan pelajaran. | Makna | 12.02.2010 |
ejaan manakah yang tepat antara silabus dan silibus? | Salam sejahtera, Tuan, Perkataan silabus atau silibus tiada dalam bahasa Melayu. Padanan syllabus dalam bahasa Melayu ialah sukatan pelajaran. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 22.01.2018 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan tentang sebutan suku kata yang betul mengikut silibus terkini. Saya ada melampirkan rakaman suara untuk rujukan pihak tuan/puan. Contoh : b/a ba t/u tu = batu (dalam sebutan ejaan) b~ a~ ba t~ u~ tu = batu (dalam sebutan 'phonetics'/ sebutan suku kata terbaru) Seandainya tidak menjadi keberatan, sila sertakan sekali contoh dan keterangan bagi pertanyaan saya ini. Sekian, terima kasih. | Dalam sistem ejaan bahasa Melayu, sebutan adalah sepertimana yang dieja, contohnya perkataan batu, dieja b.a - ba + t.u - tu, maka disebut batu. Untuk makluman tuan sistem sebutan atau dalam istilahnya disebut fonetik diajar khusus dalam bidang linguistik, manakala pada peringkat asas pembelajaran bahasa Melayu lazimnya pelajar diajar menyebut sepertimana ejaan. | Tatabahasa | 05.06.2013 |
Dalam perkhemahan, adanya istilah gajet. Adakah istilah itu boleh digunakan atau ada padanan dalam bahasa Melayu? Istilah itu digunakan dalam silibus pengakap dsb. serta ada dalam DSKP PJK Tahun 5. Terima kasih. | Tidak ada istilah "gajet" dalam bahasa Melayu. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "gadget" ialah alat atau alatan. | Istilah | 05.08.2016 |
Asalamualaikum... Tuan, apakah ejaan bagi perkataan ini: silabus atau salibus ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada padanan bahasa Melayu bagi perkataan silibus atau salibus, namun padanan bahasa Inggeris ialah sllyabus, bermaksud sukatan pelajaran. | Lain-lain | 16.12.2015 |
Tuan, apakah ejaan yang betul untuk perkataan 'silabus' atau 'silabus' ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada padanan bahasa Melayu bagi perkataan silibus atau sillibus, namun padanan bahasa Inggeris ialah sllyabus, bermaksud sukatan pelajaran. | Lain-lain | 16.12.2015 |
Soalan sains tahun 2 Bagi saya...rupa dan paras = bentuk badan adalah salah satu ciri Mintak pencerahan.. | Soalan ini mungkin disediakan berdasarkan silibus untuk subjek sains tahun dua. Kami mencadangkan tuan/puan bertanya dengan guru berkenaan untuk penjelasan lanjut. | Lain-lain | 07.06.2018 |
Salam. Apakah terjemahan yang sesuai bagi claw hammer? Adakah tukul tuil atau tukul kuku kambing? kerana terdapat istilah tukul tuil dalam Kamus PRPM, tetapi dalam silibus KHB, claw hammer menggunakan istilah tukul kuku kambing. Istilah manakah yang lebih tepat? Mohon pencerahan. Sekian, terima kasih. -Aznani- | Terjemahan bagi claw hammer ialah tukul tuil seperti yang terdapat dalam PRPM. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2018 |
Salam hormat. Saya Muhaimin Hamzah mewakili Kelab Penulisan Irbid (KPI), Jordan ingin meminta khidmat nasihat daripada pihak DBP berkaitan kerja-kerja penterjemahan karya. Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami ingin menterjemah karya Ali Majod bertajuk 'The Pencil', yang pernah dijadikan silibus sastera Inggeris KBSM satu masa dulu, ke bahasa Arab. Ini adalah kerana kami melihat, garapan yang ringkas tetapi memukau oleh penulis (dan penterjemah bahasa Inggeris) mampu mengetengahkan persoalan yang penting: fasal menjatuhkan hukuman. Projek ini adalah usahasama dengan 'Malaysian Arabian Cultural Society' (MACS) yang bertekad membina jambatan budaya antara dua bangsa. Maka di sini ada beberapa persoalan: 1. Apakah prosedur sebenar untuk hak-hak legal dalam penterjemahan? 2. Adakah kami perlu membayar apa-apa pampasan? Karya terjemahan ini bukanlah untuk keuntungan tetapi lebih kepada siaraya. 3. Bagaimanakah kami boleh mendapatkan manuskrip asal 'Pensel Sebatang'? Di internet tiada fail yang berkenaan melainkan 'The Pencil' sahaja. Terima kasih. Muhaimin FB KPI: https://www.facebook.com/kelab.penulisan?fref=ts FB MACS: https://www.facebook.com/malaysianarabianculturalsociety | Untuk makluman, DBP tidak membuat perkhidmatan penterjemahan bahasa Inggeris atau sebagainya. Sila hubungi ITBM 03-41451800 atau PPM, Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506. | Lain-lain | 31.10.2014 |